Ke New Zealand ke Kita !

Assalammualaikum

Perancangan kami untuk ke New Zealand ni dibuat setahun 3 bulan yang lalu. Korang imagine berapa lama kena bersabar ye untuk terbang ke negara kiwi ni. Hahaha..



Bila AirAsia buat FREE SEAT tahun lalu, banyak tempat yang kami survey tapi akhirnya New Zealand menjadi pilihan dimana harga seat ketika itu adalah RM838 sahaja untuk seorang. Mau tak menggila bila dapat harga tu. Maka bermulalah Keknil susun itinerary.

Pada asalnya, trip ini hanya 9 hari sahaja dari 12/3/2018 - 20/3/2018, ni termasuk perjalanan dari KL - Gold Coast - Auckland dan Auckland - Gold Coast - KL yang kedua-dua route ini sahaja mengambil masa 4 hari. Jadi, in total, kami cuma ada 5 hari sahaja untuk spend di New Zealand.

tiket flight asal

Masa ni rasa alahaii.. kejapnya. Hahahah.. Tak puas weii.. Last time Keknil pergi pun 10 hari tu total stay kat sana tau, tak termasuk travel day. Haaa.. ni 5 hari je ko nak buat apa kat sana? Baik kitorang duduk Auckland je beb.. Huhuhu.. Of course boleh je pergi ke beberapa tempat, tapi pada Keknil, dah alang² sampai sana, biar duduk sana terus.. tak yah balik Malaysia dah. Kikikiii

Tapi takpe la.. dah beli tiket kan. So, kami decide untuk cover North sahaja. Sebab kalau pergi South, kang rushing banyak tempat tak dapat nak explore plus nanti sakit hati sebab semua tempat cantik-cantik tapi tak sempat pegi. Hahahah

Maka, tugas susun itinerary, tempah penginapan dan pencarian aktiviti pun dimulakan. Kami 4 orang, dan semua tugas dibahagi sama rata. Jadi, takde orang yang tak buat kerja. Macam ni barulah travel berpasukan.

itinerary North

Elok-elok dah susun itinerary, kereta sewa dan penginapan dah booking, tetiba AirAsia emel kata flight delayed. Ahh sudah ! (tapi sebenarnya takde effect sangat pun, sebab kitorang cuma nak cover North je) Mula-mula okey je, lepas tu AirAsia hantar emel lagi selagi flight delay (sejam je pun) dari tarikh delay yang pertama. Haaa.. bila peluang dah datang 2 kali, haruslah kita grab kan ! Huuuhuuu..

proses pertukaran flight


Kitorang pun berpakat untuk tukar tarikh flight dan dengan tak semena-mena idea gila datang, kitorang ubah dan extend tarikh dari 9 hari ke 15 hari. Haaaa.. gile ke tidak? Tapi tu cuma perancangan, apapun bergantung kepada flight penuh atau tak.

proses pertukaran flight

Dan selepas sejam menunggu, AirAsia keluarkan itinerary baru untuk tarikh 10/3/2018 - 24/3/2018. Yeayyy.. joget tepi tiang secara berjemaah.

tiket baharu

Dan bila dah dapat 15 hari ni, apalagi, kitorang cepat-cepat susun itinerary baharu. Kali ni, of course kena cover South. Dimulakan dengan susun itinerary nak stay kat mana. Lepas tu, terus book domestic flight dari Auckland - Christchurch dan Queenstown - Auckland. Kitorang decide tak nak patah balik Christchurch sebab nak spent banyak masa kat tempat yang cecantik.

itinerary South - North

Auckland - Christchurch

Queenstown - Auckland

Since trip kali ni santai-santai dan tak nak la rushing sangat. Kitorang decide untuk cover tempat-tempat yang superb view dan ada certain tempat kitorang stay lebih dari 1 hari. Barulah dapat menikmati pemandangan indah di New Zealand, gituuu !


till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

8 9 orang peminat :

  1. happy sangat kan bila AirAsia hantar email pasal reschedule flight segala tu. Dan-dan bleh ubah travel date sesuka hati.
    Dah few times kene, mostly semua to my advantage. Terus dapat extend stay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Azra. Peluang tak datang banyak kali, bila dah datang, memang terus grab la.. hihihiihhi

      Delete
  2. bestnye. plan nk ke nz jgk, tp tgh survey tiket dlu. kalau ada rezeki, insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa...ntah bila SA nak travel macam anil ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah.. moga ada rezeki SA dapat travel.. ^_^

      Delete
  4. seronok tengok orang yang pergi travel, happy ja..kerjasama yang sangat harmoni semua ni,sebab tu trip di permudahkan

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^