Monday, July 24, 2017

Kecantikan semulajadi Swanicoco kini di Watsons

8:49:00 AM 1
Assalammualaikum

Siapa yang tak teruja dengan wajah secantik wanita Korea. Malah ada yang sanggup berhabis duit untuk mendapatkan wajah yang sempurna tanpa cela, betul tak?

Baru-baru ni Keknil telah hadir alam majlis pelancaran satu produk kecantikan dari Korea iaitu Swanicoco yang akan dipasarkan menerusi rangkaian Watsons. Produk Swanicoco menggunakan proses penapaian bagi anti-penuaan dengan menggunakan bahan-bahan bio semula jadi. Secara dermatologinya, produk ini selamat, tanpa kesan sampingan kulit dan mesra alam.


 

Produk Kecantikan Swanicoco

Jenama Swanicoco yang bermaksud mengejar keanggunan "swan" (feminin) dan "coco" yang bermaksud kelapa (menawarkan kosmetik semulajadi botani). Produk Swanicoco termasuk Bitamina Extra matt emulsion, pore clearance, A.C contreol care skin toner, gold plant stem pure ampoule yang merupakan produk yang paling laris, RH-EGF pure ampoule dan extra hydrating swan cream. Demonstrasi penjagaan rutin kulit dijalankan oleh pakar kulit Swanicoco yang diterbangkan dari Korea, Miss Adia Song.

rangkaian produk Swanicoco

rangkaian produk Swanicoco

rangkaian produk Swanicoco

ini adalah gold serum ye.. lepas sapu memang terasa lembut sangat

kenali produk Swanicoco

persembahan pembukaan pelancaran Swanicoco

pengenalan rangkaian produk Swanicoco

demonstrasi penggunaan produk Swanicoco

testimoni pengguna 


Usahasama antara Swanicoco dengan Watsons Malaysia

Dengan kerjasama antara Swanicoco ini Keknil pasti akan membantu menaikkan lagi nama Swanicoco dan Watsons Malaysia sebagai antara pengedar produk kecantikan di Malaysia. Produk Swanicoco ini boleh didapati secara ekslusif di kedai-kedai Watsons terpilih dan kedai Watsons dalam talian.




Untuk maklumat lanjut, sila layari :


Laman Web


till then, tatababai

Friday, July 21, 2017

Baby Lobster Meets Hai Xian Delight di Grand Blue Wave Hotel Shah Alam

1:09:00 PM 4
Assalammualaikum

Seperti sebelum ini, Grand BlueWave Hotel Shah Alam sentiasa memberikan pelbagai makanan Cina dengan gaya mewah tetapi mampu untuk dinikmati oleh semua. Melalui promosi terbaharunya iaitu 'Baby Lobster Meets Hai Xian Delight' di Restoran Cina Tung Yuen, ia menawarkan pelbagai makanan yang semesti sedap dan Halal dan diiktiraf oleh JAKIM.


Menu ini disediakan khas oleh satu-satunya chef Cina di sini iaitu Chef Patrick Ng dan boleh didapati di Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1 dan dihidangkan pada waktu makan tengahari dari jam 11.30 pagi sehingga 2.30 petang dan makan malam pada jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.


Dengan harga RM75.00+ seorang (minimum 6 orang), pelanggan boleh menikmati 6 hidangan utama antaranya pembuka selera istimewa, Ikan Stim Garoupa dengan bean pes pedas, Pan Fried Trio Seafood dengan sos pedas, Braised Top Shell Abalone dengan kailan dan bawang putih panggang dan tidak ketinggalan Pan Fried Chinese Pan Cake. Di sini korang boleh membuat pilihan sup samada inginkan Szechuan Soup atau Fish Maw Soup. Kedua-duanya sedap.. Nyum nyum nyum..








Korang boleh nikmati baby lobster seberat 150gram setiap satu dengan hidangan 1/2 portion setiap seorang ini samada dengan cara goreng atau panggang malah terdapat dua pilihan sos yang sedap.


Promosi ini boleh didapati di Tung Yuen Restaurant dari 15 Julai sehingga 30 September 2017 ini. Jadi korang bolehlah datang ke sini dan menikmati keenakan makanan cina di sini. Terjamin bersih dan Halal.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Tung Yuen Chinese Resaturan 
Aras 1
Dibuka setiap hari
Lunch - 11. 30am - 2.30pm
Dinner - 6.00pm - 10.30pm

Untuk tempahan :
03 5511 8811 ext 2616 / 2724


till then, tatababai