Thursday, March 8, 2018

Kekal Bersih dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken

Assalammualaikum

Kuman dan bakteria ada di mana-mana dan sekiranya tidak dibendung, boleh menyebarkan penyakit. Oleh itu, penjagaan diri amatlah penting supaya dapat menghindarkan diri dari sebarang jangkitan penyakit.

Aiken sangat prihatin untuk mencegah kehadiran kuman dan telah dipercayai sejak 3 dekad yang lalu sebagai produk penjagaan antibakteria. Atas keprihatinan Aiken, ia telah memperkenalkan tisu lembab antibakteria iaitu Tisu Lembab Antibakteria Aiken yang berupaya untuk menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan serta memberikan haruman dan meninggalkan kelembapan pada kulit.


Dalam menjalani rutin harian, kadang-kadang kita menyentuh atau memegang peralatan di tempat umum, dan tisu antibakteria ini berguna untuk digunakan untuk mengelap tangan atau peralatan sebelum dan selepas menggunakannya.

Dengan pek yang kecil dan comel dengan isian 20 helaian setiap 1 pek, ia sesuai untuk dibawa kemana sahaja untuk aktiviti dalam rumah, aktiviti luar hatta jika ke tandas awam. Ia sesuai digunakan untuk seisi keluarga.


Didatangkan dengan 2 pilihan yang menarik iaitu :

Tisu Lembap Antibakteria Aiken - Perlindungan Ekstra 

Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.


Tisu Lembap Antibakteria Aiken - Pelembapan Ekstra

Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.


Ia boleh didapati dengan harga RM6.50 (Semenanjung) dan RM6.80 (Sabah/Sarawak) untuk pek berkembar di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : http://www.wipro-unza.com/malaysia-en/category/aiken/
Facebook : https://www.facebook.com/aikenMY/


till then, tatababai

2 comments:

Terima kasih atas komen anda. ^_^