Wednesday, February 28, 2018

Cara Untuk Meningkatkan Kredit Limit bagi Maybank

7:30:00 AM 3
Assalammualaikum

Sekarang ni serba serbi boleh dibuat secara atas talian. Mudah dan cepat ! Keknil nak kongsikan dengan korang cara untuk meningkatkan kredit limit (increase credit limit) untuk Kad Kredit. Well.. sesetengah orang kata, tak perlu la kredit kad ni.. Lagi banyak hutang ada la.. Hahhaa.. ini betul, Keknil tak nafikan.. :P

Tapi ada sesetengah orang perlukan kredit kad untuk pelbagai tujuan seperti pembelian tiket kapal terbang, tempahan hotel, pembelian barang atas talian dan sebagainya. Pendek kata, kredit kad ni kalau digunakan sebaiknya, ianya bagus untuk kegunaan sendiri. Tetapi kalau digunakan sewenang-wenangnya, sekian terima kasih la gamaknya, sendiri tanggunglah kan. ^_^


Okey.. alkisahnya baru-baru ni ada pihak bank telefon Keknil, tapi macam biasa la.. Sekarang macam-macam scam yang ada kan. Keknil pun malas nak layan. Tapi pada masa yang sama, ehh.. teringin la pulak sebab Keknil selalu gunakan kredit kad untuk travel dan topup touch n go.

Jadi nak call balik bank tu, alahaii.. malu ahhh.. Hahahha.. lepas tu kita pun macam tak yakin kang scam pulak. So, Keknil pun godek-godek la laman web Maybank ni. Then terjumpalah pulak function untuk Increase Credit Limit. Haaaa... ini yang buatkan Keknil teringin nak cuba ni.. Hahahhaa...

So, Macam mana caranya? Boleh ikut step seperti di bawah.

1. Mula-mula kena login dulu la ke akaun Maybank tu. Kemudian pilih Accounts & Banking untuk step seterusnya.



2. Lepas tu akan keluar detail akaun yang korang ada. Kalau korang ada akaun kredit kad, korang akan nampak button View yang Keknil tandakan merah tu, just klik pada button tu dan dia akan keluar paparan maklumat kredit kad korang pulak.


3. Bila dah keluar paparan ni, korang nampak tak button Increase Credit Limit tu. Haaa.. korang klik je kat situ. Tapi make sure korang confirm betul-betul dan fikir masak-masak sebelum nak increase credit limit tu. Kalau dah increase, susah nak turun balik. Hahaha..  kalau dah confirm nak tingkatkan kredit limit, korang klik kat button Continue tu.





Tadaaa... haaa.. kat sini korang boleh pilih berapa juta kredit limit yang korang nak. Boleh juga nak setkan samada kenaikan credit limit untuk tempoh sementara atau permanent.

Kalau korang pilih Temporary, dia akan paparkan pilihan Start Date dan End Date serta tujuan korang perlukan had kredit limit yang baharu tu. So isilah sebaiknya. 


Dan kalau korang pilih Permanent, dia akan minta maklumat Pendapatan dan Komitmen. Yang ni korang kena isi betul-betul la.. Jangan tipu pulak kata income 2.6 Billion, sebab bank boleh check ye. Hahahaha.. Kalau betul takpe.. Hihihi.. yang ni dorang nak tengok, kalau korang apply credit limit yang baharu ni, korang mampu ke idok nak bayar hutang kad kredit tu kat bank. Huhuhu



Seterusnya, korang kena masukkan emel dan request TAC untuk tujuan pengesahan. Nanti pihak bank akan maklumkan thru emel samada permohonan korang tu berjaya atau tidak. Jangan risau, insya allah korang boleh dapat keputusan segera berhubung dengan permohonan korang ni. ^_^ 


Kemudian korang akan jumpa paparan ni dimana korang kena sertakan dokumen sokongan untuk permohonan korang ni. Haaa.. sebab tu Keknil kata jangan tipu income dan komitmen korang tu. 

Dokumen sokongan ni samada slip gaji, EA/EC Form, EPF Statement dan ada beberapa lagi. Macam Keknil, Keknil submit EA Form. Senang.. Nak sangat tengok income kan.. Keknil bagi setahun terus.. Kikikii

Lepas tu Upload dan tunggu nanti dorang akan emel kat korang untuk inform samada permohonan korang berjaya atau tidak.




