Thursday, December 14, 2017

Sambut Tahun Baru Secara Eksklusif di Club Lounge, Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Assalammualaikum

Keknil pasti, dalam menyambut tahun baru nanti, pasti ramai yang telah mempunyai rancangan istimewa untuk meraikan sambutan tahun baru 2018 kan. Tapi, bagi yang masih belum mempunyai apa-apa rancangan untuk sambutan tahun baru, jangan gusar, kerana Keknil ada tempat yang sesuai dan menarik untuk korang pergi dan nikmati pertunjukan bunga api dengan pemandangan penuh bandar Shah Alam.

"New Year's Day. A fresh start. A new chapter in life waiting to be written. New questions to be asked, embraced, and loved. Answers to be discovered and then lived in this transformative year of delight and self-discovery. Only dreams give birth to change." - Sarah Ban Breathnach

Setiap orang mempunyai harapan dan impian yang berbeza dalam menyambut tahun baru. Dan Grand BlueWave Hotel Shah Alam memberikan pengalaman yang indah untuk setiap pengunjung yang menyambut sambutan tahun baru bersama mereka. Hidangan yang disediakan oleh Senior Chef De Cuisine, Chef Al-Hafiz bin Redzuan sangat mempersonakan dengan hidangan enak dan turut diserikan dengan percikan bunga api seluruh Shah Alam dan Dataran Merdeka dari Club Lounge, Tingkat 18, Grand BlueWave Hotel Shah Alam sempena sambutan tahun baru.


Menariknya, hidangan yang disajikan cukup menggiurkan dan membuatkan pengunjung menelan air luir sepanjang berada di situ. Antaranya, Parade of Cold Seafood on Ice, Cold cut Display, Italian Seafood Salad, Orzo Pasta Salad with Roasted Baby Roma and Basil,dan macam-macam lagi. Tu bari hidangan pembuka selera. Haaa.. mau tak terliur ni..

Seterusnya bagi peminat daging dan ayam panggang, jangan risau, menu seperti Braised Ribs, Roasted Lamb Leg, Roasted Chicken Whole with Italian Seasoning and Beef Wellington siap sedia untuk di potong nipis untuk dinikmati bersama yang tersayang.. Eh..



Manakala menu utamanya pula terdiri daripada Spicy Prawn Crackers dan ia turut menyajikan makanan barat seperti Chicken Teriyaki Sesame, Mussel Au Gratin, Smoked Salmon Quiche dan beberapa hidangan istimewa dari hotel ini. Menarik tak? Nak lagi menarik haruslah dessertnya yang mampu membuatkan air liur meleleh non stop ye.. Antaranya Assorted Pudding, Assorted Cookies, Christmas Stollen, Yule Log, Assorted French Pastries, Muffins, Tartlets, Caramel Popcorn, Chocolate Fountain dan macam-macam lagi.



Jom raikan sambutan tahun baru bersama keluarga di Club Lounge, Tingkat 18, Grand BlueWave Hotel Shah Alam pada 31 Disember 2017 bermula dari jam 6.30 petang sehingga 1.00 pagi dan jadikan ia memori indah sepanjang tahun 2017 bersama keluarga dengan harga dari RM43.45 (kanak-kanak dari umur 4-11 tahun) dan RM90 untuk dewasa.

Untuk tempahan, boleh check maklumat seperti di bawah :

Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Alamat
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Harga :
RM90 (Dewasa)
RM 43.45 ( Kanak-kanak 4-11 tahun )

Untuk Tempahan
03 5511 8811 ext 2612 atau 2613


till then, tatababai

4 comments:

  1. Makanan semua sedap-sedap kan Ani.. berbaloi dengan harga..

    ReplyDelete
  2. menarik sangat makanannya kak..terliur sekejap !

    ReplyDelete
  3. Sedap2 ja nampak makanannya kak! Terliur aina.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda. ^_^