Friday, March 17, 2017

Jom makan chinese food di Grand Blue Wave

Assalammualaikum

Hotel Grand BlueWave Shah Alam memang kelihatan gah dari pandangan luarnya, malah diiktiraf sebagai hotel 5 bintang yang Selangor. Ia turut diberi penarafan tertinggi Halal Friendly dengan rating 7 oleh Crescentrating.

Sumber : TravelTreez.com

Di Hotel Grand BlueWave Shah Alam ini terdapat beberapa restoran yang menjadi pilihan ramai pengunjung. Antaranya Tung Yuen Chinese Restaurant yang pastinya menawarkan pelbagai pilihan masakan cina yang menarik dan enak. Restoran ini yang telah mendapat sijil HALAL oleh JAKIM pada 1 November 2009 telah dinobatkan sebagai First Southeast Asian Five Star Hotel Accredited with Halal Friendly. Hebat kan?


Baru-baru ni, Tung Yuen Chinese Restaurant ini telah menawarkan promosi Ho Ho Chiak yang pastinya telah disahkan Halal dengan pelbagai pilihan makanan dengan harga yang sangat berpatutan. Menu ini di sediakan oleh satu-satunya Chef Cina yang bertauliah iaitu Chef Patrick Ng. Menu ini ditawarkan di Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1 dan disediakan setiap hari untuk makan tengahari dari jam 11.30 pagi sehingga 2.30 petang. Dan jika korang ingin menikmati makanan cina ini untuk makan malam, korang juga boleh membuat tempahan pada waktu malam diantara jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Nyum nyum...






Tak perlu risau jika tak cukup tempat, kerana ia restoran ini luas dan korang juga boleh makan dengan selesa dan tenang.. Hihihi



Promosi Ho Ho Chiak ini disediakan untuk minimum 2 orang dan dihidangkan dengan 10 pilihan dimsum yang distim atau digoreng, 4 jenis claypot dan 1 pencuci mulut. Serius, tak rugi korang try menu ni sebab ia bukan sahaja sedap, tapi memang banyak pilihan. Makan la situ sampai terbaring. Kalau rasa mengantuk, boleh terus tempah bilik di Hotel Grand BlueWave.. Mesti lagi ohsem kan.. ^_^





Jom Keknil share gambar makanan yang sempat Keknil rasa dan pastinya buat korang terliur.. Ehem.. bukan korang je terliur tau.. Keknil tengok gambar ni banyak kali pun still terliur juga.. Kikikikii

Deep Fried Yam Ball 

Vietnamese Spring Roll

Stir Fried Szechuan Style Fish Fillet 

Braised Sliced Top Shell Abalone with Seasonal Vegetable 


Fried Rice with Crab Meat 

 Fried Shanghai Gua Tie

Baked Cheese Prawn

Phoenix Eye Dumpling 

 Fresh Prawn Crystal Dumpling

Steam BBQ Chicken Bun 

Steam Seafood Dumpling with Crab Roll 



Mantao 

Loh Mai Kai

Chilled Longan With Sea Coconut

Menu Ho Ho Chiak ini ditawarkan kepada pelanggan dengan harga serendah RM57.00++ seorang (tertakluk kepada 6% GST)


Oh ye.. bila korang dah sedap makan Chinese Food tu, korang boleh juga cuba Opera Cake yang sedap ni. Serius sedap gile.. Keknil makan satu tak cukup okey..

Opera Cake dan minuman Strawberry Oreo yang enak ini pastinya membuat wajah korang fefeeling sweet-sweet sepanjang hari. Ini merupakan promosi sepanjang bulan Mac di Hotel Grand BlueWave dan kek ini disediakan oleh Chef Pastri di sini iaitu Chef Firdaus Stenly.




Gabungan kek almond dengan kopi dan filling coklat.. Wallaaaa... rasanya pahit dan manis dengnan setiap suapan yang lembut dan cair dimulut.. Fuhh.. Jom telan ailio sama-sama..

Keknil sangat recommended kek ni.. dan harganya juga sangat berpatutan dengan RM10.00 nett untuk setiap potongan dan kalau nak sebiji kek pun boleh juga.. Hanya RM89.00+ untuk 2kg. Pasti tak menyesal.. Nyum nyum..


Ehem... nak bercandle light dinner pun boleh uolssss.. Murah banget ni... RM300+ per couple tauuu... Alololoo.. tetiba Keknil rasa dah lama tak bercandle light dinner dengan encik suami.. Last rasanya masa celebrate birthday encik suami kat Krabi dulu.. 2-3 tahun lepas sudah... Sesekali boleh la nak cuba bercandle light kat sini pula kan... ^_^


Untuk tempahan, sila hubungi :

Tung Yuen Chinese Restaurant (Ho Ho Chiak)
No Telefon : 03-5511 8811  Ext 2616

Royale Songket Restaurant (Opera Cake)
No Telefon : 03-5511 8811  Ext 2612

Telemarketing Department : No Telefon : 03-5511 8811  Ext 2724


till then, tatababai
Anil Wanina
Anil Wanina

I'm a full-time Assistant IT Analyst with passion on travelling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty and event. Give some love and good comments so we can share thought and experience together. ^_^

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^