Cawangan baharu Pak John Steamboat di IOI City Mall Putrajaya

Assalammualaikum

Hello warga Putrajaya. Ada penggemar stimbot tak kat sini? Kalau sebelum ni pilihan stimbot korang terhad kepada 2-3 pilihan sahaja, kini korang boleh menikmati stimbot & panggang dengan dengan lebih banyak pilihan menu yang lebih segar dan meriah.


Siapa tidak kenal dengan Pak John Steamboat & BBQ yang telah memulakan operasinya pada 2013 di e@Curve Mutiara Damansara. Dan kini, bagi peminat stimbot yang tinggal berhampiran Putrajaya boleh menikmati Pak John Steamboat kerana ia telah membuka cawangannya di IOI City Mall Putrajaya.



Haaa.. dah ada rasa teruja? Adakah citarasanya sama seperti yang berada di e@Curve Mutiara Damansara? Of course la sama. Dengan harga RM42.90++ sahaja,  korang boleh menikmati hampir 169 menu dari bahan-bahan yang boleh direbus atau dipanggang.  Selain itu, terdapat juga masakan panas yang turut disajikan dan pastinya memenuhi citarasa semua. Pilihan lebih dari 20 jenis sos dan sambal yang pelbagai serta hidangan masakan seperti dimsum, kepingan daging lembu, kambing, itik dan abalone pasti membuatkan setiap suapan terasa enak.


















Tidak dilupakan pencuci mulut seperti buah-buahan, cendol, sagu gula melaka, tembikau susu, waffle, aiskrim dan juga minuman sejuk dan panas yang disediakan.



Pak John Steamboat & BBQ sentiasa berusaha untuk menaiktaraf menu dan memberikan kelainan tatkala pelanggan berkunjung ke sini. Sesuai dengan taglinenya 'We Only Serve Quality & Fresh'.



Untuk maklumat lanjut, sila layari

Laman Web : http://www.pakjohn.com/v2/
No Telefon : 012-2528289

till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

2 9 orang peminat :

  1. tak penah lagi makan kat sini sebab takde geng huhuu

    ReplyDelete
  2. jom repeat kak! tekak dah gatal nak makan lagi neh!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^