AirAsia X kini ke Jeju dengan harga serendah RM199 sehala !

Assalammualaikum

Lepas balik dari Korea bulan lepas, memang hati ni macam tertinggal je kat sana. (Padahal tiap tahun pegi je sana.. hahaa) Jadi beberapa minggu lepas, ada kawan lama wassap tetiba ajak pegi Jeju next year tengok cherry blossom. Eh.. Keknil memang pantang diajak. Jom aje.. Maka bermulalah episod cari tiket ke Busan then connecting ke Jeju. Hahaha

Tapi.. tapi.. tapi.. Bila AirAsia hantar emel jemputan utk penerbangan terus ke Jeju. Keknil macam kena rasuk. What ! Okey.. hold on beli tiket dulu. Kita tengok berapakah harga yg ditawarkan. Hehehe..




Dan baru-baru ini telah berlangsungnya pelancaran Pulau Jeju sebagai destinasi terbaharu AirAsia X dengan penerbangsn terus 4 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Jeju dengan tambang promosi dari RM199 sehala.

Eksaited tak? Haaa.. promosi harga RM199 termasuk tempat duduk ekonomi manakala RM899 sehala bagi tempah duduk premium flatbed bermula dari 10 - 15 Oktober 2017 bagi tempoh perjalanan 12 Disember 2017 sehingga 25 Mac 2018.

Para penumpang juga boleh menggunakan pilihan penerbangan sambungan (fly-thru) AirAsia untuk perhubungan lancar ke Jeju dari bandar lain ei dalam rangkaian penerbangan AirAsia dan AirAsia X dengan hanya satu hentian tambahan sebelum meneroka Jeju bersama Busan atau Seoul sebelum terbang semula ke Kuala Lumpur.


Kalau ke Jeju, pastilah beberapa tempat menarik seperti Jeju Olle Trail, air terjun Cheonjiyeon Hyeopjae dan semestinya Mount Halla.

Jadi, nak ke Jeju bersama Keknil? Boleh tengok jadual penerbangan dan rancang perjalanan korang ke Pulau Jeju, "Hawaii Korea Selatan"

Flight No.
From
To
Departure
Arrival
Flight Schedule
D7 501
KUL
CJU
0530hrs
 1230hrs
Monday, Wednesday
KUL
CJU
0640hrs
1340hrs
Tuesday, Saturday
D7 502
CJU
KUL
1335hrs
1835hrs
Monday, Wednesday
CJU
KUL
1440hrs
1940hrs
Tuesday, Saturday
Note: All times listed are local unless otherwise stated.

Jom ke Jeju.. kami tunggu ni..

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari :

Twitter : www.twitter.com/AirAsia
Facebook : www.facebook.com/AirAsia
Laman Web : www.airasia.com

till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

6 9 orang peminat :

  1. mudah bila ada flight dari KL ke Jeju tak perlulah nak transit... harga promo RM199 tu sangat menarik sekali

    ReplyDelete
  2. Bestnya, smoga satu hari nnt sy & family dpt ke jeju <3 <3

    Eyqa of The Hundred Pages

    ReplyDelete
  3. Menarik nie, makin kerap lah Anil ke Korea lepas nie ya.. hihihi..

    ReplyDelete
  4. Murahnya....Bukan senang nak dapat harga murah mcm nih

    ReplyDelete
  5. Murahnya....Bukan senang nak dapat harga murah mcm nih

    ReplyDelete
  6. murah dan dengar khabar anil bakal ke sana tahun depan kan ...good luck anil

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^