Tuesday, December 19, 2017

Tips & Trick Untuk Melancarkan Perjalanan dan Menjadikan Percutian Anda Lebih Bermakna Bersama AirAsia

Assalammualaikum

Musim cuti sekolah ni, mesti ramai kawan-kawan Keknil yang nak travel ke sana sini kan. Keknil je la mereput bulan ni. Asik Keknil je bercuti, takpe la.. Bagi peluang kawan-kawan lain untuk bercuti juga. Hehehe

Jadi ada sedikit peringatan dari AirAsia dan juga Keknil (duta tak rasmi AirAsia) bagi korang yang sedang merancang perjalanan bersama AirAsia sempena cuti sekolah ni. Tapi ini juga bukan tertakluk kepada cuti sekolah ni tau, korang boleh apply pada bila-bila masa sahaja. Macam Keknil, Keknil suka datang awal ke airport sebab kita tak tau sebarang kemungkinan yang mungkin terjadi kan antaranya flight bertukar masa, atau gate bertukar. Semua tu perlukan backup plan. Jadi seeloknya, berada awal di airport adalah jalan yang terbaik. ^_^


Tips & Trick Untuk Melancarkan Perjalanan dan Menjadikan Percutian Anda Lebih Bermakna Bersama AirAsia dan Keknil (tajuk dah mcam apa.. hahahaha)

1. Buat Prebook Untuk Perjalanan Anda

Make sure korang dah buat prebook makanan, luggage dan seat (jika perlu) terutamanya bagi perjalanan jauh. Keknil pernah pergi Krabi (walaupun sejam je perjalanannya), sombong sangat takmo amik prebook sebab dekat je kannn... Tapi bila atas flight, tetiba bau penumpang lain makan nasi lemak, ada yang minum teh tarik. Perghh.. ini tak boleh jadi. Lelagi bila ada anak ni, dia pun merengek-rengek.. 

"Mama.. nak kid meals.." T___T

Aaaaa... sudah.. maka terpaksa la juga beli tapi sebab bukan prebook, harga dia mahal sikit la kan.. kalau sorang bolehlah pejam mata je.. kalau anak 5 org.. Haaa.. better buat prebook. Hehehhe


2. Polisi Bagasi Kabin 7kg

Pastikan bagasi kabin tidak melebihi 7kg. Seperti sedia maklum, KLIA2 ni bukan kecik-kecik punya tempat ye. Besar sangat, perjalanan dari kaunter imigresen ke balai pelepasan pun paling dekat 15 minit. Jadi rancang apa yang korang nak bawa ye. Kalau agak-agak nak buat fashion show kat Korea tu, nak bawa 25 pasang baju, 10 pasang kasut.. maklumlah nak pegi 3 minggu ni.. nak sambut new year kat Korea.. main ski kan.. tu lom lagi segala mak nenek periuk, beras, sambal hitam, sambal mak kau hijau.. tempahlah luggage.

Tapi.. kalau semua tu  tak lebih dari 7kg.. Boleh je hand carry. ^_^

Rancang apa korang nak bawa, kerana ini akan memudahkan perjalanan korang ke balai berlepas dan sepanjang trip nanti.

3. Self Check In dan Peraturan 60 Minit

Pastikan korang dah siap-siap web check in sebelum hadir ke KLIA2 ataupun buat self check in di kiosk AirAsia yang terdapat di KLIA2. Pastikan juga, jika korang nak drop luggage, korang kena follow peraturan 60 minit. Kenapa 60 minit? Sebab selalunya time cuti sekolah atau waktu-waktu puncak, ramainya umat kat KLIA2 tu macam kat Dataran Merdeka nak sambut New Year. Jadi, kadang-kadang queue nak drop luggage tu panjang sangat. Jadi korang kena peruntukkan 60 minit untuk drop luggage sahaja. We never know what will happen kan. ^_^

4. Berada di KLIA2 seawal 4 jam sebelum waktu berlepas

Pastikan korang berada di KLIA2 sekurang-kurangnya 3 jam lebih awal untuk penerbangan AirAsia dan 4 jam lebih awal untuk penerbangan AirAsia X. Ni memang tak dapat nak elakkan la.. Kena awal sebab banyak proses nak lalu ni antaranya proses kat kaunter imigresen (ni korang kena pastikan korang tak kena sekatan keluar negara ye ~ dan kalau korang awal, sekurang-kurangnya korang ada masa nak uruskan sekatan tersebut ~ kalau ada), kaunter kastam dan juga perjalanan dari kaunter kastam tu ke balai berlepas. Sebolehnya, duduk la mereput kat balai berlepas tu. Dalam tu pun ada je kedai kalau nak lepak (atlis dah tak yah fikir urusan imigresen dan kastam dah kan).

So, ini peringatan untuk Keknil juga tau.. Kita sama-sama ingat-mengingati. So, happy travelling dan jangan lupa souvenir untuk Keknil. ^___^





till then, tatababai

8 comments:

  1. Good sharing nie Anil, entah bila nie nak pi Korea nie.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Good sharing kak Anil..hahaha..terhibur saya baca entry kak Anil

    ReplyDelete
  3. tip bagus kak..jgn jadi mcm saya haha..tetiba flight awai . imegresen lak lama yakmat beratur

    ReplyDelete
  4. Selalu ramai kantoi bab beg kabin 7kg tu kak. Nk jimat punya pasal kan. Tu yg ada kena pakai baju berlapis2 nk elak kena extra caj.

    ReplyDelete
  5. good tips anil. nak semat dalam ingatan ni

    ReplyDelete
  6. Follow tips ni supaya tak tinggal flight, terima kasih sharing...

    Nak beli penimbang digital... Stanby luggage terlebih atau tidak.

    ReplyDelete
  7. good tips anil.. yg no 1 rugi kalau tak ambik sebab makanan AA sedap2.. kalau kat atas baru nak beli tentu abis awal.. no 4 tu memang sangat tepat terutama kalau kat klia.. jauh tu nak berjalan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda. ^_^