Monday, May 22, 2017

Cabaran Kurus dan Sihat dengan STEA Teh Hijau

Assalammualaikum

Menjelang bulan puasa ni, semua orang berlumba-lumba nak kurus (setiap tahun pun azam yang sama) kan... ^_^ Tapi Keknil punye target, bukan setakat nak kurus je, tapi nak sihat juga.. Hahahah.. Target tinggi menggunung sungguh.. Kikikii

Tapi dengan STEA Teh Hijau, Insya Allah boleh je.. Untuk pengetahuan korang, sehingga entry ini di keluarkan, Keknil dah hampir 2 minggu amalkan STEA Teh Hijau ni tau..


Kurus???

Belum lagi.. sebab Keknil sedar diri dengan saiz badan Keknil yang XL ni, bukan mudah ye nak turunkan berat badan secara mendadak.. unless kalau Keknil betul-betul diet tak makan dan hanya minum STEA Teh Hijau sahaja. Confirm kurus.. tapi sihat ke macam tu? Hahh.. sebab tu nama cabaran ini adalah cabaran kurus dan sihat. Kurus secara sihat kan.. Bukan kurus sampai takde tenaga nak bergerak.


Amalkan Setiap Hari

Okeh berbalik kepada cerita ceriti cabaran kurus dan sihat ni, Keknil makan macam biasa. Tapi Keknil amalkan setiap pagi minum STEA Teh Hijau ni. Buat suam-suam tau dalam bekas air 1 liter tu. Lepas sarapan, minum air ni sikit-sikit sampai habis. Jangan tak tau, uncang STEA Teh Hijau ni boleh digunakan sampai warna hijaunya habis. Jadi macam Keknil, Keknil gunakan 1 uncang STEA Teh Hijau untuk 2 hari berturut-turut. Hasilnya memang terbaik ! Takde membuang melampau-lampau sampai tak cukup kaki nak ke tandas. Tapi ia bermula dengan proses detox dengan mengeluarkan angin kus-kus. Hahahaa.. Bertabahlah officemate Keknil.. Kikikii



Kelebihan STEA Teh Hijau

Semua orang tahu kebaikan Teh Hijau ni.. Selain dari detoks dan antioksidan, ia juga baik untuk kesihatan tubuh dan mengelak dari kanser. Antara kelebihan STEA Teh Hijau adalah rasanya yang tidak kelat dan pahit serta sesuai di minum ketika panas mahupun sejuk. Tapi lagi sedap diminum suam. Nikmatnya tak terkata. Kesan pengambilan STEA Teh Hijau adalah dari 7-14 hari. Satu kotak mempunyai 28 uncang dan kalau korang nak berjimat, 1 uncang boleh digunakan berkali-kali sehingga warnanya tidak lagi hijau ye. Lepas tu, tukarkan dengan uncang lain tau. Uncang yang dah tak digunakan tu, boleh digunakan untuk pupur muka pulak. Hahh.. best tak STEA Teh Hijau ni. ^_^



Jadi.. berapa target Keknil untuk kurus dan sihat?

Hurm.. agak susah nak jawab ni, tapi pada Keknil, asalkan Keknil tak rasa sakit dan mengah bila berjalan dan berlari, boleh mengenakan baju bersaiz M dan pakai kasut tumit tinggi dengan keseimbangan yang baik.. Itu dah cukup.. Hihihi... Nampak macam mudah kan? Tapi dengan berat Keknil sedia ada ni.. semuanya agak susah.. cepat sakit tumit, baju ketat, mudah mengah.. itu semua masalah asas bagi orang yang berbadan besar macam Keknil. Keknil sambut cabaran ini. Doakan Keknil berjaya ye. ^_^



Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan STEA Teh Hijau ini, sila layari sesawang di bawah untuk maklumat lanjut :




till then, tatababai
Anil Wanina
Anil Wanina

I'm a full-time Assistant IT Analyst with passion on travelling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty and event. Give some love and good comments so we can share thought and experience together. ^_^

16 comments:

  1. Betul tu Anil bukan setakat nak cantik, tapi sihat kan.. chaiyokkk.. 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sebab ada orang sanggup cantik.. tapi at then end.. tak sihat.. so kita nak dedua.. hihiihh

      Delete
  2. wah semua orang sibuk dengan teh ni.. nampak menarik.. tapi lagi menarik azam anil nak sihat tu.. akak sokong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. azam nak kurus tetiap tahun kak.. tp harap tahun ni berjaya la ye.. kikikii

      Delete
  3. Cayok..cayok..jom kurus sblom raya jom..leh pakai kebaya...yeayyyy....

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkebaya pendek raya kita tahun ni.. hahahaa

      Delete
  4. Nak minum teh ni jugak, nak kurus! Haha..nak raya dah ni!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. time pose ni la antara masa terbaik untuk kurusss.. aummm

      Delete
  5. kurus dan sihat dedua penting bagi saya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeszaaa.. pakej kurus dan cantik... ngeh ngeh ngehhh

      Delete
  6. aslm anil.. ingat lagi tak mama pipie.. hihi
    teh hijau mama beli sekotak payah nak perabih tapi bila minum mmg badan jadi panas dan berpeluh saja. mana tak kurus kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingatttt... lama sangat tak jumpa kannn... hihihi.... syafi mesti dh besarrrr

      Delete
  7. biar kurus sihat kannnn eheee tapiiiii tak suka teh hijau kosong kalau campur lemon ok la huhuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole try sue tambah lemon.. tp yg ni akak x tambah lemon pun.. minum gitu aje.. bole la kena dgn tekak.. hihihih

      Delete
  8. eh !! kita pompuan.. kena sihat dulu baru datang cantik.. kan ? kan ? kan ? hee~

    ReplyDelete
  9. teh hijau mmg bagus utk detox2 ni..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^