Friday, March 30, 2018

Ke New Zealand ke Kita !

7:30:00 AM 9
Assalammualaikum

Perancangan kami untuk ke New Zealand ni dibuat setahun 3 bulan yang lalu. Korang imagine berapa lama kena bersabar ye untuk terbang ke negara kiwi ni. Hahaha..



Bila AirAsia buat FREE SEAT tahun lalu, banyak tempat yang kami survey tapi akhirnya New Zealand menjadi pilihan dimana harga seat ketika itu adalah RM838 sahaja untuk seorang. Mau tak menggila bila dapat harga tu. Maka bermulalah Keknil susun itinerary.

Pada asalnya, trip ini hanya 9 hari sahaja dari 12/3/2018 - 20/3/2018, ni termasuk perjalanan dari KL - Gold Coast - Auckland dan Auckland - Gold Coast - KL yang kedua-dua route ini sahaja mengambil masa 4 hari. Jadi, in total, kami cuma ada 5 hari sahaja untuk spend di New Zealand.

tiket flight asal

Masa ni rasa alahaii.. kejapnya. Hahahah.. Tak puas weii.. Last time Keknil pergi pun 10 hari tu total stay kat sana tau, tak termasuk travel day. Haaa.. ni 5 hari je ko nak buat apa kat sana? Baik kitorang duduk Auckland je beb.. Huhuhu.. Of course boleh je pergi ke beberapa tempat, tapi pada Keknil, dah alang² sampai sana, biar duduk sana terus.. tak yah balik Malaysia dah. Kikikiii

Tapi takpe la.. dah beli tiket kan. So, kami decide untuk cover North sahaja. Sebab kalau pergi South, kang rushing banyak tempat tak dapat nak explore plus nanti sakit hati sebab semua tempat cantik-cantik tapi tak sempat pegi. Hahahah

Maka, tugas susun itinerary, tempah penginapan dan pencarian aktiviti pun dimulakan. Kami 4 orang, dan semua tugas dibahagi sama rata. Jadi, takde orang yang tak buat kerja. Macam ni barulah travel berpasukan.

itinerary North

Elok-elok dah susun itinerary, kereta sewa dan penginapan dah booking, tetiba AirAsia emel kata flight delayed. Ahh sudah ! (tapi sebenarnya takde effect sangat pun, sebab kitorang cuma nak cover North je) Mula-mula okey je, lepas tu AirAsia hantar emel lagi selagi flight delay (sejam je pun) dari tarikh delay yang pertama. Haaa.. bila peluang dah datang 2 kali, haruslah kita grab kan ! Huuuhuuu..

proses pertukaran flight


Kitorang pun berpakat untuk tukar tarikh flight dan dengan tak semena-mena idea gila datang, kitorang ubah dan extend tarikh dari 9 hari ke 15 hari. Haaaa.. gile ke tidak? Tapi tu cuma perancangan, apapun bergantung kepada flight penuh atau tak.

proses pertukaran flight

Dan selepas sejam menunggu, AirAsia keluarkan itinerary baru untuk tarikh 10/3/2018 - 24/3/2018. Yeayyy.. joget tepi tiang secara berjemaah.

tiket baharu

Dan bila dah dapat 15 hari ni, apalagi, kitorang cepat-cepat susun itinerary baharu. Kali ni, of course kena cover South. Dimulakan dengan susun itinerary nak stay kat mana. Lepas tu, terus book domestic flight dari Auckland - Christchurch dan Queenstown - Auckland. Kitorang decide tak nak patah balik Christchurch sebab nak spent banyak masa kat tempat yang cecantik.

itinerary South - North

Auckland - Christchurch

Queenstown - Auckland

Since trip kali ni santai-santai dan tak nak la rushing sangat. Kitorang decide untuk cover tempat-tempat yang superb view dan ada certain tempat kitorang stay lebih dari 1 hari. Barulah dapat menikmati pemandangan indah di New Zealand, gituuu !


till then, tatababai

Thursday, March 29, 2018

Bila Ribut Tropika Kategori 4 Melanda New Zealand

7:30:00 AM 2
Assalammualaikum

Beberapa hari sebelum Keknil berlepas ke New Zealand, macam-macam berita pulak Keknil dengar. Antaranya ribut tropika Hola Kategori 4 akan melanda New Zealand.  Alahaii.. risaunya.


