Tuesday, August 29, 2017

Kekal Segar dengan IBKEEO Premium MouthWash

8:56:00 AM 0
Assalammualaikum

Penjagaan mulut tidak cukup dengan hanya memberus gigi, kerana ia hanya mampu membersihkan hanya sekitar 25% daripada mulut tidak termasuk gusi. Kalau korang rasa nafas korang berbau atau sakit gigi dan gusi berdarah, itu bermaksud penjagaan gigi dan mulut yang sedang korang lakukan itu adalah tidak cukup ! Bagaimana untuk memaksimakan penjagaan gigi dan mulut dengan cara yang mudah?


IBKEEO Premium MouthWash adalah jalan penyelesaiannya yang membantu untuk memberi penjagaan dan kesegaran maksima dalam bahagian mulut dengan hanya 20 saat !

IBKEEO merupakan sebuah jenama cecair mulut dari Korea yang mengandungi ekstrak ginseng bagi memberi kesegaran dan pastinya BEBAS ALKOHOL ! Produk ini disahkan selamat oleh KKM dan KFDA ISO 22716. Jadi tidak perlu risau untuk menggunakannya tanpa was-was.


Antara kandungan utama IBKEEO Premium MouthWash ini adalah :


  • Tea Tree - yang memberikan dan membantu menyingkir lebihan protein di dalam mulut)
  • Licorice - yang membantu mengelakkan mulut kering serta mengekalkan kebersihan oral)
  • White Peony - berfungsi sebagai anti-bakteria
  • Sodium Fluoride - membantu mengelakkan masalah pada gigi
  • Allantoin - yang berfungsi untuk mencerahkan gigi serta menguatkan gusi
Memandangkan kandungan IBKEEO adalah tanpa alhohol, jadi ia bersifat kurang pedas malah lebih ringan dan lembut pada mulut. IBKEEO ini juga sesuai digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat dari umur 6 tahun malah sesuai juga untuk pemakai braces, orang tua, perokok dan ahli korporat yang biasanya berjumpa dengan pelanggan. Ia juga dapat meningkatkan keyakinan dan dapat mengelakkan sifat over-shy apabila berjumpa dengan orang ramai. ^_^






Bagaimana nak gunakannya?

Mudah sahaja. Penuhkan 1/3 penutup botol IBKEEO dan kumurkan selama lebih kurang 20 saat. Korang jangan terkejut dengan apa yang keluar dari mulut korang tu.. Itu adalah lebihan protein yang telah berkumpul dalam mulut korang setelah sekian lama.

Cadangan penggunaan : Gunakan 2 kali sehari (selepas makan / memberus gigi)


Untuk 1 botol IBKEEO ini boleh bertahan sehingga 50 - 60 kali penggunaan (bergantung kepada kekerapan kita berkumur).

Untuk maklumat lanjut, sila layari

Laman Web : www.ibkeeo.com
Facebook : IBKEEOMsia


till then, tatababai

Wednesday, August 23, 2017

Tawaran Menarik Traveloka Sempena KL2017

3:52:00 PM 1
Assalammualaikum

Tahukah anda Traveloka merupakan antara penaja dan rakan kongsi dalam talian rasmi (official online travel partner) untuk Sukan SEA (KL2017)?  Seperti yang sedia maklum, pada 19 Ogos 2017 yang lalu, KL2017 telah dirasmikan dengan upacara yang penuh gilang gemilang di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan Malaysia sebagai tuan rumah. Pelbagai acara menarik dalam KL2017 selama 11 hari bermula dari 19 Ogos sehingga 30 Ogos 2017 dan sebanyak 38 sukan yang terdiri daripada bola sepak, badminton, bola jaring, boling dan banyak lagi dipertandingankan dengan jumlah 405 acara keseluruhannya.



Traveloka merupakan sebuah laman e-dagang pelancongan menyediakan perkhidmatan penerbangan termurah ke semua destinasi dan juga tawaran hotel yang harga diskaun yang tak masuk akal. Bersempena dengan KL2017 ini, Traveloka telah menawarkan pelbagai promosi dan aktiviti menarik untuk dinikmati dan dikongsi bersama oleh semua rakyat Malaysia.

