Naturals by Watsons untuk seisi keluarga

by - 2:19:00 PM

Assalammualaikum

Keknil sudah menjadi pengguna tegar Watsons sejak 3 tahun lepas dan alhamdulillah.. produk Watsons ini sangat berbaloi-baloi untuk dimiliki seisi keluarga. Terdiri dari pelbagai rangkaian produk dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki, Watsons kini telah membuka mata rakyat Malaysia dengan kepelbagaian produk keluarannya dengan kualiti yang tinggi dan harga yang berpatutan.


Watsons sebagai salah satu pengeluar produk kecantikan di Malaysia kini telah melancarkan semula produk Naturals by Watsons yang formulasinya telah dinaiktaraf dengan pembungkusan baru yang lebih menarik dan eksklusif. Sejak ia dikeluarkan pada tahun 2011, rangkaian produk Naturals meliputi penjagaan rambut dan badan telah berjaya menarik ramai pelanggan tetap kerana kandungan bahan semulajadi dalam produk. Formulasinya yang telah diuji secara dermatologi bebas dari paraben, pewarna dan isothiazolinone menjadikan produk ini sesuai untuk semua jenis kulit.

  

Dengan moto Watsons, 'Look Good, Feel Good' yang menyasarkan nilai terbaik untuk kesemua pelanggannya dengan kesedaran yang tinggi apa yang diletakkan pada kulit dan badan serta meningkatkan kesedaran dalam kesihatan dan  kesejahteraan.


Terdapat 7 koleksi dalam rangkaian produk Naturals by Watsons ini iaitu Olive yang berfungsi untuk kelembapan kulit dengan kandungan organic olive oil dan natural olive fruit extract dari Itali.


Seterusnya Argan yang berfungsi untuk memulihkan kulit dan rambut dengan kandungan organic argan oil dan natural argan seet extract dari Morocco.


Bagi perlindungan yang luar biasa untuk kulit dan rambut,Watsons turut memperkenalkan koleksi Marula yang mengandungi organic marula oil dan marula butter untuk kelembutan kulit dan akar rambut yang kuat.


Fungsi Aloe Vera memang terkenal untuk menenangkan kulit dan koleksi ini mengandungi organic aloe vera juice dan aloe vera extract dari USA yang turut berfungsi untuk melembabkan kulit dan rambut.


Prestige Rose pula mengandungi organic rose water dari Bulgaria, Morocco dan Perancis dengan kombinasi natural rose oil dari Bulgaria yang menawarkan bauan aromaterapi untuk menenangkan tubuh dan minda.


Bagi fungsi merawat, koleksi Paw Paw mengandungi Paw Paw Leaf Infused Oil yang berfungsi tunuk merawat dan menenangkan kulit manakala organic paw paw extract untuk menambahkan kelembapan bagi kulit yang lebih sihat.


Akhir sekali, Blood Orange pula berfungsi untuk meningkatkan kecerahan kulit dengan kandungan organic blood orange extract yang berfungsi untuk melindungi kulit dari faktor persekitaran manakala organic blood orange oul berfungsi untuk mengurangkan pigmen dan meningkatkan kesan sempurna dan kulit wajah yang lebih muda.


Naturals by Watsons kini boleh didapati secara eksklusif di kesemua cawangan Watsons di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Lamab Web : www.watsons.com.my


till then, tatababai

You May Also Like

8 orang suka

  1. haritu pergi watsons nak grab dah satu daripada produk nie. tapi itu semua nafsu. hati cakap nanti dulu sabar sabar hehe. mana tahu boleh hilangkan parut lama dekat kulit elsa nie hikhik

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/08/kebaikan-keburukan-pembelian-online.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. tu la.. masa nampak tu tamak gile kan.. semua nak.. hahahah...

      Delete
  2. saya suka marula.. wnagi gile.. hee~ jatuh cinta sudah ni..

    ReplyDelete
  3. terimakasih banyak inforasinya, membantu sekali gan..
    jangan lupa kunjungi link kami di https://goo.gl/NymwRq

    ReplyDelete
  4. Nak satu... ehh nak semua... ha ha ha...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^