Dikatakan dari Kategori 4 yang sedang melandaVanuatu pada ketika itu, akan melalui New Zealand dan dijangka meningkat ke ribut tropika Kategori 5 dengan kelajuan angin sehingga 300km/j

Dapat sumber berita kawan-kawan yang berada di New Zealand juga katanya cuaca kat sana terutamanya di North Island boleh berubah dalam sekelip mata dari 18 degree ke 5 degree gara-gara ribut ni.  Mau tak seram. 


Pada masa yang sama, agak lega juga sebab kami akan ke South Island dahulu, dan kami tak pergi ke kebanyakan kawasan yang terjejas. Tapi sebab kami akan landing di north dulu, tu yang risau kalau flight delay atau cancelled.


Banyak info yang kami sempat gather sebelum pergi dengan harapan kami tak perlu berdepan dengan ribut tropika ni.




till then, tatababai

Wednesday, March 28, 2018

15 Persediaan Ke New Zealand

7:30:00 AM 4
Assalammualaikum

Orang nampak kita travel ke sana ke sini, nampak macam best je kan. Tapi dalam best pegi travel ni, ada persediaan travel yang perlu kita lakukan. Jangan ambil remeh bila kita nak travel ke luar negara ni tak kira la negara jiran ke mahupun negara lain yang jauhnya beribu-ribu batu.


Di sini, Keknil akan senaraikan persediaan yang Keknil lakukan sebelum terbang ke New Zealand.

1. Tiket Penerbangan
Pertama sekali, nak travel ke New Zealand kena la ada tiket flight ye kawan-kawan. Dari Malaysia ke New Zealand takde disediakan kapal laut mahupun cruise yang boleh dinaiki oleh orang awam. Hihihi. Keknil gurau je. Of course, kena ada tiket flight. Ada banyak flight dari KL - New Zealand dan untuk kami, kami pilih penerbangan tambang murah iaitu AirAsia X. Bila dah confirm ada tiket, barulah boleh pergi ke next step. Kalau takde tiket, kita berangan dulu, Berangan is FREE, jadi tak perlu risau sebab Keknil pun bermula dengan berangan dan berusaha untuk jadikan ia satu kenyataan. ^_^

2. Pre order inflight Meals
Untuk perjalanan melebihi 6 jam, Keknil sarankan ambillah inflight meals untuk menjaga keharmonian perut masing-masing. Tak salah cheapskate, tapi jangan cheapskate sangat takut nanti perut masuk angin, tak pasal-pasal kena beli makanan dalam flight yang jauh lebih mahal. Macam Keknil pun cheapskate juga, tapi Keknil still order 1 x makanan je untuk berjimat. Sebelum fly, boleh goreng nugget ke, fish finger ke untuk kudap-kudap, perut dapat la bertahan untuk 2-3 jam pertama. Since flight kami flight malam, mentido je la gamaknya, tak yah nk makan berat sangat. Kata diet ! Hahaha Jadi Keknil cuma order makan untuk flight dari Gold Coast - Auckland sahaja. So, sampai Auckland Insya Allah dah kenyang. Takde la perut meronta-ronta minta di isi.

3. Pre order luggage
Seterusnya, luggage. Well.. cheapskate macam Keknil ni kalau boleh nak jimat dari semua segi. So untuk pergi, Keknil tak amik luggage, maka Keknil perlu redha dengan 7kg cabin size luggage yang ditetapkan oleh AirAsia. Kalau AirAsia tak charge dua kali untuk luggage, memang Keknil dah beli luggage dah. Takkan nak beli luggage dari KL - Gold Coast je, abis tu luggage tu tinggal kat Gold Coast ke acaner? T__T Bila mengenangkan bajet beserta dengan gaji bulan 2 yang masuk awal, 42 hari tanpa gaji. Makanya terpaksa la Keknil ambil option tanpa luggage untuk flight pergi ke Auckland.

Tapi untuk balik of course Keknil perlukan luggage sebab nak bawa balik kenangan terindah dari New Zealand ke Malaysia. Maklumlah, duduk 2 minggu kat New Zealand tetiba jadi orang kaya ada duit beli luggage. Eh..

