Friday, January 26, 2018

Halal Lo Hei Poon Choy Hidangan Istimewa Sempena Tahun Baru Cina di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Assalammualaikum

Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, Grand BlueWave Hotel Shah Alam memperkenalkan Halal Lo Hei Poon Choy yang merupakan makanan yang wajib dihidangkan ketika musim perayaan ini.


Menurut kepercayaan tradisi, kebiasaannya Lo Hei Poon Choy dihidangkan di dalam bekas kayu yang besar, porselin atau bekas logam.

Terdapat 2 tawaran pakej Poon Choy iaitu Pakej A dengan harga RM988nett  dan Pakej B dengan harga RM1288nett.

Hidangan ini semestinya Halal Toyyiban malah akan disertai dengan hidangan Halal lain seperti Auspicious Yee Sang, Golden Prosperity CNY Set Menu 1, 2 dan 3 serta Special Take Away Prosperity Pot "Poon Choy". Kesemua menu istimewa ini disediakan khas oleh Chef Patrick.

Auspicious Yee Sang merupakan hidangan pembuka mulut yang mesti ada semasa Tahun Baru Cina. Pelbagai pilihan empat hidangan mewah di Grand BlueWave Hotel Shah Alam yang melambangkan kekayaan dan kesihatan yang baik antaranya hidangan Yee Sang with Sliced Abalone dan Salmon  Fish, Yee Sang with Salmon Fish, Yee Sang with Tuna Fish dan Vegetable Yee Sang. Harga bermula dari RM43nett sehingga RM,360nett. Menu ini sesuai untuk hidangan 2 orang.







Seterusnya, hidangan Golden Prosperity CNY Set Menu yang sangat sesuai untuk jamuan keluarga, syarikat yang kecil mahupun besar. Bermula dari harga RM988nett untuk Menu 1, RM1388nett untuk Menu 2 dan RM1888nett untuk Menu 3. Set ini disediakan untuk minimum 10 orang bagi setiap meja dengan tempahan awal.

Tak perlu risau, restoran ini sangat selesa dan boleh memuatkan maksima 10 orang untuk 1 meja, jadi korang juga boleh raikan Tahun Baru Cina di sini dengan pelbagai hidangan yang enak.



Special Take Away Prosperity Pot 'Poon Choy' menu boleh didapati dengan harga RM680nett (termasuk stainless steel pot).


Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Tung Yuen Chinese Resaturan 
Aras 1
Dibuka setiap hari
Lunch - 11. 30am - 2.30pm
Dinner - 6.00pm - 10.30pm

Untuk tempahan :
03 5511 8811 ext 2616 / 2724

till then, tatababai

4 comments:

  1. sayur pak choy ke apa tu...nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  2. yang penting halal kan,. nampak sedap tuh

    ReplyDelete
  3. nampak sedap kan..betul yang penting halal

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda. ^_^