Jom Rewang ke Pameran Pengantin 2018

Assalammualaikum

Hujung tahun masa cuti sekolah ni, mesti ramai yang melangsungkan perkahwinan bersama yang tersayang kan. Tapi yang baru tengah bercinta, yang baru bertunang, dan yang sedang berkira-kira nak melangsungkan perkahwinan tahun depan, ini ada berita baik untuk korang.



Jom Rewang akan mengadakan pameran pengantin pada 26 - 28 Januari 2018 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Jadi ini peluang terbaik untuk bakal pengantin untuk mendapatkan pakej perkahwinan idaman hati yang sesuai dengan bajet korang. Semua orang kalau boleh nak berkahwin sekali seumur hidup kan, jadi yang sekali tu mestilah nak yang terbaik. Betul tak? Antara tarikan Jom Rewang 2018 ini adalah, terdapat lebih dari 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan termasuk melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya. Macam mana? Menarik tak?



Dan lebih 300 syarikat perkahwinan dari seluruh negara pula akan mengiklankan perkhidmatan mereka di sini. Jadi untuk bakal pengantin yang bukan berkahwin di Selangor, tak perlu gusar. Korang masih boleh dapatkan pakej perkahwinan di Shah Alam untuk majlis perkahwinan korang di negeri-negeri lain. Best kan. Dapat jimatkan masa dan wang malah boleh dapatkan pakej terbaik hanya dengan hadir beramai-ramai ke Jom Rewang 2018.

Jangan lupa temujanji kita ye... 16 - 28 Januari 2018 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam tauuu... 


Berita Baik Untuk Pemilik Butik Pengantin dan Vendor

Ehem.. ada pemilik butik kat sini? Ini juga berita baik untuk korang yang ingin menyertai Jom Rewang 2018. Korang juga boleh sertai pameran Jom Rewang 2018 ini dan sama-sama memeriahkan lagi program Jom Rewang ni. Antara kelebihan menyertai pameran Jom Rewang 2018 ini adalah :

1. Dapat menambahkan lagi kenalan di dalam bidang yang sama
2. Dapat berkongsi idea dalam pengurusan dan penyediaan perkhidmatan perkahwinan
3. Mengembangkan lagi rangkaian perniagaan di seluruh negara
4. Mengenalpasti pontential customer dan menawarkan pakej terbaik




Jadi untuk pemilik butik pengantin, jangan lepaskan peluang ini. Tempah booth korang sebelum terlambat. Macam mana nak tempah? Boleh hubungi maklumat seperti berikut :

Email: puspawangieventmanagement@gmail.com
Instagram : https://www.instagram.com/jomrewang/

till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

0 9 orang peminat :

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^