Jadi sempena Malaysia sebagai hos rasmi untuk KL2017 ini, Keknil nak share juga pada korang, pada masa ini, Traveloka sedang mengadakan Promosi Hello Malaysia yang mana korang boleh berjimat sehingga 40% untuk tiket kapal terbang dan hotel jika korang tempah melalui laman web ini sehingga 31 Ogos 2017. Ambil peluang ini untuk menjelajah ke seluruh Malaysia dan tunjukkan pada dunia akan keindahan dan keajaiban destinasi menarik di Malaysia.



Selain itu, terdapat juga Promosi Go S.E.A ! yang menawarkan diskaun sehingga 60% bagi 10 destinasi Asia Tenggara terpilih iaitu Singapura, Phuket, Bangkok, Chiang Mai, Hanoi, Ho Chi Minh, Jakarta, Bandung, Bali dan Lombok ! Jadi jangan tunggu lagi ! Jom.. dapatkan tawaran diskaun menarik ini sementara masih ada promosi dari sekarang sehingga 31 Ogos 2017 ini.



Bagi peminat KL2017 yang tak sempat berkunjung ke stadium bagi menyaksikan pelbagai acara secara dekat dan LIVE, jangan risau ! Menariknya tentang Traveloka pada kali ini, ia turut memaparkan livestream bagi semua acara KL2017 dan korang juga boleh sertai peraduan yang disediakan di laman webnya iaitu, www.travelokakl2017.com.my  Jadi korang boleh mengikuti acara menarik sepanjang Sukan SEA 2017 ini secara streaming di mana sahaja korang berada. Hahh.. Keknil pun layan tauu.. Best pulak tengok livestream ni macam dapat tengok depan mata pulak.. boleh join contest lagi.. Hahh.. sambil tengok, sambil join contest.. mana tau ada rezeki, boleh menang kan.. Huihuihuii...


Bagi korang yang berkunjung ke Bukit Jalil bagi mengikuti acara secara langsung, korang juga boleh singgah di booth Traveloka di Bukit Jalil untuk melihat pelbagai tawaran penerbangan dan hotel yang pastinya super jimat ke pelbagai destinasi dan boleh menyertai peraduan-peraduan yang dianjurkan di booth tersebut malah berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM200,000 ! Jadi marilah kita secara berjemaah serbu booth Traveloka  di Bukit Jalil. Tuah ayam nampak di kaki, tuah Keknil mana tau dapat sapu bersih hadiah keseluruhan RM200,000 weii.. Hahahah #verangan


Jom sokong #TeamMalaysia dan jangan lupa untuk travel dan stay dengan Traveloka !

Untuk maklumat lanjut, sila layari






till then, tatababai

Thursday, August 10, 2017

Naturals by Watsons untuk seisi keluarga

2:19:00 PM 8
Assalammualaikum

Keknil sudah menjadi pengguna tegar Watsons sejak 3 tahun lepas dan alhamdulillah.. produk Watsons ini sangat berbaloi-baloi untuk dimiliki seisi keluarga. Terdiri dari pelbagai rangkaian produk dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki, Watsons kini telah membuka mata rakyat Malaysia dengan kepelbagaian produk keluarannya dengan kualiti yang tinggi dan harga yang berpatutan.


Watsons sebagai salah satu pengeluar produk kecantikan di Malaysia kini telah melancarkan semula produk Naturals by Watsons yang formulasinya telah dinaiktaraf dengan pembungkusan baru yang lebih menarik dan eksklusif. Sejak ia dikeluarkan pada tahun 2011, rangkaian produk Naturals meliputi penjagaan rambut dan badan telah berjaya menarik ramai pelanggan tetap kerana kandungan bahan semulajadi dalam produk. Formulasinya yang telah diuji secara dermatologi bebas dari paraben, pewarna dan isothiazolinone menjadikan produk ini sesuai untuk semua jenis kulit.

  

Dengan moto Watsons, 'Look Good, Feel Good' yang menyasarkan nilai terbaik untuk kesemua pelanggannya dengan kesedaran yang tinggi apa yang diletakkan pada kulit dan badan serta meningkatkan kesedaran dalam kesihatan dan  kesejahteraan.