Tak lama pun, lepas Keknil apply, tak sampai sejam Keknil dah dapat emel menyatakan permohonan Keknil untuk meningkatkan had kredit untuk kredit kad telah berjaya. Tapi jangan riak pulak. Ni hutang tau.. Bukan free-free je dia bagi. Kalau dapat 20k ni kira Keknil boleh berhutang dengan bank sebanyak 20k. 


Okey.. jom beli tiket kapatebang.. Hahahahaha 



till then, tatababai

Thursday, February 22, 2018

Kempen Hari Gaji Shopee dan Nikmati Pulangan Tunai Sebanyak 18%

2:28:00 PM 2
Assalammualaikum

Minggu tak gaji pun gigih juga Keknil menyopee kat Shopee. Jadi bila tiba hari gaji, fuhh... lagi menderu-deru la membeli belah kat Shopee.. hahahah

Dan sempena hari gaji dari 26 sehingga 28 Februari ini, Shopee mengadakan Kempen Hari Gaji beserta dengan pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syiling Shopee atas promosi produk. Bagi
setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih
ganjaran dan penjimatan. Menarik kan !


Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu
makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00
tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi
menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam
talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad
kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank. Haa.. ni memang kategori Keknil sangat ni.. Hahahaha.. shopping time tengahari.


Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen
bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka
seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak
kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000
produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang
sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh
kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah
bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.



Menariknya, sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling
Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999.
Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil
Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang
memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5
dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.

Untuk maklumat lanjut, sila layari,

Laman Web : www.shopee.com.my
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

till then, tatababai

Kat Mana Nak Hunting Sakura di Jeju Korea Selatan

10:38:00 AM 3
Assalammualaikum

Musim bunga adalah musim yang sangat dinantikan terutamanya di Jepun dan Korea. Maklumlah, cherry blossom di sana lebih indah dan lebih mekar berbanding dengan negara lain. Sebagai duta Korea la sangat,  Keknil nak kongsikan tempat menarik di yang korang boleh nikmati cherry blossom di Korea terutamanya Jeju Island. Kalau area Seoul tu dah biasa sangat kan, kita gerak jauh sikit dari Seoul dan terus ke Jeju.

Di Korea, musim bunga akan bermula pada Mac - Mei sepanjang tahun. Tapi biasanya, pada awal Mac tu, bunga tak berapa nak naik lagi, jadi kalau korang berhajat nak ke Korea untuk menikmati cherry blossom, korang boleh datang dalam bulan April hingga pertengahan bulan Mei. Jadi, masih ada masa untuk rancang trip ni.. ada dalam 2 bulan lagi untuk merancang trip cherry blossom korang untuk tahun ini.

Sumber : Google

Oh ye, AirAsia juga telah membuka penerbangan terus ke Jeju bermula Disember 2017 yang lalu. Jadi, rajin-rajinkan godek tiket korang ye. Kalau tak cukup point nak redeem BIG Point kat AirAsia, korang juga boleh sertai soal selidik dan tebus 2500 BIG Point untuk setiap 5000 point soal selidik yang korang dah jawab.

So, mari kita teruskan kat mana tempat yang best sangat untuk tengok cherry blossom di Jeju Island, South Korea.

1. Jeonnong-ro Road (Cherry Blossom Street) 전농로
Jeonnong Road adalah salah satu tempat wajib untuk singgah untuk menikmati cherry blossom. Dikhabarkan, ada beberapa batang pokok sakura berusia 100 tahun dan selebihnya ditanam beberapa tahun yang lalu bagi mengindahkan lagi laluan tersebut.

Keindahannya tidak terhad pada waktu siang sahaja, tetapi pada waktu malam, ia dilimpahi dengan cahaya lampu di sepanjang pohon cherry blossoms.

Semasa cherry blossom, memang ramai orang akan aim kat sini, jadi rancang perjalanan korang dan kalau nak gambar yang cantik, datanglah awal pagi. Nak posing cara berguling terlentang pun boleh.

Sumber : Google

2. Jeju National University
Ini adalah pilihan kedua sekiranya Jonnong-ro Road penuh. Terletak berhampiran dengan Jeonnong-ro Road dan selain dari menikmati cherry blossom, korang juga boleh berangan fefeeling student bergambar di kawasan sekitarnya.

