Tawaran Menarik Traveloka Sempena KL2017

Assalammualaikum

Tahukah anda Traveloka merupakan antara penaja dan rakan kongsi dalam talian rasmi (official online travel partner) untuk Sukan SEA (KL2017)?  Seperti yang sedia maklum, pada 19 Ogos 2017 yang lalu, KL2017 telah dirasmikan dengan upacara yang penuh gilang gemilang di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan Malaysia sebagai tuan rumah. Pelbagai acara menarik dalam KL2017 selama 11 hari bermula dari 19 Ogos sehingga 30 Ogos 2017 dan sebanyak 38 sukan yang terdiri daripada bola sepak, badminton, bola jaring, boling dan banyak lagi dipertandingankan dengan jumlah 405 acara keseluruhannya.



Traveloka merupakan sebuah laman e-dagang pelancongan menyediakan perkhidmatan penerbangan termurah ke semua destinasi dan juga tawaran hotel yang harga diskaun yang tak masuk akal. Bersempena dengan KL2017 ini, Traveloka telah menawarkan pelbagai promosi dan aktiviti menarik untuk dinikmati dan dikongsi bersama oleh semua rakyat Malaysia.

Jadi sempena Malaysia sebagai hos rasmi untuk KL2017 ini, Keknil nak share juga pada korang, pada masa ini, Traveloka sedang mengadakan Promosi Hello Malaysia yang mana korang boleh berjimat sehingga 40% untuk tiket kapal terbang dan hotel jika korang tempah melalui laman web ini sehingga 31 Ogos 2017. Ambil peluang ini untuk menjelajah ke seluruh Malaysia dan tunjukkan pada dunia akan keindahan dan keajaiban destinasi menarik di Malaysia.



Selain itu, terdapat juga Promosi Go S.E.A ! yang menawarkan diskaun sehingga 60% bagi 10 destinasi Asia Tenggara terpilih iaitu Singapura, Phuket, Bangkok, Chiang Mai, Hanoi, Ho Chi Minh, Jakarta, Bandung, Bali dan Lombok ! Jadi jangan tunggu lagi ! Jom.. dapatkan tawaran diskaun menarik ini sementara masih ada promosi dari sekarang sehingga 31 Ogos 2017 ini.



Bagi peminat KL2017 yang tak sempat berkunjung ke stadium bagi menyaksikan pelbagai acara secara dekat dan LIVE, jangan risau ! Menariknya tentang Traveloka pada kali ini, ia turut memaparkan livestream bagi semua acara KL2017 dan korang juga boleh sertai peraduan yang disediakan di laman webnya iaitu, www.travelokakl2017.com.my  Jadi korang boleh mengikuti acara menarik sepanjang Sukan SEA 2017 ini secara streaming di mana sahaja korang berada. Hahh.. Keknil pun layan tauu.. Best pulak tengok livestream ni macam dapat tengok depan mata pulak.. boleh join contest lagi.. Hahh.. sambil tengok, sambil join contest.. mana tau ada rezeki, boleh menang kan.. Huihuihuii...


Bagi korang yang berkunjung ke Bukit Jalil bagi mengikuti acara secara langsung, korang juga boleh singgah di booth Traveloka di Bukit Jalil untuk melihat pelbagai tawaran penerbangan dan hotel yang pastinya super jimat ke pelbagai destinasi dan boleh menyertai peraduan-peraduan yang dianjurkan di booth tersebut malah berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM200,000 ! Jadi marilah kita secara berjemaah serbu booth Traveloka  di Bukit Jalil. Tuah ayam nampak di kaki, tuah Keknil mana tau dapat sapu bersih hadiah keseluruhan RM200,000 weii.. Hahahah #verangan


Jom sokong #TeamMalaysia dan jangan lupa untuk travel dan stay dengan Traveloka !

Untuk maklumat lanjut, sila layari






till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

1 9 orang peminat :

  1. Suka tengok live streaming Traveloka masa sukan hari tu. Mudah.. tawarannya pun lumayan dan berbaloi :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^