Terdapat 7 koleksi dalam rangkaian produk Naturals by Watsons ini iaitu Olive yang berfungsi untuk kelembapan kulit dengan kandungan organic olive oil dan natural olive fruit extract dari Itali.


Seterusnya Argan yang berfungsi untuk memulihkan kulit dan rambut dengan kandungan organic argan oil dan natural argan seet extract dari Morocco.


Bagi perlindungan yang luar biasa untuk kulit dan rambut,Watsons turut memperkenalkan koleksi Marula yang mengandungi organic marula oil dan marula butter untuk kelembutan kulit dan akar rambut yang kuat.


Fungsi Aloe Vera memang terkenal untuk menenangkan kulit dan koleksi ini mengandungi organic aloe vera juice dan aloe vera extract dari USA yang turut berfungsi untuk melembabkan kulit dan rambut.


Prestige Rose pula mengandungi organic rose water dari Bulgaria, Morocco dan Perancis dengan kombinasi natural rose oil dari Bulgaria yang menawarkan bauan aromaterapi untuk menenangkan tubuh dan minda.


Bagi fungsi merawat, koleksi Paw Paw mengandungi Paw Paw Leaf Infused Oil yang berfungsi tunuk merawat dan menenangkan kulit manakala organic paw paw extract untuk menambahkan kelembapan bagi kulit yang lebih sihat.


Akhir sekali, Blood Orange pula berfungsi untuk meningkatkan kecerahan kulit dengan kandungan organic blood orange extract yang berfungsi untuk melindungi kulit dari faktor persekitaran manakala organic blood orange oul berfungsi untuk mengurangkan pigmen dan meningkatkan kesan sempurna dan kulit wajah yang lebih muda.


Naturals by Watsons kini boleh didapati secara eksklusif di kesemua cawangan Watsons di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Lamab Web : www.watsons.com.my


till then, tatababai

Monday, August 7, 2017

Mencegah gigitan nyamuk dengan Carrie Mozzibuster

8:00:00 AM 1
Assalammualaikum

Kes-kes denggi dewasa ini semakin berleluasa di Malaysia dengan peningkatan secara mendadak di kawasan bandar dan luar bandar. Pada tahun lepas, sebanyak 75,000 kes denggi termasuk 166 fatalities. Peningkatan pelbagai penyakit berkaitan dengan gigitan nyamuk termasuk Virus Zika amatlah membimbangkan dan pelbagai usaha dari pelbagai pihak telah sama² berusaha utk mencegah punca penyakit dari gigitan nyamuk.


Carrie, merupakan produk yang dipercayai dalam produk penjagaan peribadi seperti sabun mandi, syampu dan bedak turut memahami akan kerisauan ibubapa akan anak² tentang penularan wabak akibat gigitan nyamuk. Melalui penyelidikan dan pembangunan dengan usahasama agensi kerajaan seperti Department of Agriculture dan JAKIM, Carrie telah mengeluarkan 2 buah produk untuk menghalang gigitan nyamuk iaitu Carrie Mozzibuster Mosquito Repellent Lotion dan Carrie Mozzibuster Mosquito Repellent Lotion With UV Protection yang mampu menghalang gigitan nyamuk sehingga 8 jam.


Keknil sebagai ibu yang bekerja, pastinya mahu yang terbaik utk anak². Lagi² masalah denggi di kawasan rumah amatlah membimbangkan. Jadi Keknil sangatlah gembira dengan adanya produk seperti ini dan sekurang²nya dapat membantu mengurangkan masalah kesihatan dlm keluarga Keknil.


Produk ini adalah diiktiraf Halal oleh JAKIM dan boleh didapati dalam 2 saiz, 50ml dan 100ml. Boleh juga dibawa untuk travel jadi tak perlu risau kalau piknik atau camping dalam hutan ke.. Carrie Mozzibuster kan ada !


Produk ini boleh didapati di kesemua pasaraya besar, supermarket dan farmasi di seluruh negara dengan harga seperti berikut :


Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Facebook : https://www.facebook.com/CarrieMY/

till then, tatababai