Credit : jejumuslimtravel

3. Noksan-ro Sakura & Canola Flower
Dah alang-alang hunting for cherry blossom. Korang boleh menikmati juga pemandangan padang canola yang menguning. Terletak di Noksan-ro, sebolehnya datang pada waktu pagi bagi mengelakkan kesesakan.



4. Seongsan Ilchubong
Kat sini tak nampak cherry blossom sangat tetapi kat sini ada canola field. Meriah warna kuning dirajanya dan yang pasti kalau photoshoot kat sini memang cantik gile.

Credit : Silverkris

5. Seopjikoji
Nikmati pemandangan Seongsan Ilchubong ditemani cherry blossom dan canola field. Breathtaking ! Korang boleh spend masa kat sini dalam 1 jam, photoshoot puas-puas. Owh.. nak masuk sini kena bayar entrance fee sebanyak 2000 Won sahaja. Tapi dengan pemandangan serupa ini, sangat berbaloi-baloi!

Credit : jejuweekly

Kalau korang ada tempat lain di Jeju yang best untuk nikmati cherry blossom, boleh komen kat bawah. Keknil akan baca nanti. Ada rezeki, ada jodoh, sampailah kita. Kalau bukan tahun ni, tahun depan Insya Allah. ^_^

till then, tatababai

Wednesday, February 14, 2018

Jom Wang With Shopee dan nikmati potongan harga sehingga 90%

8:00:00 AM 1
Assalammualaikum

Kaki shopping pasti takkan melepaskan peluang untuk membeli belah samada di alam maya mahupun di luar. Tapi bagi Keknil, kalau ada peluang untuk shopping di alam maya, memang Keknil akan buat. Sebab lebih mudah dan tak perlu bersesak-sesak dengan orang di luar sana. Dan sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang beberapa hari lagi ini, Shopee sekali lagi telah menunjukkan peningkatan jualan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk sepanjang tempoh perayaan ini.






Sejak Kempen Wang Bersama Shopee dilancarkan pada 15 Januari yang lalu, Keknil sendiri pun terjebak dengan potongan harga sehingga 90% dengan tawaran hadiah kemenangan berjumlah lebih dari RM1 juta. Senario ini bukan sahaja menunjukkan pembeli berminat untuk membuat pembelian atas talian, tetapi tanpa mengira bangsa dan usia, persiapan sempena Tahun Baharu Cina dapat diraikan bersama dengan kaum yang lain dengan kemeriahan membeli belah di Shopee.

Antara carian yang paling popular sempena Tahun Baharu Cina tahun 2018 ini adalah Pakaian Wanita, Gajet, Permainan, Kanak-kanak dan Bayi, Kasut Wanita dan Beg Wanita.


Manakala pembelian paling popular di kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan adalah seperti kasut, set pakaian bayi, set hadiah, set solekan dan KitKat Edisi Khas.


Korang juga boleh menikmati potongan harga dan promosi hebat sempena Kempen Wang Bersama Shopee sehingga 25 Februari ini. Dengan pilihan lebih dari 6 juta produk, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli belah sempena musim perayaan ini. Bonus bagi pengguna dimana korang boleh bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. Menarik kan!

Shopee juga akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 - 28 Februari yang akan menawarkan pelbagai tawaran pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play atau layari www.shopee.com.my

Jom #WangWithShopee

till then, tatababai

Tuesday, February 13, 2018

Apa? Keknil terkena jangkitan Athlete's Foot

7:30:00 AM 3
Assalammualaikum

Adakah Keknil seorang atlit? Hahaha.. tidak sama sekali. Jadi bila orang macam Keknil tetiba terkena gejala Athlete's foot. Wowww sangat.. since when Keknil aktif bersukan. Hahaha.. Gitu la memula bila Keknil mendengar perkataan Athlete's Foot atau Tinea Pedis.





Gejala Athlete's Foot / Tinea Pedis

Sebenarnya, Athlete's Foot ini disebabkan oleh jangkitan kulat antara jari kaki dan kaki. Gejala yang paling biasa adalah :

a) merah dan rasa gatal-gatal pada kawasan jangkitan
b) rasa menyengat dan merengit
c) warna kulit berubah dan kuku kaki mudah pecah
d) kulit mengelupas, melepuh
e) mengalami pendarahan kulit diantara jari kaki atau sisi kaki
f) dan ianya mudah berjangkit sekiranya penderita Tinea Pedia tidak mencuci tangan setelah menyentuh kulit yang dijangkiti

Ini memang tak tipu punya sebab Keknil sendiri telah mengalaminya.

