Friday, February 9, 2018

Kenali Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

Assalammualaikum

Alhamdulillah.. hampir sebulan berlalu tapi Keknil tak pernah lupa. Rasa macam dah lama tak coretkan kenangan bersama Iman. Bukan tak sudi, tapi tak sempat. Kali ni, Keknil nak ambil sedikit masa untuk mencoretkan kenangan bersama Iman.

Tahun lalu, yes.. sangat struggle untuk dia. Iman bukanlah dalam kategori pelajar yang terlalu cemerlang. Tetapi dia ada semangat dan usaha untuk berjaya. Setiap kali keputusan peperiksaan keluar, seperti ibubapa lain, Keknil juga teruja untuk mengetahui apa keputusan anak. Tapi tidaklah terlalu memaksa. Lantak la nak keluar result apapun, yang penting dia tahu untuk memperbaiki keputusan peperiksaan dia.



Apa itu UPKK?

UPKK atau Ujian Penilaian Kelas KAFA) adalah ujian untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 8 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran, penghayatan cara hidup Islam dan amali solat.

Ia di nilai dalam 4 bentuk penilaian iaitu :

Bentuk Lisan           : Al-Quran
Bentuk Amali  : Amali Solat
Bentuk Lisan & Pemerhatian Penghayatan Cara Hidup Islam
Bentuk Penulisan            :    Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )
                                        Sirah
                                            Adab (Akhlak Islamiyah)
                                        Jawi dan Khat
                                        Asas Lughatul Quran

Macam mana nak daftar?

Kebiasaannya, sekolah agama / sekolah KAFA yang akan daftarkan untuk murid. Jadi murid-murid perlu mengisi borang pendaftaran kemasukan UPKK yang ditetapkan. Setahu Keknil, sekolah integrasi takde peperiksaan UPKK, tapi kalau ada ibubapa yang nak daftar juga, boleh bertanya kepada pihak sekolah sendiri la. Perlu diingatkan, pendaftaran lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan akan ditolak.

Siapa yang layak daftar untuk UPKK?

a) Murid yang belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun
b) Mengikut Kurikulum KAFA
c) Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa )
d) Berdaftar untuk menduduki UPKK

Tarikh pelaksanaan UPKK adalah berdasarkan takwim penilaian (ditentukan oleh JAKIM)

Apa Kelebihan Peperiksaan UPKK?

Sijil UPKK ini diperakui di seluruh Malaysia bagi salah satu dokumen sokongan bagi permohonan pelajar untuk kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Menengah Agama di seluruh Malaysia terutamanya sekolah dibawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Wajib ke amik peperiksaan UPKK ni?
Tak wajib pun. Ada je sekolah yang takde peperiksaan UPKK. Tapi still ada belajar agama kan. So takde masalah. Peperiksaan ni sekadar untuk pengskoran sahaja. Apa yang penting adalah selain dari ilmu duniawi, anak-anak juga didedahkan dengan ilmu akhirat. Barulah seimbang. Jangan dikejar dunia sahaja, sebab ia sementara, akhirat pun kena belajar juga. ^_^

Jadi, kalau takde UPKK, tak boleh masuk sekolah agama ke?

Untuk makluman korang, selain UPKK, ada juga peperiksaan PSRA (Darjah 6). Sijil UPKK ini sama pentingnya dengan sijil PSRA. Jadi bila ada 2 sijil ni, dapat menguatkan lagi permohonan masuk kesekolah menengah agama, sekolah tahfiz, asrama penuh dan lain-lain. Jangan risau juga kalau keputusan UPKK tak memberangsangkan, sekiranya anak berminat nak sekolah agama, masih ada PSRA. Masa tu, boleh buat betul-betul. Mana tau masa tu keputusan PSRA lebih cemerlang dari UPKK.

Dan yang tak ambil UPKK mahupun PSRA, jangan risau juga. Selain sekolah menengah agama, sekolah tahfiz, asrama penuh dan lain-lain, ada banyak lagi sekolah lain untuk anak-anak korang seperti sekolah harian, sekolah sukan dan lain-lain. Jangan nilaikan anak berdasarkan keputusan peperiksaan sahaja, tetapi kena nilaikan juga apa minat mereka dan kecenderungan mereka ke arah apa.

till then, tatababai

2 comments:

  1. teringat zaman kecil dulu ambil ujian nih
    hehehe
    sekarang mesti lagi mencabar ujian kafa nih

    ReplyDelete
  2. Anak saya mendapat 8A dlm peperiksaan upkk ,dia berminat bersekolah ke asrama penuh ketingkatan 1 pada tahun 2019,adakah semasa memohon boleh menggunakan sijil ini?

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda. ^_^