BBQ Buffet Dinner di Royale Songket Restaurant

Assalammualaikum

Baru-baru ni Keknil dan keluarga pergi ke Grand Blue Wave Hotel Shah Alam bagi menikmati menu terbaharu di Royale Songket Restaurant iaitu BBQ Buffet Dinner. Royale Songket Restaurant ini memang luas dan boleh menempatkan seramai 150 orang pada satu-satu masa. Jadi kalau nak buat mini gathering atau reunion kat sini memang terbaiklah.

tadaaa...

Royale Songket Restaurant

suasana yang luas

dah cosy

Bertepatan dengan buffet dinner yang ditawarkan, ia mempunyai pelbagai pilihan makanan laut yang segar dan terdapat juga pilihan menu grill section yang terdiri daripada meat dan seafood. Yummy..

BBQ Dinner on ice

Pelbagai appertizer seperti tossed mozarella cheese, rice salad, tomato & basil salad dan yang paling menarik perhatian adalah seafood on ice seperti ketam, udang, NZ green mussels dan black mussels. Fuh.. memang menarik sangat ni..

marinated lamb and mussels

seafood on ice

Menu utama di sini adalah menu berpanggang (grill section meat and seafood) yang terdiri daripada satay, sirloin steak, jumbo chicken sausage, grill seasoned squid, marinated fish fillet wrapped with banana leaf dan banyak lagi. Memang meriah buffet dinner di sini.

grill meat

crabbbbb

Kesemua makanan di sini diperap sempurna dan dipanggang panas-panas on request tau. Macam kalau korang nak makan sate, ambil je berapa cucuk yang korang nak.. Then minta chef bakarkan. Memang terbaiklah !

marinated satay and chicken

Masih terngiang-ngiang lagi rasa dan bau masakan yang dihidangkan di sini. Perapan yang sempurna dengan 5 jenis dip sos mengikut citarasa pengunjung. Nak pedas, nak masak, nak manis semua ada.

Selain itu, paling Keknil teruja adalah buffet dinner ini turut menghidangkan pelbagai variasi makanan antarabangsa seperti pasta, chinese food dan tidak ketinggalan masakan Korea. Bulgogi dagingnya sangat menepati citarasa Keknil malah Keknil sendiri makan bertambah 2-3 kali sebab lazat sangat.

Kalau makan di sini, tidak sah kalau tak menikmati pilihan dessert yang pelbagai. Di sini Keknil cukup suka dengan creme brule nya. Memang sedap dan merupakan tarikan istimewa yang mesti di cuba di sini.

dessert

tiramisu

sliced dessert

spoonage dessert

Semua ini korang boleh nikmati dengan harga dari RM39+ sahaja untuk kanak-kanak dan RM78+ untuk dewasa je tau. Jadi jadikan Royale Songket Restaurant, Grand Blue Wave Hotel Shah Alam ni sebagai salah satu tempat untuk korang menikmati makan malam bukan sahaja bersama keluarga, malah boleh bergathering dan reunion kat sini bersama kawan lama. pasti tak menyesal.

Jom datang beramai-ramai menikmati BBQ Buffet Dinner

Untuk tempahan, boleh check maklumat seperti di bawah :

Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Alamat
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Harga :
RM78.00 ++ (Dewasa)
RM 39.00 ++ ( Kanak-kanak )

Untuk Tempahan
03 5511 8811 ext 2612 atau 2613

till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

1 9 orang peminat :

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^