Cipta Citarasa Kopi dengan Nescafe Dolce Gusto Piccolo

Assalammualaikum

Kalau tahun lepas Nescafe tampil dengan Nescafe Gold Baristanya yang ohsem ! Kini Nescafe kembali lagi dengan produk terbaharunya iaitu Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine. Hahh.. dengar pun dah macam menarik kan.. belum cuba lagi tu... ^_^



Jangkaan pengguna adalah berubah dari semasa ke semasa. Selalunya bila mesin kopi ni.. orang akan sangka.. eh.. takkan la kopi semata-mata kan.. sesekali nak juga minum Tea Latte.. takkan la takde mesin yang boleh buat? Semakin lama semakin canggih dan permintaan juga pelbagai. Orang nak produk yang boleh digunakan di rumah setanding dengan yang ada kat kedai dengan harga yang murah. Betul tak? Disinilah timbulnya idea untuk mempelbagaikan saiz dan produk mesin kopi yang bukan sahaja murah tetapi mudah dipasang dan digunakan semudah ABC...

Fakta Ringkas Nescafe Dolce Gusto

Untuk pengetahuan korang, Nescafe Dolce Gusto telah dilancarkan di sebanyak lebih 85 pasaran di seluruh dunia dan merupakan antara 7 jenama kopi terkenal di seluruh dunia setanding dengan Starbucks. Hebat tak?



Rangkaian produk Nescafe Dolce Gusto dikenali kerana rekabentuknya yang unik dan mewah, kualiti produk premium dan kepelbagaian pilihan minuman dari kopi sehinggalah ke teh dan coklat. Nyum nyum.. sedapnya..

Tekstur kopi, teh dan coklat dalam kapsul yang kedap udara menjamin kebersihan bagi setiap kapsul yang digunakan adalah berbeza mengikut kuantiti dan keperluan bagi jenis minuman yang diperlukan. Jadi kalau korang buat Latte Machiato, pastikan korang gunakan kapsul dengan warna yang sama. Bekas yang berwarna putih dan coklat menunjukkan yang kapsul berbekas putih adalah krimer manakala kapsul berbekas coklat berisi kopi, teh atau coklat.

teksturnya yang halus dan hygiene





pink is my favourite

Setiap mesin kopi Nescafe Dolce Gusto menggabungkan teknologi dengan reka bentuk seni yang artistik dan seterusnya menghasilkan minuman yang menakjubkan.



Untuk menghasilkan kopi yang enak, kapsul dan mesin Nescafe Dolce Gusto direka untuk memastikan setiap hirupan yang diambil melambangkan kualiti yang bagus dan gaya yang mewah.


Kemewahan dalam Nescafe Dolce Gusto Piccolo

Mewah dengan cara yang murah, inilah yang ditampilkan dalam variasi Nescafe Dolce Gusto Piccolo ni. korang boleh menikmati secawan kopi dengan harga serendah RM1.90 sahaja (classic black coffee dan cafe au lait), di rumah pulak tu. Tak ke lebih santai dapat menikmati secawan kopi mewah sambil menonton TV dan ditemani pasangan dan anak-anak? 

variasi penyediaan produk Nescafe sebagai dessert


wall of Dolce Gusto

Nak guna kat pejabat? Tiada masalah. Lagi best sebab korang boleh share dengan officemate yang pastinya mempunyai pelbagai citarasa, jadi inilah produk terbaik untuk korang. Tak perlu order kopi yang kadangkala terlebih pahit atau teh yang kurang manis. Sebab dengan produk ni, korang boleh laras sendiri kepekatan, kemanisan dan kuantiti minuman yang korang perlukan mengikut selera korang semudah 1..2..3.. Macam mana? Tertarik tak?

Pasang plug

Isikan air sehingga paras maksima

Pilih jenis minuman yang anda inginkan
  
Keknil pilih yang ini - Latte Macchiato (terdapat 2 kapsul diperlukan)

Masukkan kapsul pertama (berwarna putih) ditempat yang disediakan

Switch ON dan tunggu sehingga button bertukar warna HIJAU

Laraskan pemegang untuk pilihan air sejuk atau panas

Proses sehingga cukup rasa

Tukar kapsul kedua (bagi pilihan Latte Machiato)

Laraskan semula air dan isikan sehingga cukup

Tutup laras air dan tadaaaa..

Latte Machiato siap !

nak buat kopi pun ada resipi tau...

Dengan 16 pilihan kapsul pelbagai jenis rasa.. jadi tak perlu risau jika mungkin pasangan korang bukan penggemar kopi, sebab terdapat pilihan lain seperti teh dan coklat yang boleh disediakan dalam mod panas mahupun sejuk. Woww sangat kan...

yang mana satu pilihan kalbu?

Chococino is my favourite

** Manual bagi kuantiti dan laras air yang diperlukan bagi setiap kapsul turut dinyatakan dalam setiap kapsul dan manual pengguna. ^_^

Nescafe Dolce Gusto Piccolo Ekslusif di Lazada

Nescafe Dolce Gusto Piccolo akan dijual secara ekslusif di Lazada dan preorder secara online akan berlangsung dari 21-30 April 2017 ini. Dan sempena promosi preorder ekslusif di Lazada ini, korang akan dapat :

1 x Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine
1 x Limited Edition Box (3 random design) - 16 kapsul


Harga yang ditawarkan sempena pelancarannya secara ekslusif di Lazada adalah RM239. Tetapi.. untuk pembaca blog Keknil, kalau korang guna code ini, korang akan dapat tambahan diskaun sebanyak 10% dari harga tersebut. Hahh.. sempena promosi ini, jangan tunggu lama-lama, sebab diskaun ini TERHAD kepada 100 orang pembaca blog Keknil yang terawal sahaja.



Lagi best, voucher code ini juga boleh digunakan untuk pembelian semua produk Nescafe Dolce Gusto yang tertera dalam laman web seperti berikut tanpa pembelian minima : http://www.lazada.com.my/nescafe-dolce-gusto/nestle-malaysia/


Dah jangan tunggu lagi.. jom dapatkan Nescafe Dolce Gusto Piccolo dan kumpul kesemua limited edition box serta dapatkan koleksi produk minuman kegemaran korang dengan harga diskaun kaw-kaw melalui voucher code yang Keknil berikan..

Limited Edition Box

Limited Edition Box

Limited Edition Box


Voucher Code : PICCOLO10AW
Validity Period : 21 April - 31 Mei 2017



Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Nescafe Dolce Gusto Webshop:
Nescafe Dolce Gusto Lazada Shop:
Nescafe Dolce Gusto Facebook:
Nescafe Dolce Gusto Instagram:


till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

9 9 orang peminat :

  1. suka sungguh kalo nescafe ni.. memang ohsem sangat!!!

    ReplyDelete
  2. Tiap hari boleh tukar-tukar perasa kopi kan.. best sangat 😀

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. best.. bole la beli dan dapatkan extra diskaun guna kod yang diberikan.. ^_^

      Delete
  4. Bercita2 nak ada benda ni di rumah. Boleh buat ala2 ada cafe coffee sendiri. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... feeling like cafe at home.. hihiihih

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^