4. Permohonan Ke luar negara
Bagi penjawat awam seperti Keknil, ini adalah penting dan sunat Muakkad. Maksudnya, WAJIB ! Kalau takat pergi Singapura, Thailand hatta Indonesia ni, boleh la nak berani-berani cuba takmo buat permohonan (sila tanggung sendiri okey) Tapi untuk trip yang jejauh macam ni plus tempat yang mempunyai kemungkinan untuk berlakunya bencana alam seperti taufan, gempa bumi dan sebagainya, tolonglah jangan ambil risiko. Silap-silap tak dapat pencen nanti, haaaa... Macam di pejabat Keknil, borang permohonan keluar negara perlu dihantar selewat-lewatnya 2 minggu sebelum travel date. Tapi Keknil in advance 2 bulan sebelum travel date Keknil dah suruh bos sign. Ngeh ngeh... Maklumlah. Nak cuti lama ni.

5. Insurans perjalanan
Bagi perjalanan keluar negara kali pertama, penjawat awam mendapat kemudahan insurans perjalanan secara PERCUMA dari kerajaan. Jadi make sure perjalanan korang ke luar negara untuk kali pertama adalah tempat yang jejauh supaya berbaloi-baloi korang dapat insurans FREE dari kerajaan. :P Tapi, bagi yang takde insurans, boleh godek dan compare insurans perjalanan di laman web Gobear Malaysia untuk pilihan insurans yang sesuai dengan bajet korang.

6. Itinerary
Untuk perjalanan Keknil ke New Zealand tanpa tour guide ni, kenalah ada itinerary supaya Keknil dapat merancang perjalanan Keknil. Cara Keknil berjalan bukan semborono sahaja ikut gamble kejap nak pergi South kejap nak pergi North pastu pergi South balik, apa ingat Keknil ada jet peribadi ke? Hhahaa.. jadi perancangan itinerary ini amat penting untuk menjimatkan masa, tenaga dan of course wang.

7. Tempahan penginapan dan kenderaaan
Tempahan penginapan dan kenderaan ni kami lakukan secara bersama. Walaupun tiga orang kat Putrajaya, sorang kat Perak tapi still kami berjaya untuk manage kesemua tempahan ini dengan jayanya. Whatsapp kan ada, jadi gunakan sebaiknya teknologi tu.

8. Aktiviti
Semasa kitorang decide untuk beli tiket ke New Zealand ni, kitorang dah ada plan untuk pergi ke beberapa tempat yang memerlukan kitorang mengeluarkan perbelanjaan. Antaranya Milford Sound, Skyline Gondola dan Hobbiton. Jadi di sini, kitorang sama-sama cari dan monitor harga. Macam tiket Hobbiton adalah FIX ye. Jadi kitorang decide untuk beli terus melalui laman web Hobbiton Movie Set Tour dengan harga $79/pax

Untuk Milford Sound pula, kitorang beli di laman web Bookme dan telah berjaya mendapat dengan harga $38.75/pax dari harga asalnya $79/pax

Selagi boleh berjimat, of course kitorang akan cuba berjimat. Hihihihi

9. Pertukaran matawang
Pertukaran mata wang asing ni kitorang dah monitor rate dia dari tarikh kitorang beli tiket. Naik turun naik turun macam biasa. Tapi kalau dah namanya manusia, suka buat kerja last minit kan. Hahaha.. 4 minggu sebelum bertolak barulah kitorang tukar duit, tu pun currency dah naik dari 2.88 ke 2.905. Setiap sen itu begitu bermakna tapi apakan daya, masa tidak boleh diundur lagi. Maka redha je la dengan rate yang ada. Huhuhu

Lepas tu, siap-siap asingkan duit untuk kegunaan yang mana supaya senang nanti tak terguna duit kegunaan wajib dengan kegunaan lain. (asing duit cara Keknil)

10. Passport / VISA
Pastikan juga pasport valid ye. Kalau pasport dan expired, at least sebulan sebelum fly dah renew sesiap untuk memastikan korang ada masa sekiranya ada bayaran tertunggak seperti PTPTN dan sebagainya. Dan nak masuk New Zealand tak perlu VISA up to 90 days. Jadi kalau rasa-rasa nak stay 3 bulan kat sana pun boleh. Cuma duit tak mengizinkan.. Kikikii


11. Pakaian
Memandangkan Keknil tak beli luggage, makanya Keknil perlu bawa pakaian yang jumlah beratnya tak lebih dari 7kg dalam cabin size luggage Keknil. Autumn di New Zealand sejuk ye, jadi macam mana Keknil nak hadapi kesejukan kalau tak bawa baju sejuk wei. Baju sejuk tu of course berat dia je dah berkilo². Haaa.. ini tips yang Keknil boleh berikan. Untuk baju berat-berat, terus pakai semasa bertolak. Dah jimat ruang luggage kat situ. Jadi Keknil cuma bawa 2-3 helai baju dan 1 seluar jeans.