Sumber : Google

Bagaimana ia terjadi?

Tinea Pedis ini terjadi bila kawasan kaki tersebut lembab dalam tempoh yang lama macam kaki atlet tu. Lama sangat pakai kasut, semasa berlari, bermain bola dan sebagainya. Bila buka kasut, buka stoking. Ya ampun baunya. Ehhh.. maksudnya peluh² yang keluar di kaki tu.. kena kat stoking.. lepas tu, stoking serap peluh.. then dengan kasut tertutup lagi.. Haa.. itulah yang menjadikan fungus tu terjadi.

Selain itu, kalau kita ambil wudu'tapi tak lap kaki selepas ambil wudu'tu, terus solat.. lepas solat terus pakai stoking, pakai kasut. Turut menjadi punca terjadinya Tinea Pedis ni.

Penghidap kencing manis juga yang tidak mengawal paras gula kena lebih berhati-hati kerana ia turut membantu pembiakan tinea pedis dan simptopn yang akan dialami akan menjadi lebih teruk.

Makanan laut seperti sotong, udang dan belacan juga akan memburukkan lagi simpton Tinea Pedis ni. Jadi, perlu lebih berhati-hati dalam pemakanan mahupun penjagaan diri.

Tips Pencegahan Tinea Pedis

1. Amalkan pemakaian stoking apabila memakai kasut. 
Sekiranya korang suka pakai kasut untuk kemana-mana sahaja, amalkan pemakaian stoking. Jangan terus sarung je kaki tu masuk dalam kasut ye, sebab itu membuatkan kasut korang berisiko lembab dan kurang serapan peluh. Kebersihan stoking juga perlu diambil kira dengan menukar stoking setiap hari.

2. Memastikan kasut tidak lembab.
Jemurlah kasut anda seminggu sekali di tengah panas atau mungkin boleh gunakan arang untuk menyerap bau dan kelembapan pada kasut. elakkan memakai kasut yang basah kerana itu akan meningkatkan lagi pembiakan fungus pada kaki.

3. Gunakan deodorant pada kaki dan celah jari kaki. 
Ada je kat kedai deodorant untuk kaki kan. Boleh beli kat kedai dan sembur di kaki untuk mencegah kaki dari berpeluh. Sedangkan ketiak pun berpeluh, inikan pula kaki.

4. Bersihakn tempat berisiko dengan 'baking soda'
Taburkan serbuk 'baking soda' pada tempat berisiko seperti bedak. Ataupun korang boleh buat larutan pekat 'baking soda' dengan campuran sedikit air bersih ala-ala bedak sejuk Mak Cun tu, kemudian sapuka pada tempat berisiko. Dan jangan lupa lepas 15 minit, bilas kawasan tersebut dengan air bersih dan jangan lupa untuk lap sehingga kering dengan air bersih, okey

5. Gunakan agen disinfectant seperti Dettol untuk mencegah bahagian dalam kasut dari jangkitan fungus. 
Ia boleh dilakukan 2 kali seminggu dengan mengelap bahagian dalaman kasut dengan tuala yang dibasahkan dengan Dettol. Mencegah lebih baik dari dah terkena kan. ^_^

6. Amalkan tabiat menukar kasut setiap minggu
Seminggu sekali, tukarlah kasut anda. Tak salah ada 2-3 pasang kasut dan tukarkan setiap minggu. Minggu ni warna merah, minggu depan warna biru, minggu tulat warna hijau. Minggu seterusnya tukar balik warna merah. Ini untuk mengelakkan bahagian dalaman kasut menjadi terlalu lembab.

Tips Rawatan Tinea Pedis

Tinea Pedis ni seriously sangat susah nak baik. Tapi kalau kita konsisten dengan rawatannya, Insya Allah dipermudahkan urusan kita untuk memiliki kulit kaki yang sihat semula.

1. Sapukan dengan krim antifungus seperti Clotrimazole atau Miconazole pada tempat berjangkit.  Elakkan sapu krim sewaktu hendak memakai kasut kerana ia bole menyebabkan celah jari kaki memerangkap penuh dan menyebabkan tempat jangkitan menjadi lembab.

Ubat yang Keknil guna

2. Korang juga boleh cuba krim Belibextra Hydrocortisone Cream untuk kurangkan radang, merah dan kegatalan pada kawasan jangkitan. Gunakan juga Centrizine untuk bunuh kulat fungus tu biar dia mati tak kembali.

