Eucerin 14 Days Acne Clear Challenge

Assalammualaikum

Siapa kata kulit wajah yang putih bersih tiada cela adalah kulit yang bebas dari jerawat? Bila dah sampai usia matang, semua orang akan mengalami masalah yang sama iaitu masalah jerawat pada wajah. Macam Keknil sendiri, memang jarang ada masalah jerawat yang serius, tapi bila dah kena, kalau boleh jerawat tu nak keluar kat segenap inci kat muka ni. Stress tau !

Jadi bila Keknil dicabar untuk 14 Days Clear Acne Clear Challenge ni, memang Keknil sahut cabaran ini memandangkan pada waktu ini, jerawat sedang berleluasa pada wajah ni. Walauupun nampak flawless dan gebu gebas, tapi itu yang korang nampak. Hahaha.. Hakikatnya, banyak je jerawat halus kat muka ni haa.. Hihihi


Eucerin, sebuah jenama dermo-kosmetik yang paling dipercayai di dunia ini telah mengeluarkan produk penjagaan kulit anti jerawat iaitu Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment yang bukan sahaja dapat menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut.

Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat disamping mengekalkan kelembapan kulit.


Dan yang Keknil suka dengan formulasinya adalah ia terdiri dari bahan aktif yang menghalang pengelupasan kulit, membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan  bakteria penyebab jerawat, menanggalkan sel kulit mati, malah mampu mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah. Selain itu, kandungan Vitamin B5nya yang mengandungi pelembap yang mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan seterusnya melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar.


Bila waktu yang sesuai nak pakai produk ni?

Gunakan pada waktu malam sebelum tidur dengan sapukan dan urutkan pada wajah untuk penyerapan sempurna dan Insya Allah dalam tempoh 2 minggu, korang akan alami sendiri perubahan malah dalam tempoh 8 minggu, kulit wajah akan menjadi lebih halus dan mulus.

Korang juga boleh sertai 14 Days Acne Clear Challenge bersama-sama Keknil dengan 2 langkah mudah.

1. Ambil gambar kulit korang pada hari pertama dan hari ke-14 selepas penggunaan Eucerin selama 14 hari

2. Hantarkan gambar 'sebelum dan selepas' korang dan kongsi pengalaman korang menggunakan produk Eucerin ini dilaman Facebook dengan #EucerinProACNE. Pastikan Facebook korang tu PUBLIC ye.

Pemenang berpeluang merebut hadiah utama yang merupakan produk Eucerin bernilai RM5,000 !

Tempat Ke-2
Produk Eucerin bernilai RM2,000

Tempat Ke-3
Produk Eucerin bernilai RM1,000



Jom sertai 14 Days Acve Clear Challenge dan manalah tau ada rezeki kita menang hadiah lumayan ni. Keknil sudah !

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.eucerin.my

till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

5 9 orang peminat :

  1. waahh menarik ni.. boleh join dah.. hehe

    https://byshaz.blogspot.my/2018/03/pengalaman-anak-kena-gangguan-barang.html

    ReplyDelete
  2. Wahhhh Anil..ketara betul tu perubahan..tak sabar rasanya SA nak habiskan cabaran...

    ReplyDelete
  3. memang nampak perubahan
    apa2pun semoga berjaya

    ReplyDelete
  4. nk tnya mcm dpt 1set eucerin tu

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^