12. Makanan / Ubatan
Kitorang memang akan bawa bekalan makanan dari Malaysia seperti pes, maggi, kudap-kudapan, kicap dan sos (maklumlah Keknil tak boleh hidup tanpa kicap). Kitorang juga bawa tipuware untuk kegunaan makan-makan time piknik nanti. Haaa.. barulah namanya menikmati keindahan alam.. Huhuhu.. Begitu juga dengan ubat-ubatan di mana kitorang ada keperluan ubatan masing-masing. Jadi kitorang kumpulkan ubat-ubatan berpreskripsi dalam satu tempat. Dan untuk makanan dan ubatan ini perlu declare ye. Untuk memudahkan kastam membuat pemeriksaan, pastikan bekalan makanan dan ubatan di letakkan dalam 1 beg yang berasingan. Buat juga senarai Food / Drug Declaration dan kalau pihak kastam New Zealand check, korang just bagi list tu kat dorang. Kita mudahkan kerja orang, Insya Allah orang akan mudahkan kerja kita.

13. Gajet
Jauh perjalanan luas pemandangan. Gajet ni memang sangatlah perlu bila travel. Handphone, powerbank, kamera, charger, tripod, monopod dan sebagainya. Jadi memang kitorang bawa semua ni untuk merakan memori-memori indah kitorang (insya Allah) sepanjang di negara Kiwi ni.

14. Amenities / First Aid Kit
Barang seperti toiletries memang kena bawa la. Yang ni nak share pun boleh, tak nak share pun takpe. Masing-masing bawa sendiri sebab masing-masing ada keperluan sendiri. Ada orang mandi tak yah sabun pun takpe. Haa gitu. Peralatan seperti berus gigi, sabun, syampu, wet tissue, pencuci muka dan sebagainya ikut keperluan.

Untuk trip kali ini, Keknil juga sediakan Mini First Aid Kit di mana ada beberapa item seperti bandage, heat lotion, watershield plaster, Eye Mo dan sebagainya. Malang tidak berbau dan tidak salah jika kitorang bersedia. Hehehe

15. Nombor Kecemasan
Dan akhir sekali, sediakan juga nombor kecemasan (keluarga masing-masing) dan juga alamat dan nombor telefon kedutaan New Zealand supaya kalau ada apa-apa kecemasan, senang kawan-kawan nak rujuk.

Itu sahaja 15 perkara penting yang Keknil kongsikan kepada korang. Semoga dapat jadi rujukan untuk korang juga jika ada rezeki ke New Zealand. ^_^

Sila kongsi jika bermanfaat.



till then, tatababai

Tuesday, March 27, 2018

Mr Roaming Man teman baik di New Zealand

9:13:00 AM 2
Assalammualaikum

Alhamdulillah, sepanjang trip Keknil ke New Zealand walaupun ada suka dukanya, tapi tetap diteruskan dengan jayanya. Heheheh... Well known ye, kat New Zealand nak dapatkan WIFI secara PERCUMA memang agak susah sebab kebanyakan penginapan yang Keknil stay tidak menyediakan perkhidmatan WIFI secara percuma. Ada la 2-3 tempat je tu pun ada yang limited. Tapi kalau berada di luar, agak susah nak online dan berhubung dengan keluarga sebab takde connection.

Jadi sepanjang trip Keknil selama 2 minggu ke New Zealand ni, alhamdulillah Keknil mempunyai teman lelaki yang sentiasa menemani Keknil dikala sunyi. Chewahh.. Ehh.. sesuatu sangat kan. Teman lelaki yang Keknil maksudkan adalah Mr Roaming Man. Mr Roaming Man ini sangatlah setia menemani Keknil tak kira di mana sahaja Keknil berada. Dari Auckland sehinggalah ke Lake Tekapo, Dunedin, Milford Sound dan Queenstown.



Siapa sebenarnya Mr Roaming Man ni?
Roaming Man adalah penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkenal UCLOUDLINK yang ditubuhkan di Hong Kong. Perkhidmatan utamanya adalah menyediakan perkhidmatan penyewaan WIFI dengan harga mampu milik melalui peranti portable pocket wifi yang dijenamakan dan dibuat khas untuk Roaming Man. Ia disokong dengan teknologi CloudSIM dan pastinya ia bertujuan untuk menyambung rangkaian dan berkongsi rasa, pengalaman dan momen terindah sepanjang percutian dengan yang tersayang.