3. Selain itu, korang boleh sapukan krim antifungus lain seperti Betacylic dan Aecoras Oint . Mula-mula sapukan dulu krim Betacylic dan biarkan selama 5 minit. Kemudian baru sapukan Aecoras Oint diatas sapuan Betacylic tadi. Selepas sapu keduanya, biarkan kaki rest semalaman (tanpa memakai stoking atau kasut) Biasanya, Keknil sapu pada waktu malam sebelum tidur.

4. Korang juga boleh gunakan bedak antifungus seperti Tinactin dan Micatin dan sapukan pada kaki.

Harap, info ini dapat membantu korang dan boleh tolong bagi feedback berkenaan post ini. Harap dapat bantu Keknil juga la untuk membunuh fungus ni. Tak tahan juga sebab hari-hari duduk pejabat ada aircond, dan bila sejuk, mula la fungus ni bertindak merengit-rengit kaki ni ha rasa nak potong belah 18 pastu bagi la kat fungus tu buat masak lemak. Hahahaaa


till then, tatababai

Monday, February 12, 2018

Keputusan UPKK 2017 penuh tangisan

7:30:00 AM 2
Assalammualaikum

UPKK 2017 telah melabuhkan tirai, alhamdulillah, keputusan UPKK 2017 pun dah keluar. Masih tak tau apa itu UPKK? Keknil ada kongi berkenaan UPKK di entry yang lalu. Boleh godek situ ye. ^_^

Tahun lepas Iman mengambil peperiksaan UPKK 2017. Jadi memang Keknil sangat tekankan agar Iman mahir terutamanya ilmu ukhrawi ni. Kalau nak cerita pasal dunia je, sampai kiamat tak habis kan. Jadi sedari kecil, memang Keknil tekankan perkara ni ke Iman. Lagipun, nak kata Keknil ni bijak pandai sangat tu tidaklah. Sikit-sikit bolehlah nak ajar. Selebihnya, adalah Iman dan apa yang dia pelajari di sekolah.
tarikh ni sangat struggle

Dan alhamdulillah, berkat usaha Iman, Iman beroleh kemenangan yang pertama. Walaupun tak sehebat yang lain, tapi Keknil bangga dengan Iman.

 keputusan peperiksaan UPKK 2017 Iman


Proud of you baby... Keknil tak paksa Iman belajar kaw-kaw. Cuma peruntukkan dia belajar sejam sehari selama 5 hari seminggu (8 - 9mlm) untuk ulangkaji atau buat homework. Ikut sukati dia nak belajar apa, tapi within 1 jam tu. Hari minggu Keknil bagi dia enjoy. Nak tengok cerita Korea sampai malam pun takpe.. tapi pukul 10 malam adalah waktu tidur. So, start tahun ni dah darjah 6, jadi banyak kelas tambahan untuk dia hadiri untuk UPSR dan PSRA. Memang penat, Keknil pun tak force dia sangat, just study smart as you are. ^_^



till then, tatababai

Friday, February 9, 2018

Kenali Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

7:30:00 AM 2
Assalammualaikum

Alhamdulillah.. hampir sebulan berlalu tapi Keknil tak pernah lupa. Rasa macam dah lama tak coretkan kenangan bersama Iman. Bukan tak sudi, tapi tak sempat. Kali ni, Keknil nak ambil sedikit masa untuk mencoretkan kenangan bersama Iman.

Tahun lalu, yes.. sangat struggle untuk dia. Iman bukanlah dalam kategori pelajar yang terlalu cemerlang. Tetapi dia ada semangat dan usaha untuk berjaya. Setiap kali keputusan peperiksaan keluar, seperti ibubapa lain, Keknil juga teruja untuk mengetahui apa keputusan anak. Tapi tidaklah terlalu memaksa. Lantak la nak keluar result apapun, yang penting dia tahu untuk memperbaiki keputusan peperiksaan dia.



Apa itu UPKK?

UPKK atau Ujian Penilaian Kelas KAFA) adalah ujian untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 8 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran, penghayatan cara hidup Islam dan amali solat.

Ia di nilai dalam 4 bentuk penilaian iaitu :

Bentuk Lisan           : Al-Quran
Bentuk Amali  : Amali Solat
Bentuk Lisan & Pemerhatian Penghayatan Cara Hidup Islam
Bentuk Penulisan            :    Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )
                                        Sirah
                                            Adab (Akhlak Islamiyah)
                                        Jawi dan Khat
                                        Asas Lughatul Quran

Macam mana nak daftar?

