Aspirasi Neutrogena Happy Skin 24/7 dalam Mercedes-Benz STYLO Asia Fashion Festival

Assalammualaikum

Bila pergi fashion show.. mesti orang tertanya-tanya... apa tema dan fungsi fashion show ni ek? Baru-baru ini, satu fashion show yang bertemakan Neutrogena  Happy Skin 24/7 Fashion Collection yang mempersembahkan sebanyak 30 rekaan di Mercedes-Benz STYLO Asia Fashion Festival (MBSTYLOAFF) 2017.



Rekaan pereka muda dan terkenal iaitu Kitty Yiyi dan Hazzer Wan Lee menafsirkan mood gembira dengan kulit yang sihat dan sentiasa bermaya. Kecantikan bermula dengan kulit yang sihat, ia bukan sahaja memberikan interpretasi yang positif malah memberikan tenaga dalam kehidupan seharian. Cuba bayangkan kalau sehari datang kerja tanpa mencuci muka, tanpa mandi dan tanpa pakaian yang baik. Mesti orang disekeliling akan memandang lain macam je kan.. dan pasti kita sendiri merasa kurang selesa dengan penampilan diri dan akhirnya merosakkan mood seharian ketika bekerja. Sebab itulah dengan Neutrogena Happy Skin 24/7 ini dicipta demi membantu wanita diluar sana lebih berkeyakinan dan bertenaga dalam menempuh setiap hari yang dilaluinya.


Seperti sedia maklum, wanita, kecantikan dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Dalam fashion show yang diadakan ini juga, ia memaparkan warna-warna ceria dan menarik yang diinspirasikan oleh konsep 'Happy Skin' !

Kitty Yiyi menterjemahkan konsep Happy Skin dalam rekaan beliau dengan ilham gadis pantai dengan pakaian yang longgar dan selesa. Setiap jaluran dalam rekaan beliau melambangkan keceriaan dan kebahagiaan pada sipemakai.


Manakala koleksi Hazzer Wan Lee pula diilhamkan dari percikan air - yang juga merupakan signature kepada Neutrogena. Jadi setiap rekaannya didatangkan dengan keindahan dan tenaga air yang terdiri dari warna biru, hijau, oren dan merah jambu. Setiap rekaannya dipadankan dengan lapisan dan teknik yang berbeza yang menampilkan kesan 3D yang unik.


Keseluruhannya, kesemua rekaan fesyen yang ditampilkan sangat menarik dan mampu membuatkan sipemakai berasa lebih yakin dengan penampilan dan diserikan dengan keceriaan kulit Neutrogena Happy Skin 24/7.

till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

0 orang suka :

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^