Raikan Sains dan Inovasi bersama 3M

Assalammualaikum

Baru-baru ini telah berlangsungnya pameran '3M 50 Years of Science and Innovation that Cares' bertempat di One Utama yang menonjolkan Sains dan Inovasi dalam rangkaian produk dan penyelesaian 3M di mana pengunjung boleh mengalami sendiri pengalaman dan cabaran sains dan inovasi yang dipamerkan.

Pameran tersebut dimulakan dengan penampilan Dr. Ezani Monoto sebagai duta rasmi jenama Scotch-Brite™. Dr. Ezani Monoto, yang merupakan seorang doktor gigi dan pemenang Masterchef Malaysia yang pertama, membawakan pengalamannya di dapur untuk mewakili produk Scotch-Brite™ dalam penggunaannya di rumah, supaya dapat membantu rakyat Malaysia berjimat dan membelanjakan wang mereka dengan sebaiknya. Pada acara tersebut, Dr. Ezani Monoto turut mengadakan sesi memasak dan perkongsian tip pembersihan dengan menggunakan produk Scotch-Brite™.


Majlis pembukaan disemarakkan dengan catatan rekod dalam Malaysia Book of Records bagi “Kolaj Terbesar menggunakan Nota Lekat” menggunakan Post-It® Super Sticky Notes. Rekod ini merupakan kerjasama antara 3M Malaysia dan INTI International University & Colleges yang membantu dalam penghasilan dan reka bentuk latar belakang tersebut.

Sepanjang pameran pengalaman yang diadakan minggu ini, 3M akan mempamerkan Sains dan Inovasi di sebalik produk 3M dalam setiap aspek kehidupan. Ini termasuk teknologi di sebalik sistem penulenan air 3M, bagaimana produk Scotch-Brite™ dapat membantu korang membersih 3X lebih pantas dan tahan 3X lebih lama, serta melindungi bahagian luar kereta korang dari serpihan dan calar ringan dengan 3M™ Scotchgard™ Paint Protection Film Pro Series. Best kan !

Selain itu, 3M turut mempamerkan produk dan penyelesaiannya dalam pengelolaan rumah dan tempat kerja, kesihatan, kecergasan, penjagaan kereta dan keselamatan peribadi; dengan rangkaian produk dari peralatan membersih, pencangkuk, pita, pelekat, alat bantuan kesihatan & pendakap, pembalut klinikal, produk automotif, penapis air, dan banyak lagi penyelesaian yang inovatif. Jadi produk keluaran 3M ini bukan tertumpu kepada produk industri sahaja, tetapi juga meluas kepada pelbagai produk lain.


Sepanjang acara selama lima hari tersebut, pengguna boleh mengalami sendiri dan mengetahui bagaimana Sains diaplikasikan atas produk 3M dan pada masa yang sama dapat memenangi hadiah-hadiah menarik. Para pengguna juga akan dapat menyaksikan secara langsung bagaimana sebuah kereta diubah sepenuhnya dalam demonstrasi membalut kereta. Ingin mendapatkan USD$100? Atasi ujian kekuatan 3M™ VHB™ Tape dan anda akan memenangi hadiah lumayan ini. Di samping itu, 3M juga akan menganjurkan sebuah ceramah pergigian yang bertajuk "Caring for Your Chompers" untuk berkongsi pengetahuan dengan pengguna.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :



till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

0 9 orang peminat :

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^