SK-II Produk Pilihan di Sephora

by - 2:22:00 PM

Assalammualaikum

Sephora merupakan label terkenal dan mempunyai pelbagai produk kecantikan dalam pelbagai kategori termasuk penjagaan kulit, alat solek, wangian, badan dan rambut. Namun kini, Sephora bukan sahaja menjual rangkaian produk dari jenamanya sendiri, tetapi juga produk kecantikan yang lain yang memberikan lebih pilihan kepada pelanggan di seluruh dunia.

Sedikit fakta menarik tentang Sephora, ia mengendalikan kira-kira 1,900 buah kedai di 29 buah negara di seluruh dunia. Menariknya, di Asia Pasifik sendiri, ia telah berkembang lebih dari 200 buah kedai termasuk di Australia, China, Singapura, Thailand, Indonesia, India malah Malaysia sendiri.

Di laman web Sephora sendiri, terdapat lebih dari 100 jenama terkenal yang dijual secara sah di dalam talian malah diberi kuasa oleh pihak pengedar bagi setiap jenama untuk menjual produk tersebut. Jadi, pelanggan tak perlu bimbang kesahihan produk yang dijual di laman web ini. ^_^





SK-II Produk Pilihan di Sephora

Kalau membeli belah di Sephora, memang la rambang mata. Maklumlah, selain dari produknya yang asli ia juga menawarkan pelbagai pilihan produk kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Pendek kata, semua ada di sini.


Untuk shopping spree kali ini, Keknil memilih untuk membeli belah produk SK-II. Hahh.. Dah kenapa Keknil pilih produk ni pulak ye? Kalau korang nak tau, dulu Keknil pernah menjadi pengguna SK-II tau.. Dan antara produk kegilaan Keknil ketika itu adalah SK-II Treatment Essence. Nak cantik macam orang Jepun katanya kan.. Masa tu suka sangat tengok Fauziah Latiff jadi duta dia. Cantik sangat.. Tapi nak dapatkan produk SK-II masa tu, punyalah susah. Keknil pegi Parkson Alamanda tu, bape kali Out of Stock. Fuhh.. mau tak meroyan sebab tak dapat cantik macam Kak Gee kan.. Hahahah.. Sekali bila dah dapat.. cuma dapat pakai 3 bulan je sebab lepas tu botol tu jatuh dan pecah.. Uwaa.. menangis tak berlagu...


Yes... produk SK-II ni a bit pricey, tapi berbaloi sangat.. Keknil akui, sepanjang Keknil pakai produk SK-II selama 3 bulan tu.. memang nampak lebih berseri-seri dari biasa. Cuma mungkin masa tu belum mampu lagi nak beli lagi selepas jatuh berderai.. Hukhuk..


Tapi di Sephora, tak perlu risau sebab produknya Insya Allah sentiasa ada dan bagi produk SK-II sahaja, terdapat 38 variasi produk SK-II di Sephora. Dan jika produk yang korang inginkan tu Out Of Stock, tak perlu korang drive jauh-jauh ke pasaraya besar cari booth SK-II, just letakkan produk tersebut dalam "Waitlist Me" dan jika produk tersebut dah ada dalam stock, korang akan dimaklumkan melalui emel secara autimatik dan boleh terus membuat pembelian terus dari komputer anda. Mudah dan menjimatkan masa korang bukan?


Korang juga boleh review produk yang korang nak beli dan dapatkan huraian produk, bahan-bahan dan cara menggunakan produk tersebut. Semua maklumat mengenai produk telah tertera dengan terang dan jelas jadi tiada keraguan tentang keaslian, kelebihan dan status produk.


Selain itu, penilaian dan ulasan oleh pembeli dan pengguna produk juga asli. Jadi sebelum beli, korang boleh baca dulu ulasan pembeli dan pengguna dan Keknil yakin, kebanyakannya adalah positif. Maklumlah.. produk SK-II ni produk antarabangsa, jadi reputasi yang dijaga oleh syarikat pengeluar adalah sangat tinggi. ^_^


Setiap tempahan yang dibuat oleh pelanggan akan diposkan dalam tempoh 5-10 hari waktu bekerja dan menariknya disini, kesemua item dan produk yang korang tempah tu adalah terus dari pejabat Sephora di Singapura.

Bestnya... jom dapatkan produk SK-II kegemaran korang kat laman web Sephora.

Kelebihan Membeli Belah di Sephora

Sekiranya korang membuat pembelian produk lebih dari RM80 dalam satu resit, korang layak menerima penghantaran secara percuma, tetapi jika pembelian produk korang kurang dari RM80, pun tak perlu risau, kerana kos penghantaran yang dikenakan hanyalah RM20 bagi setiap pembelian dalam satu resit.


Selain itu, bagi setiap pembelian, korang juga layak menerima sampel percuma bagi produk berjenama malah boleh pilih nak sampel percuma yang mana satu. Hahh.. best kan...


Pilihan pembayaran juga pelbagai dari kad kredit sehinggalah bank transfer, jadi pilih sahaja kaedah pembayaran yang mudah bagi korang. ^_^


Di Sephora juga, korang juga boleh pilih produk dan hadiahkan kepada yang tersayang terus dari Sephora dengan memilih packaging gift set yang comel dan menarik khas dari Sephora dengan harga serendah RM15 bagi setiap bungkusan beserta dengan nota dengan kata-kata romantis yang dibaitkan oleh korang sendiri. Sweet kan..

Program Ganjaran Sephora Beauty Pass

Melalui laman web Sephora ini, tak kira apa jua produk yang korang beli, korang layak menikmati ganjaran melalui program Sephora Beauty Pass, yang mana setiap ahli akan memperoleh maklumat mengenai promosi ekslusif, kejutan harijadi dan juga informasi kecantikan yang terkini. Setiap point akan dikreditkan ke dalam akaun dalam tempoh 48 jam selepas pembelian secara online melalui laman web Sephora. Tiada yuran dikenakan untuk menikmati ganjaran ini kerana keahlian adalah percuma selepas korang mendaftar sebagai ahli dalam laman web Sephora.


Ekslusif sempena Mother's Day, dari 8 - 14 Mei 2017, korang berpeluang untuk dapatkan 2x point ganjaran Sephora Beauty Pass. Jadi rebut peluang ini dan kumpul point korang melalui produk SK-II di Sephora.



Aplikasi shopping di Sephora juga boleh didapati di App Store dan Google Play.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Laman Web : Sephora
Instagram : @sephoramy
Hashtag : #sephoramy


till then, tatababai

You May Also Like

5 orang suka

  1. waa.. lama tak masuk Sephora.. terliur tengok promosi dorang.. ni nak dekat raya ni lagi macam2.. hee~

    ReplyDelete
  2. sephora memang platform no 1 utk cari jenama kosmetik yang original. memang tak di ragui. boleh beli dengan senang hati lah org kata.

    ReplyDelete
  3. ala baru baca.. ruginya dah terlepas..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^