Legoland dan Hello Kitty Taman Tema bertaraf Antarabangsa

Assalammualaikum

Johor bukan sahaja terkenal dengan pulau-pulaunya yang cantik, tetapi juga satu-satunya negeri yang menjadi penanda aras kepada negeri lain dalam pembangunannya dari segi eco-pelancongan. Mana tidaknya, pelbagai pembangunan telah dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun sebelumnya sehingga kini dan masih terus dibangunkan.


Legoland

Antara tarikan menarik yang terdapat di Johor pastinya Legoland, sebuah taman tema yang menyediakan lebih 40 ride berasaskan lego yang bukan sahaja membuatkan anak-anak terpukau dan tertarik, malah remaja purba pun tergerak hati nak pergi. Sesekali mesti la nak rasa jadi muda semula kan.. ^_^

kaunter tiket Legoland

entrance Legoland

tiket masuk ke Legoland

masuk je nampak ni

cafe dia sangat comel

Bila Keknil masuk je dalam Legoland ni, terus rasa macam umur 18 tahun (kembali muda remaja, gitu) dan secara automatik sikap keanak-anakan datang sedikit demi sedikit. Mana tidaknya, semuanya diperbuat dari Lego malah setiap pembuatannya sangat teliti dan disertai dengan sound effect. Wowwww.. teruja sangat kan.

Selain taman tema, terdapat juga taman tema air yang seolah-olah memanggil-manggil Keknil untuk main sekali. Hahah.. tapi malangnya hari tu Keknil tak bawa baju extra untuk diganti. Makanya berkrik krik je la.. Nampak gayanya kena la datang lagi kan kali ini kita pergi lebih lama, pergi bersama keluarga pula.

water game ni best gile

kami geng gile-gile remaja

macam dalam fairy tale kan

hai awaaa

naik ride kat sini sampai 3 kali

Sebut tentang keluarga, di Legoland turut mempunyai Legoland Hotel yang mempunyai 4 tema bilik yang menarik iaitu Pirate, Kingdom, Adventure dan NINJAGO ! Sesuai untuk keluarga yang ingin bermalam di sini dan Keknil difahamkan walaupun harganya agak pricey, tetapi kalau korang boleh unlock puzzle yang ada dalam bilik tu, hadiah yang korang dapat dianggarkan separuh dari harga hotel tu semalam. Haa.. be creative dan explore apa ada dalam bilik tu. Berbaloi-baloi sangat tau.. ^_^

think Keknil.. think bila nak tido Legoland Hotel pulak

Sanrio Hello Kitty Town

Walaupun Keknil ni umur dah banyak, tapi itu bukan alasan untuk menidakkan sikap keanak-anakkan dalam diri Keknil tau.. Hahahha.. masuk ke dalam Hello Kitty Town ni bukanlah wishlish Keknil tapi Iman memang sangat sangat datang ke sini. Tapi masih belum ada rezeki lagi, Insya Allah.. Soon sekiranya diberikan rezeki ye.

Puteri Harbour landmark

kaunter tiket

pakej

Di sini korang boleh jadi apa yang korang mahu. Suasananya yang seperti dalam kisah dongeng Hello Kitty, rumah malah salon yang sangat comel dan permainan yang membuatkan anak kecik tak senang duduk, mesti nak naik. Eh.. Keknil pun naik tau.. Hahaha..

Hello Kittyyyy

macam ni pun cantik

nak masukkkk


Keknil sempat menyaksikan Hello Kitty Parade di sini dan seriously, sangat best. Keknil boleh join joget-joget bersama karakter Hello Kitty tanpa risau pandangan orang terhadap kita. Hahaha.. bila lagi nak fefeeling budak sekolah wei...

Hello Kitty Parade

start dancing

joget joget

rasa nak polokkk

yeayyy.. joinn joget

photo session

Terdapat Hello Kitty Cafe dimana pengunjung boleh menikmati hidangan enak seperti manisan dengan tema Hello Kitty. Memang comel gile. Terdapat 6 seksyen dalam Hello Kitty House iaitu :

  • Ruang tamu
  • Dapur
  • Bilik Air
  • Bilik Kitty (Kitty's Room)
  • Bilik Mimmy (Mimmy's Room)
  • Almari Rahsia (Secret Closet)
Jadi kalau korang nak tau apa ada dalam ni, jangan lupa datang ke sini tau.. Selain Sanrio Hello Kitty Town ni, terdapat juga Thomas Town dan karakter bagi watak Angelina Ballerina, Pingu, Bob The Builder dan Barney.

toilet pun comel

omeyyy

kitorang naik ni  ^_^


Untuk maklumat lanjut berkenaan Legoland dan Sanrio Hello Kitty Town adalah seperti di bawah :

Legoland
Laman Web : www.legoland.com.my
Alamat :         7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 79250 Nusajaya
No Telefon : +607-597 8888

Sanrio Hello Kitty Town
Facebook :  https://www.facebook.com/ThomasTownPuteriHarbour/?rf=303513963101133
Laman Web : http://www.puteriharbour.com/
Alamat :     Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Nusajaya, 79000 Johor Darul Ta’zim, Malaysia
No Telefon : 1300 88 326459


till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

5 9 orang peminat :

  1. Wah bestnya, tengah menabung nak g legoland jugak

    ReplyDelete
  2. Menariknya kak anil. Mcm best je bwk anak sy dtg sni nnti.

    ReplyDelete
  3. Anil ni saje je la..terus tak keruan SA ha...dari dulu nak bawak Dania masuk sini x lepas2

    ReplyDelete
  4. Dah 2x pi sini...still tak leh move on anak2 ni tau. Masih berzikir nk ke sini lg huhu

    ReplyDelete
  5. Bestnya.. antara wish list Kak Sue nak bawak keluarga ke sini satu hari nanti. Harap ada rezeki bebila nanti, aamiin.. hihihi..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^