Apa yang menarik di Smart Kids Asia?

Assalammualaikum

Baru-baru ini telah diadakan pameran Smart Kids Asia bertempat di Mid Valley dan Keknil sempat terjah pameran ni kat sana. Memang meriah, lebih² lagi cuti sekolah baru bermula, jadi memang ramai la ibubapa yang bawa anak-anak untuk lihat sendiri apa yang ada di sana.




Apa itu Smart Kids Asia?

Smart Kids Asia merupakan pameran pendidikan dan aktiviti yang menyasarkan kanak-kanak dari usia 1 hingga 12 tahun. Objektif utama pameran ini diadakan adalah untuk menggalakkan ibubapa dan penjaga memupuk dan meneroka bakat anak-anak menerusi pameran dan program yang disesuaikan dengan kecemerlangan akademik. Jadi dengan gabungan pameran kesihatan, pendidikan dan keluarga ini, ia mampu membuka ruang untuk setiap anak-anak untuk meneroka perkara baru dan diminatinya serta ibubapa juga dapat melihat sendiri bakat anak-anak mereka dari mereka masih kecil.

Kenapa ibubapa perlu hadiri Pameran Smart Kids Asia?

Sudah pasti semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Keknil juga begitu. Dan kalau boleh, Keknil nak anak Keknil belajar dan meneroka sendiri bakat yang terpendam dalam diri tu. Tapi yang membuat ia jadi kekangan adalah jarak, masa dan kos. Betul tak? Mesti ramai ibubapa yang setuju dengan Keknil. Tapi dengan Smart Kids Asia ini, korang tak perlu risau.. Kenapa?



1. Masuk PERCUMA
Tak perlu risau kerana untuk masuk dalam pameran ini adalah PERCUMA sahaja. Siap dapat goodies lagi tau.. Haaa.. Cuma perlu isi simple form dan daftar di kaunter, lepas tu masuk dan enjoy pameran bersama anak-anak.


2. Kelas Percubaan PERCUMA
Dah masuk pun percuma, kelas percubaan pun percuma. Korang boleh ajak anak-anak korang untuk cuba sendiri aktiviti percuma yang ada di booth seperti Safari Kids Club, Grolier, Gakken dan banyak lagi. Sambil-sambil itu korang boleh tengok sendiri kelebihan anak korang kat aktiviti yang mana. Mana tau, dalam diam tak diam, mungkin anak korang mempunyai bakat untuk mencipta sebuah program komputer?




3. Pertandingan mewarna dan aktiviti lain
Sambil-sambil meneroka setiap ruang dalam pameran ini, korang juga boleh ajak anak-anak untuk menyertai pertandingan mewarna dan aktiviti lain. Haa.. aktiviti percuma kan.. Kalau lukisan itu cantik, boleh dapat hadiah lagi.







4. Pelbagai tawaran diskaun
Di sini juga korang boleh menilai dan merebut peluang hebat kerana kebanyakan pempamer menawarkan diskaun hebat bagi produk mereka. Orang Malaysia sangat sukakan diskaun, betul tak?





5. Berjumpa dengan karakter kartun
Ini bukan anak je suka, Keknil pun suka. Haaa.. masa ni la nak jumpa Minion, The Smurf, Pororo, The Cars dan sebagainya. Boleh ajak dorang posing sekali dan ambil gambar bersama. Awesome bukan?


Pendek kata, memang banyak aktiviti menarik dan tawaran hebat yang ditawarkan dalam Pameran Smart Kids Asia ni. Insya Allah.. pameran ini akan diadakan sekali lagi pada tahun 2018. Jadi korang boleh cuba godek-godek kat laman sesawang dorang untuk maklumat lanjut.


till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

2 9 orang peminat :

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^