Pelancaran Ramadhan Raya dan Kempen Terima Kasih oleh Suria KLCC dan Media Prima

Assalammualaikum

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Jun. Masih di awal Ramadhan tapi dah ada pelbagai promosi Hari Raya yang telah dihebahkan. Keknil sendiri pun excited bila tengok pelbagai promosi di media sosial, dada-dada akhbar, televisyen dan radio. Memang mengaum tengok pelbagai promosi raya ni. Hahaha..


Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Aidilfitri yang bakal menjelang, Kumpulan  Suria KLCC telah melancarkan program Ramadhan Raya yang mengenengahkan dekorasi yang bertemakan batik. Ini bagi mempromosikan keindahan batik Malaysia khususnya kepada pengunjung di Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall.


Kalau korang nak tau, dianggarkan lebih dari 8.8 juta pelancong asing telah mengunjungi Malaysia dan kerana itulah batik Malaysia menjadi pilihan sebagai kraftangan paling unik yang dihasilkan di Malaysia. Seperti yang diketahui, Batik Terengganu merupakan seni kraf yang halus dan berada dalam kelasnya tersendiri. Jadi dengan Kempen Terima Kasih ini diharapkan dapat mempromosikan dan mendidik masyarakat tentang budaya dan tradisi di Malaysia.



Pada tahun ini juga, Suria KLCC  telah bekerjasama dengan Media Prima Television Network melalui Kempen Terima Kasih dan program CSR yang dikenali sebagai Skuad Terima Kasih untuk mengutip dana untuk Tabung Bersamamu bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik. Kotak derma akan diletakkan di lokasi yang strategik di kawasan pasaraya bagi memudahkan pengunjung memberi sumbangan.


Sebagai tambahan kemeriahan Hari Raya tahun ini, turut di sediakan hadiah istimewa untuk pengunjung yang berbelanja minimum RM800 di Suria KLCC, RM1,500 di Alamanda dan RM350 di Mesra Mall.


Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Ramadhan Raya dan program CSR Terima Kasih sila hubungi:

Laman Web : www.suriaklcc.com.my

till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

1 orang suka :

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^