Baby Lobster Meets Hai Xian Delight di Grand Blue Wave Hotel Shah Alam

Assalammualaikum

Seperti sebelum ini, Grand BlueWave Hotel Shah Alam sentiasa memberikan pelbagai makanan Cina dengan gaya mewah tetapi mampu untuk dinikmati oleh semua. Melalui promosi terbaharunya iaitu 'Baby Lobster Meets Hai Xian Delight' di Restoran Cina Tung Yuen, ia menawarkan pelbagai makanan yang semesti sedap dan Halal dan diiktiraf oleh JAKIM.


Menu ini disediakan khas oleh satu-satunya chef Cina di sini iaitu Chef Patrick Ng dan boleh didapati di Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1 dan dihidangkan pada waktu makan tengahari dari jam 11.30 pagi sehingga 2.30 petang dan makan malam pada jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.


Dengan harga RM75.00+ seorang (minimum 6 orang), pelanggan boleh menikmati 6 hidangan utama antaranya pembuka selera istimewa, Ikan Stim Garoupa dengan bean pes pedas, Pan Fried Trio Seafood dengan sos pedas, Braised Top Shell Abalone dengan kailan dan bawang putih panggang dan tidak ketinggalan Pan Fried Chinese Pan Cake. Di sini korang boleh membuat pilihan sup samada inginkan Szechuan Soup atau Fish Maw Soup. Kedua-duanya sedap.. Nyum nyum nyum..








Korang boleh nikmati baby lobster seberat 150gram setiap satu dengan hidangan 1/2 portion setiap seorang ini samada dengan cara goreng atau panggang malah terdapat dua pilihan sos yang sedap.


Promosi ini boleh didapati di Tung Yuen Restaurant dari 15 Julai sehingga 30 September 2017 ini. Jadi korang bolehlah datang ke sini dan menikmati keenakan makanan cina di sini. Terjamin bersih dan Halal.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Tung Yuen Chinese Resaturan 
Aras 1
Dibuka setiap hari
Lunch - 11. 30am - 2.30pm
Dinner - 6.00pm - 10.30pm

Untuk tempahan :
03 5511 8811 ext 2616 / 2724


till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

4 9 orang peminat :

  1. Wah ada banyak menu nak kena pergi cuba jugak

    ReplyDelete
  2. tengok gambar pun dah teringin...nampak sedap semuanya

    ReplyDelete
  3. Sedap2...lobster tu mmg tak le thn ..my peeberet huhu

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^