F&A™ Qiblat Sensor - Sweet Silver Pilihan Keknil

Assalammualaikum

Travel memang menyeronokkan. Selain dari dapat melihat dunia luar dan mempelajari agama, budaya dan cara hidup masyarakat di negara asing, Keknil juga suka menikmati pemandangan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang jarang Keknil lakukan di Malaysia. Contohnya macam 4 tahun lalu, tiba-tiba Keknil buat keputusan untuk join aktiviti paragliding di New Zealand padahal Keknil ni gayat. Haaa.. tapi bila dah buat, terasa kepuasan berganda dan rasa nak naik lagi. Hihihi

Tapi dalam kita sibuk menikmati keindahan dunia luar, kadang-kadang kita lupa apa nikmati sebuah kehidupan. Apalah ada pada nikmat sebuah kehidupan jika tidak menunaikan solat bagi yang Muslim. Betul tak?

”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran” ( Al ‘Ashr: 1-3 )

Jadi bila Keknil susun itinerary, memang ada jadual solat yang Keknil selitkan dalam itinerary sebagai peringatan. Tapi kadang-kadang terlupa juga. Terus solat jamak. Haa.. gitu.



Menyedari akan perkara ini maklumlah usia makin meningkat, Keknil diperkenalkan dengan Jam F&A™ Qiblat Sensor yang mana ia dilengkapi dengan teknologi arah kiblat digital kompas dan sistem waktu solat automatik yang bukan sahaja dapat mengingatkan kita akan waktu solat, tetapi juga dapat menunjukkan arah kiblat sekiranya negara yang Keknil pergi tu, tidak ditanda dengan arah kibat. Takde la Keknil dan kawan-kawan solat dengan ragu-ragu.


Kenapa Keknil pilih Jam F&A™ Qiblat Sensor - Sweet Silver?

1. Mestilah kerana teknologi qiblat sensornya yang menunjukkan arah kiblat 3 x lebih tepat dari kompas biasa kerana ia menggunakan koordinat GPS sebagai asas lokasi. Malah ia telah diuji oleh Mufti Negeri dengan menggunakan alat piawaiannya.

2. Ia memaparkan waktu solat secara automatik di bandar utama di seluruh dunia. Hebat kan ! Jadi tak kira kalau korang travel ke mana-mana negara pun, korang tak perlu risau untuk solat di awal waktu. Ia juga dilengkapi dengan sistem bunyi yang akan berbunyi apabila masuk waktu solat.

3. Ia merupakan satu-satu jam yang boleh diukirkan dengan nama korang sendiri. Nak letak nama sebenar mahupun nama glamour, korang yang tentukan. Dengan adanya ukiran nama peribadi, ia menjadikan jam ini unik yang memaparkan identiti diri korang.

4.  Mempunyai 13 fungsi khas seperti tarikh hijrah, stop watch, alarm, 12/24 hours, Blue LED, stainless steel cover, penanda al-Quran, moon age, battery indicator, GPS coordinate, tarikh, genuine leather strap dan semestinya water resistant.

5. Didatangkan dengan 2 warna tali yang menarik dan korang boleh menukar warna tali mengikut kesesuaian. 

6. Kotaknya yang berwarna merah jambu yang sangat menarik malah juga sesuai untuk dijadikan hantaran mahupun hadiah untuk pasangan - bimbinglah pasanganmu ke syurga dan jadikan solat itu satu kewajipan

tali jam tambahan

Jam F&A™ Qiblat Sensor - Sweet Silver ini boleh didapati melalui laman web http://www.fawatch.com.my/shop/ dan kalau korang nak tau, sekarang tengah ada SALE tau dimana korang boleh dapatkan jam ini dengan harga RM190 sahaja. Berbaloi-baloi jam ni bukan sahaja untuk kegunaan ketika travel, tetapi juga untuk kegunaan semasa outing, santai mahupun kerja.


Untuk maklumat lanjut, sila layari :


till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

1 9 orang peminat :

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^