Thursday, May 25, 2017

Motherhood | Pusat Sehenti Ibubapa dan Anak

Assalammualaikum

Mana-mana ibubapa di dunia, pasti merasa teruja dengan kelahiran cahayamata dan tak sabar nak dengar tangisan pertama seorang bayi kan. ^_^ Kali terakhir Keknil beranak adalah 11 tahun lepas.. Fuhh.. lama sangat tu kan.. Iman pun dah 11 tahun.. Dah besar panjang, tinggi galah. Sampai hari ni, masih dan masih lagi mencuba dan mencuba untuk dapatkan sekurang-kurangnya seorang adik untuk Iman.. Ehh... usaha tauu.. bukan tak usaha... Hehhehe


Kenangan Mencari Barangan Bayi

Apa yang Keknil nak ceritakan dengan korang adalah betapa susah payahnya dulu Keknil dan encik suami mencari barangan bayi untuk Iman. Kalau tak silap, seawal usian kandungan 3 bulan dah excited nak beli barang bayi. Hahaha.. Kebetulan masa mengandung dulu tak la mabuk teruk sangat.. Jadi haruslah setiap minggu ke sana sini malah setiap pasaraya Keknil singgah untuk ke cari barangan bayi, dari Shah Alam sehinggalah ke Kuala Lumpur. Memang mencabar sungguh ketika itu nak cari barangan bayi. Mencabar tu mencabar juga.. tapi selera makan.. fuh.. jangan cakap la.. Hahahaha


Rangkaian Produk dan Perkhidmatan di Motherhood

Betapa beruntungnya ibubapa zaman sekarang kerana ada banyak kemudahan laman web dan aplikasi online shopping di Internet. Ni yang tak sabar nak mengandung lagi ni.. Hahahaha.. Bila dalam mood macam nak mengandung lagi tu, mulalah Keknil buka laman web shopping online hanya untuk melepaskan rindu melihat produk-produk si kecil yang comel-comel di Internet. Laman web yang selalu Keknil buka adalah laman web Motherhood di mana ia menawarkan pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan yang meliputi semua aspek seperti bersalin, bayi yang baru lahir dan kanak-kanak. Selain itu, laman web ini juga menyediakan tips dan maklumat berguna seperti keibubapaan, panduan penyusuan, ulasan jenama, permintaan sampel percuma dan juga testimoni ibu dan seterusnya dapat membantu pasangan lain dalam mengharungi perjalanan baru mereka sebagai ibubapa. Sehingga hari ini, Motherhood menawarkan lebih dari 6,000 produk dan perkhidmatan yang ditawarkan untuk pengguna. One stop center.. semua ada.. tak perlu susah payah drive jauh-jauh, bayar tol dan bayar parking. Hanya duduk depan komputer sahaja, papp.. terus order dan barang yang di beli akan terus sampai di hadapan pintu rumah. ^_^



Tawaran Menarik dan Diskaun Sehingga 60%

Kalau korang nak tau, pada waktu ini, terdapat jualan yang sedang berlangsung dengan hebat di Motherhood dengan tawaran menarik dan diskaun sehingga 60% iaitu Mother's Day Deal. Banyak tawaran menarik yang pastinya membuatkan Keknil sendiri jadi teruja nak beli walaupun takde anak kecil. Tapi takpe.. anak buah Keknil pun bakal lahir tak lama lagi. Jadi tak salah kalau Keknil nak hadiahkan produk-produk comel yang ada dalam laman web ni kepada anak buah Keknil kan.. Hahaha.. Memang rambang mata tengok barangan bayi dalam laman web ni. Pembeli juga boleh memilih nak melihat paparan produk berdasarkan senarai terbaru dan terbaik di pasaran. Jika pembeli ingin membuat pembelian secara terus kepada jenama tertentu atau mengikut umur yang sesuai untuk anak, laman web Motherhood ini juga turut menyediakan kemudahan tersebut. Jadi tak perlu scroll satu-satu hanya untuk mencari produk dan keperluan pembeli. Mudah kan. ^_^






Paparan Produk yang Jelas dan Mudah Difahami

Antara kelebihan lain di Motherhood adalah pembeli juga dapat melihat sendiri paparan produk yang jelas beserta dengan pilihan lain bagi sesetengah produk. Contohnya Keknil nak beli pam susu berjenama Fiffy ni kan. Bila Keknil klik, rupanya terdapat pilihan warna yang menarik. Jadi, Keknil boleh lihat dan pilih warna apa yang Keknil suka. Keknil juga dapat menerima mata ganjaran bagi setiap pembelian dan jumlahnya akan dinyatakan pada produk yang Keknil pilih. Dan kalau Keknil suka produk tersebut, Keknil boleh beri rating kepada produk dan penjual dan seterusnya dapat membantu ibubapa lain dalam membuat pilihan produk.




Dah teruja untuk melayari laman web Motherhood? Sempena kempen Mother's Day Deal yang sedang berlangsung sehingga 31 Mei 2017 ini, pembeli boleh memasukkan kod diskaun : FREESHIPPINGMM bagi menikmati penghantaran secara percuma tanpa pembelian minimum. Menarik tak? Nak lagi menarik? Pengguna juga layak untuk menerima hadiah misteri selagi stok masih ada. Untuk promosi terkini yang lain, boleh semak laman web Motherhood.


till then, tatababai
Anil Wanina
Anil Wanina

I'm a full-time Assistant IT Analyst with passion on travelling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty and event. Give some love and good comments so we can share thought and experience together. ^_^

8 comments:

  1. makin banyak pilihan untuk pembelian online yg mudah kalau macam ni.. saya suka.. saya suka..hihihi

    ReplyDelete
  2. memang senang guna web motherhood

    ReplyDelete
  3. senang dah ibu ibu nak topup stock.. mana dan sekarang ni nak bawak anak kehulu kehilir nak beli barang.. hee~

    ReplyDelete
  4. Senang kan skrg ni. Semua ada di motherhood ni. Klik dan bayar kemudian tggu je brg sampai dpn pintu.

    ReplyDelete
  5. mudah dah sekarang ..beli online jew kan.. ehh wajah baru lah blog..tahniah..

    yanieyusuf.com

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^