Kenapa Keknil pilih Roaming Man?


1. Menggunakan teknologi Sim FREE - Cloud SIM
Ia menghubungkan ke rangkaian 4G terpantas di negara dan kawasan liputan dan peranti Roaming Man menyambung ke liputan Internet di kawasan tertentu tanpa menyambung ke rangkaian Telco tunggal di sesuatu kawasan itu.

2. Pakej WIFI yang fleksibel
Pakej WIFI yang ditawarkan sangat fleksibel untuk pengembara silang sempadan atas pakej wifi satu negara. Sebagai contoh, 8 negara Asia Tenggara meliputi Kemboja, Indonesia, Malaysia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dengan satu pakej dan satu harga.

3. Jangka hayat peranti selama 12 jam
Jangka hayat baterinya yang bertahan sehingga 12 jam dan recharge time selama 4-6 jam setiap kali bateri peranti tersebut habis. Memang betul sebab sepanjang Keknil gunakan Mr Roaming Man ni, 2 hari sekali je Keknil charge. Sangat berbaloi-baloi sebab tahan lama. Boleh charge guna direct power plug ataupun power bank.

4. Boleh dikongsi sehingga 5 peranti dalam satu masa
Untuk 1 peranti WIFI ini boleh dikongsi sehingga 5 peranti seperti handphone, tablet dan laptop dalam satu masa. Jadi diantara kami sendiri boleh berkongsi cerita melalui media sosial dan kongsikan kisah trip secara terus di media sosial.

5. Perkhidmatan 24/7 secara walk-in mahupun pengambilan peranti
Roaming Man menyediakan perkhidmatan 24/7 dimana korang boleh buat tempahan secara walk in atau self pick up di kaunter yang terletak di KLIA dan KLIA2. Tapi Keknil cadangkan, korang buat tempahan awal dengan memasukkan kod voucher "15WIFI" dan nikmati diskaun sebanyak 15% untuk semua destinasi dengan menempah melalui laman web www.roamingman.my

Kekal berhubung dan sentiasa kemaskini perjalanan percutian korang dengan Mr Roaming Man. ^__^


Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Instagram: Roamingmanmy

till then, tatababai

Wednesday, March 21, 2018

Cara untuk Tukar Tarikh Penerbangan Secara Percuma

7:30:00 AM 7
Assalammualaikum

Tahu tak korang kalau pihak penerbangan menukar tarikh / masa flight dorang sehingga menyebabkan kerugian kepada penumpang, korang boleh menukar tarikh penerbangan tersebut secara PERCUMA.

Ini Keknil bagi contoh untuk penerbangan AirAsia ye kawan-kawan.


Caranya mudah sahaja, bila korang dapat mesej makluman yang menyatakan ada perubahan masa / tarikh pada penerbangan yang korang dah tempah, korang boleh terus ke AirAsia LIVE CHAT dan nyatakan tentang permohonan korang untuk mengubah tarikh / masa penerbangan korang ke tarikh / masa yang baharu.

Ini adalah contoh perbualan untuk memohon pertukaran tarikh penerbangan yang Keknil lalui. Masa baharu yang ditunda tu takde la effect sangat pun dengan jadual perjalanan Keknil, tapi Keknil just cuba-cuba untuk tanya boleh tak tukar tarikh penerbangan. Sekali dia kata boleh. Jadi melalui cara ini, tarikh penerbangan boleh ditukarkan secara PERCUMA tanpa sebarang charge. ^_^





Semoga bermanfaat. ^_o_^

till then, tatababai

Monday, March 19, 2018

Pati Kelapa Laut dan Jus Kedondong Penawar di Musim Panas

7:30:00 AM 0
Assalammualaikum

Musim sekarang sangat tak menentu, kejap hujan kejap panas. Bila hujan tu, aduhaiii.. sejuknya sampai nak pakai winter jaket.. (over sangat Keknil ni) tapi bila datang panas dia, macam tak nak keluar rumah langsung. Gitu la keadaan cuaca sekarang ni. Korang pun kena berhati-hati juga, sekarang cuaca boleh berubah dalam sekelip mata. Macam hati awak. Eh.. Cia Cia Cia...

