Pelancongan Bakau di Kampung Sungai Melayu

Assalammualaikum

Jika korang meminati pelancongan berasaskan paya bakau dan ingin menikmati keindahan panorama pinggir laut serta keenakan makanan laut yang segar, inilah tempat yang wajib korang pergi !

Welcome

bagi peace sikit

pakcik kompang merangkap pilot bot kami

demo cara-cara nak tangkap ketam

Terletak di Nusajaya (Iskandar Puteri), Johor Bahru, Kampung Sungai Melayu sangat terkenal dan merupakan syurga bagi pemerhati burung dimana disinilah tempat dimana pelbagai jenis burung seperti helang dan bangau dari negara lain bermigrasi. Tanpa VISA dan pasport tau. Haa.. tiba-tiba rasa nak jadi burung pulak. Hahaha

cruise di tengah kawasan bakau

cer tengok ada boya tak?

jom lumba

cari burung kat sini

hai bot sebelah

cuba teka.. sebelah sana tu tempat apa?

Pengunjung boleh menyelusuri kawasan paya bakau dengan menaiki bot malah turut berpeluang untuk mencuba nasib menangkap ketam. Macam mana? Best tak? Lain dari yang lain kan. Selain itu, pengunjung juga akan dibawa ke Selat Tebrau dan menikmati pemandangan negara jiran dan terus menawat ke ladang kupang yang menjadi nadi kepada penternakan makanan laut di sini.

belakang tu Singapura

ladang kupang

kupang yang besar dan segar

yang mana jantan yang mana betina?

Di sini, Keknil sendiri nikmati dan menyelami kehidupan seorang nelayan bagaimana mereka menyara hidup mereka dengan pelbagai kerja laut dan  pada masa yang sama dapat meningkatkan industri pelancongan dan memperkenalkan gaya hidup tradisional masyarakat melayu Johor khususnya.

Pelbagai pakej yang ditawarkan untuk pengunjung dan Keknil pasti dengan harganya yang sangat berpatutan, selain korang dapat menikmati pemandangan, korang juga boleh menikmati keenakan makanan laut yang sangat segar. Nyum nyum..

udang goreng telur.. dap dapp

kailan ikan masin

kupang rebus

ikan goreng

telur

ni paling aumm.. masak asam pedas.. siap ada telur dia tauu

Pakej yang disediakan di Kampung Sungai Melayu yang korang boleh pilih mengikut keselesaan. Sangat berbaloi-baloi.

1) Pakej Pembelajaran | RM25/seorang
  • crab catching
  • netting (menjala)
  • local product demonstration
  • handicraft making
*minimum 10 orang per pakej

2) Pakej Memancing | RM25-RM30
  • 8.00am - 5.00pm | RM25/seorang
  • 8.00am - 9.00pm | RM30/seorang
  • 7.00am - 8.00am (overnight) ~ 2 rooms @ Raft House dan Barbeque Kitchen (RM50/seorang)
suasana atas Raft House

mural paya bakau

bilik

kemudahan solat

3) Pakej Jejak Kampung Melayu | RM30/seorang
  • visit traditional house
  • petting zoo
  • 'Kain Sarong' and ' Batik' demonstration
  • traditional game
  • local products demonstration
4) Pakej Pelancongan Paya Bakau | RM35/seorang
  • mangrove river cruise
  • crab catching
  • visit mussels farm
  • visit historical site ~ Japanese army attacked Singapore during World War 2
terima kasih pakcik bawa kami naik bot

till we meet again. ^_^ 


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi maklumat seperti di bawah :

No Telefon : 019-704 5904 | Puan Sharifah
Facebook : https://www.facebook.com/sungaimelayu.ecotourism
Email : sungaimelayuecotourism@gmail.com
Alamat : Sungai Melayu Eco Tourism, 80200 Johor Bahru, Johor




till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

5 9 orang peminat :

  1. Bestnya kak Anil. View pun cantik². Tak sangka ada kawasan yang indah macam ni kan.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya kat sini..Anil bawa kitorang plak la lepas ni...menarik la...pakej pun murah je tu

    ReplyDelete
  3. Boleh bgtau asben ni. Pi mancing sini..sambil bawa kami curi curi cuti..ye haaaaa hehehe

    ReplyDelete
  4. Bestnya kak nil. Ana masa ke JB blurr tak tau nak wat pe. Lps ni dah tau lah nak ke mana.

    ReplyDelete
  5. Macam best tapi Kak Sue fobia nak naik bot.. hahaha! Kalau Abang Man mesti suka nie sebab ada pakej memancing..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^