SGshop “Jom Shopping!” Contest

by - 10:45:00 PM

Assalammualaikum

Sejak dua menjak ni.. perasaan gile shopping semakan menjadi-jadi.. asal ada peluang je.. mesti godek macam-macam jenis laman web shopping.. baru-baru ni tertengok laman web SGShop.. wei.. meriah beb.. macam-macam ada dari sekecil-kecil barang sehinggalah ke barangan rumah yang sebesar- besar alam tu.. Menarik kan?

Jadi bila Ayue Idris buat contest ni, memang tak teragak-agak nak join juga la.. mana tau ada rezeki kan... Senang banget dehh....



Cara penyertaan
1) Buat satu entry bertajuk : SGshop “Jom Shopping!” Contest
2) Pastikan banner contest ada di dalam entry contest anda
3) Jawab 2 soalan berikut:
    Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?
    Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.
4) Komen di blogpost ini link entry anda
5) Share entry anda di Facebook wall anda dengan hashtag #AyueIdrisXSGshopMalaysia

ITU SAHAJA! Mudah je kan?

Submit entry
Lepas dah siap semua soalan, sila isi borang dibawah untuk tujuan pemilihan pemenang. Tak isi borang, maksudnya entry anda tak dikira ya. Submit link entry disini : https://goo.gl/dqWRle

Amacam? Adakah Keknil mampu menyahut cabaran ini? YES ! Sebab tu terhasilnya entry ni.. Aummm... Jom.. kita teruskan.. Ngeh ngeh ngehhh...

Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?

Uish.. banyak.. dari produk sebesar kuman sampai la produk sebesar gajah.. Hahhh.. itu perumpamaan la yang Keknil nak kata macam-macam ada dalam SGShop ni. Lagi satu yang menarik tentang SGShop ni, terdapat banyak pilihan dari segi produk, harga sehinggalah ke kualiti. Of course la kualiti yang ditawarkan bagus kan.. tapi di sini Keknil boleh buat comparison dari semua segi untuk mendapatkan yang terbaik dari yang terbaik mengikut bajet Keknil sendiri. Amacam? Tempting tak? Ngeh ngeh ngeh.... Kalau dah barang dari China.. takkan la dorang hantar naik lori pula kan... Jadi korang boleh membuat pilihan penghantaran samada melalui udara atau laut.. Kalau nak cepat.. boleh memilih penghantaran melalui udara.. atau kalau boleh bersabar, boleh guna penghantaran menggunakan jalan laut. Pada Keknil, biar lambat asal selamat.. Lagipun kalau nak dapatkan produk yang terbaik, kita kena banyak bersabar.. Betul tak?


Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.

Basikal
Uiiii...ini adalah produk yang dah berapa kali Keknil ushar ni.. In fact, dah lebih 2 bulan Keknil ushar basikal ni.. Sebab ini adalah wishlist birthday Iman.. Jadi memang Keknil dah berhajat nak belikan dia basikal.. tapi mostly tak menepati kriteria.. dan bila jumpa basikal ni.. memang teruja sangat la sebab memang warna dan design yang Iman nak.. Hehehe.. Well.. tak kira la anak kecik ke besar ke.. sindrom mak-mak memang tak dapat dipisahkan.. apapun utamakan permintaan anak dulu kan.. hihihihi Korang tengok la basikal ni.. siap boleh lipat.. jadi senang gila kalai nak bawa travel.. Ohsem kan?


One Wheel Electric Balance Car

Produk ni sejak dia masuk pasaran Malaysia.. memang Keknil dah aim.. kecik besar kecik besar je tengok menda ni... tapi bila tengok harga produk ni di pasaran Malaysia.. alamak.. mostly RM1,000 ke atas.. Aduhai... stress kejap.. Tapi bila tengok kat SGShop.. tak ke gile sebab Keknil boleh pilih produk ni dari harga RM200+ tauuu... Tak ke rasa macam nak sambar 2-3 ketul? Lagipun, boleh guna menda ni nak pegi kedai kan... Hahh.. mesti terbeliak mata tokey kedai tu tengok Keknil pegi kedai beli ikan dengan penuh bergaya.. Huahuahuaaa...


Electric Drill 

Pada Keknil, it a must item mesti ada pada setiap rumah.. Kenapa? Sebab banyak kegunaannya ni. Macam kat area rumah Keknil ni.. lagi-lagi nak raya ni hah.. boleh dikatakan setiap minggu ada je orang nak pinjam drill.. Hahhh.. jadi tak salah setiap rumah dapatkan satu produk ni sebab harganya pun murah kan... Warna pink lagi.. Auchhh.... kita yang gegirl ni pun tetiba terus mahir nak guna drill ni.. Ngeh ngeh ngeh...


Kalau ikutkan, banyak lagi wishlist ni.. tapi kita jangan tamak... sebab tak lari mana pun SGShop tu.. Hihihi. Jadi korang boleh godek-godek SGShop dan jangan lupa share dengan Keknil.. apa yang korang sambar dari SGSHop tu.. Hihihi

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web :www.sgshop.com.my

till then, tatababai

You May Also Like

0 orang suka

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^