Baru-baru ni Keknil sempat berjumpa dengan Kak Sue | pemilik blog www.shuhaidakabdy.com yang juga pemilik bersama perniagaan Man Java Enterprise. Kalau jumpa Kak Sue memang tak sudah-sudah bercerita, memang tak cukup 3 hari 2 malam. Ada je perkara yang hendak diborakkan. Dan kebetulan masa tu, Keknil memang over penat sangat sebab awal tahun ni macam-macam la tender nak masuk. Sukanya bila Kak Sue datang ingatkan saja-saja nak jumpa, rupanya nak bagi Pati Kelapa Laut dan Jus Kedondong Asam Boi Man Java yang sedap ni. Uwaaa.. haruslah terus wajah ceria dan bergemerlapan dengan lip lap lip lap sekuin sekuin kat baju. Hhahaha



Air Kelapa Laut Man Java ni memang kegemaran Keknil. Kalau Keknil datang ke rumah Kak Sue ni, memang air ni yang Keknil cari. Selain dari rasanya yang enak dan sedap, tak manis sangat, tak tawar sangat, ia juga sangatlah menyegarkan. Kalau time panas-panas minum air ni, fuhhh.. terus hilang peluh. Serius sedap.


Iman pula suka Jus Kedondong Asam Boi, dapat 2 botol, dedua botol dia minum tak ingat langsung kat mama dia. Tapi boleh pulak dia share dengan encik suami. T__T takpe laa.. air kelapa laut tu mama punye hokeyyyy.... 


Terima kasih Kak Sue. Kalau korang nak dapatkan Pati Kelapa Laut dan Jus Kedondong Asam Boi Man Java ni, boleh hubungi maklumat seperti tertera :

Man Java Enterprise
No Tel
012 5854998 / 012 5844736

Email
skabdy@yahoo.com


till then, tatababai

Friday, March 16, 2018

Melawat KL Bird Park dan Singgah Makan di Hornbill Restaurant

12:00:00 PM 4
Assalammualaikum

Antara salah satu tarikan di Kuala Lumpur adalah KL Bird Bark. Rugilah kalau dah datang KL tapi tak datang ke sini sebab kat sini ada lebih dari 3,000 ekor burung dikalangan 200 spesis dari dalam dan luar negara. Terletak di kawasan seluar 20.9 ekar, taman burung ini dibahagikan kepada 4 zon dimana Zon 1 dan Zon 2 disesuaikan dengan habitat burung yang bebas malah korang juga boleh berinteraksi dan menyentuh sendiri burung tersebut. Manakala Zon 3 untuk Hornbill Park dan Zon 4 pula untuk habitat burung di dalam kawasan sangkar.

KL  Bird Park

Ok jom masuk

Tiket  boleh didapati di kaunter KL Bird Park dengan harga dari RM13 sahaja. Kalau korang ada perancangan untuk melihat persembahan khas, korang boleh refer pada jadual yang diberikan supaya tak terlepas persembahan tersebut.



Okey jom masuk dan tengok apa ada kat dalam KL Bird Park ni. Macam-macam ada tau. Kalau bawa anak-anak ni mesti dorang seronok.Memang puas berjalan kat sini. Tapi bila masuk sini, kena pastikan korang pakai kasut yang sesuai. Macam Keknil pergi pakai high heel uols. Hamik kau hazab nak menapak. Hahahah..

Tips : Pakai kasut sukan atau sneakers. Elakkan pakai selipar sebab ada sesetengah tempat tu agak licin, mungkin boleh tergelincir. Selain itu, untuk ibubapa yang bawa anak, mungkin Keknil boleh cadangkan bawa payung atau topi. Kat sini burung terbang bebas ye, kadang-kadang ada yang terlepas hajat tu. Hihihi.. 

burung atas pokok

merak dah nak tercabut ekor

sombong dia xmo kembangkan ekor

free food.. free food..

burung hantu

burung apa ni ek

flamingoOOoooo

Kalau ikutkan, banyak lagi burung-burung kat sini, korang boleh berinteraksi dan ambil gambar bersama burung-burung tu. Memang best. Sebab Keknil pun dah letih maklumlah berhigh heel uols. Tah apa motif masuk taman burung pakai high heel pun tak tau.. ^___^ Hahahaha

Dalam KL Bird Park ini juga ada restoran tau yang dinamakan Hornbill Restaurant, kebetulan masa Keknil datang hari tu hujan. So, memang lepak dalam ni je la bersama yang lain. Kami dihidangkan dengan pelbagai hidangan yang yummy enak sehingga menjilat jari.