Kebiasaannya, sekolah agama / sekolah KAFA yang akan daftarkan untuk murid. Jadi murid-murid perlu mengisi borang pendaftaran kemasukan UPKK yang ditetapkan. Setahu Keknil, sekolah integrasi takde peperiksaan UPKK, tapi kalau ada ibubapa yang nak daftar juga, boleh bertanya kepada pihak sekolah sendiri la. Perlu diingatkan, pendaftaran lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan akan ditolak.

Siapa yang layak daftar untuk UPKK?

a) Murid yang belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun
b) Mengikut Kurikulum KAFA
c) Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa )
d) Berdaftar untuk menduduki UPKK

Tarikh pelaksanaan UPKK adalah berdasarkan takwim penilaian (ditentukan oleh JAKIM)

Apa Kelebihan Peperiksaan UPKK?

Sijil UPKK ini diperakui di seluruh Malaysia bagi salah satu dokumen sokongan bagi permohonan pelajar untuk kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Menengah Agama di seluruh Malaysia terutamanya sekolah dibawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Wajib ke amik peperiksaan UPKK ni?
Tak wajib pun. Ada je sekolah yang takde peperiksaan UPKK. Tapi still ada belajar agama kan. So takde masalah. Peperiksaan ni sekadar untuk pengskoran sahaja. Apa yang penting adalah selain dari ilmu duniawi, anak-anak juga didedahkan dengan ilmu akhirat. Barulah seimbang. Jangan dikejar dunia sahaja, sebab ia sementara, akhirat pun kena belajar juga. ^_^

Jadi, kalau takde UPKK, tak boleh masuk sekolah agama ke?

Untuk makluman korang, selain UPKK, ada juga peperiksaan PSRA (Darjah 6). Sijil UPKK ini sama pentingnya dengan sijil PSRA. Jadi bila ada 2 sijil ni, dapat menguatkan lagi permohonan masuk kesekolah menengah agama, sekolah tahfiz, asrama penuh dan lain-lain. Jangan risau juga kalau keputusan UPKK tak memberangsangkan, sekiranya anak berminat nak sekolah agama, masih ada PSRA. Masa tu, boleh buat betul-betul. Mana tau masa tu keputusan PSRA lebih cemerlang dari UPKK.

Dan yang tak ambil UPKK mahupun PSRA, jangan risau juga. Selain sekolah menengah agama, sekolah tahfiz, asrama penuh dan lain-lain, ada banyak lagi sekolah lain untuk anak-anak korang seperti sekolah harian, sekolah sukan dan lain-lain. Jangan nilaikan anak berdasarkan keputusan peperiksaan sahaja, tetapi kena nilaikan juga apa minat mereka dan kecenderungan mereka ke arah apa.

till then, tatababai

Thursday, February 8, 2018

Eratkan wangian kasih sayang dengan set hadiah Enchanteur

7:30:00 AM 2
Assalammualaikum

Masa kini, pemberian hadiah tidak terhad kepada pemberian coklat, bunga mahupun makan malam romantik. Keknil sendiri pun, kalau dulu dapat bunga.. fuhh.. macam nak terbang jiwa sebab happy selalu kan. Hahhaha.. tapi sekarang ni di usia remaja purba, tak payah berangan nak bunga bagai.. tak boleh kenyang pun dapat bunga.. Hhahahaha

Jadi pemberian produk terutama yang tahan lama adalah lebih bermakna. Betul tak?

Enchanteur memang tidak pernah mengecewakan peminat wangian seantero Malaysia ni. Kini Enchanteur telah memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan. Dengan saiz mini dan poket, menjadikan ia mudah dibawa dan sesuai juga untuk dibawa travel.


Didatangkan dengan 5 set wangian istimewa membuatkan si pemakai seolah berada diawang-awangan gitu.

EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)

Mon Amie bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar, manakala Belle Amour yang membawa maksud Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben Enchanteur Paris yang tersendiri -  seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel Enchanteur Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.


EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)

Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja. 


SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE

Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara. 



MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)

Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.

MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)

Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, Enchanteur memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.  


Enchanteur Paris Miniature EDT Gift Sets dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). 
Enchanteur Paris Mon Amie Gift Set berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). 
Enchanteur Miniature Gift Sets dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:






till then, tatababai