Thursday, March 1, 2018

All You Can Eat Teppanyaki, Teriyaki dan Sushi

Assalammualaikum

Peminat makanan Jepun, sila angkat tangan ! Haa.. ada berita baik untuk korang. Kini hujung minggu korang akan lebih bermakna bila korang dapat menikmati All You Can Eat Teppanyaki, Teriyaki dan Sushi.



Bertempat di Agehan Japanese Restaurant, Grand BlueWave Shah Alam, kini korang boleh menikmati makanan Jepun dengan harga dari RM78nett (dewasa) dan RM45nett(kanak-kanak dari 4-11 tahun). Terdapat pelbagai pilihan makanan Jepun yang ditawarkan antaranya pilihan Sushi, Temaki, Mee, Teriyaki, Kamimono dan Teppayaki.





Yang buat Keknil tertarik adalah promosi kali ini menghidangkan pilihan Sushi seperti seperti Tobikko Sushi, Chuka Kurage Sushi, Tako Sushi, Salmon Sushi, Tuna Sushi, Chuka Idako Sushi dan White Tuna Sushi.

Bagi pilihan Temaki pula, terdapat California Temaki, Ebi Temaki, Tuna Temaki dan Salmon Temaki. Untuk peminat mee pula jangan risau kerana terdapat Kake Udon, Tsukimi Udon, Tanuki Udon dan Zaru Udon untuk dinikmati. Tidak dilupakan pilihan Teriyaki terpilih seperti Tori Teriyaki dan Saba Teriyaki. Selain itu bagi pilihan Makimono adalah Futo Maki, Tuna mayo Sushi, Kani Maki, California Maki, Tuna Maki, Kappa Maki, Salmon Maki dan Kani Sushi. Akhir selagi pilihan Teppayaki yang terdiri daripada daging, sotong, sosej ayam, peha ayam dan sayuran.








Memang Keknil sarankan tempat ini untuk menikmati pelbagai pilihan makanan Jepun kerana ruangnya yang luas dan peribadi serta sesuai untuk santapan sambil meluangkan masa bersama keluarga.

Promosi ini boleh didapati pada setiap Jumaat dan Sabtu (Dinner) bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam bertempat di Agehan Japanese Restaurant, Floor 1A, Grand BlueWave Hotel Shah Alam.

Untuk tempahan sila, hubungi maklumat seperti berikut :

No Telefon : 03-55118811 ext 2723 / 2724
Laman Web : www.bluewavehotels.com

till then, tatababai

3 comments:

  1. urmmmm..tak boleh tengok la makanan ni, semua sedap..laparr terus

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaa nak ajak en suami la hehehhe

    ReplyDelete
  3. haihhh
    sedapnya
    saya suka betul makan teppanyaki
    sedapppp

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda. ^_^