Hornbill Restaurant

Ruangnya agak luas dan korang boleh menikmati hidangan samada di dalam kawasan yang berhawa dingin ataupun di luar dan kalau ada rezeki, korang boleh tengok sendiri Hornbill yang terbang merata di kawasan itu.

ruang dalam yang luas

dan santai

Kami di hidangkan dengan beberapa menu yang yummyyyy... Memang boleh buat rasa lapar 3 kali bila tengok balik. Antaranya chicken chop, spaghetti carbonara, butter prawn, tomyam, laksa sarawak, nasi dagang dan banyak lagi. Memang sedap dengan harga yang berbaloi-baloi.

Chicken Chop

Spaghetti Carbonara

Butter Prawn

Tomyam

Nasi adn Kari Ayam Marbelles

Laksa Sarawak

Nasi Dagang

Goreng Pisang

Uishhh.. sedapnya tengok time tengah lapar ni. Jadi kalau korang masuk ke KL Bird Park ni, jangan lupa singgah di Hornbill Restaurant dan rasa sendiri hidangan kat sini. Keknil bagi 5 bintang sebab sedap sangat.

Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi : 
Tel     : 03 - 2272 1010
Fax    : 03 - 2273 5428 


till then, tatababai

Wednesday, March 14, 2018

Teroka Lebih dari 50 tarikan di Kuala Lumpur dengan KL Hop On Hop Off

8:15:00 AM 2
Assalammualaikum

Hujung minggu yang lalu, Keknil berpeluang untuk menaiki KL HopOnHopOff (KLHoHo) bermula di perhentian Sungei Wang. Sebelum ni Keknil fikir, KLHoHo ni hanya untuk pelancong sahaja, tetapi Keknil silap. Rupanya, KLHoHo ni semua orang boleh naik tak kira pelancong mahupun masyarakat tempatan.

Duta KLHoHo tak rasmi

KLHoHo ini beroperasi 7 hari seminggu bermula dari jam 9 pagi sehingga 8 malam. Dengan jarak masa selama 20-30 minit bagi setiap pergerakan bas bergantung kepada trafik. Terdapat 2 pilihan tiket iaitu untuk tempoh 24 jam atau 48 jam. Jadi korang boleh rancang dan pilih tempoh perjalanan korang untuk meneroka Kuala Lumpur. Jangan tak tau ye, Kuala Lumpur ni bukan hanya terdapat shopping mall, tetapi banyak juga tempat bersejarah dan menariknya KLHoHo ini, banyak juga tempat bersejarah yang akan dilaluinya. Jadi korang boleh turun untuk explore dan naik semula bas yang sama hanya dengan menunjukkan pas yang telah korang beli tu.


Tiket boleh didapati secara online ataupun korang boleh dapatkan tiket di kiosk tiket yang berada di destinasi terpilih. Tapi kalau tak sempat pun takpe, korang boleh beli secara terus di dalam bas. Mudah sangat kan ! Dan sekarang ni tengah ada promo tau, penjimatan sebanyak RM5 dengan pembelian secara online. Hello.. RM5 tu pun duit okey.. boleh beli nasi lemak telur. Hihihii


Bagi yang tak pasti landmark yang ada kat KL ni, jangan risau kerana di dalam bas HoHo ini terdapat speaker yang menceritakan tentang mercu tanda dan sejarah tentang tempat yang korang lalui tu di dalam Bahasa Inggeris. Universal gitu ! Bas ini akan melalui 23 pit stop dengan lebih dari 50 tarikan. Rancang perjalanan korang agar korang tak terlepas dari episod penerokaan bandar Kuala Lumpur.

KL attraction

Since ia berkonsepkan Hop On Hop Off, korang boleh turun di mana-mana pit stop dan boleh naik di mana-mana jua stop. Barulah act like tourist gitu !

KL HoHo Pit Stop

Siapa lagi yang nak mengangkat industri pelancongan di negara kita kalau boleh bermula dari masyarakat Malaysia sendiri. Oleh itu, jom.. kita cuba, rasai sendiri pengalaman menaiki KL HoHo. ^_^

Untuk maklumat lanjut, sila layari :







till then, tatababai