Melawat KL Bird Park dan Singgah Makan di Hornbill Restaurant

Assalammualaikum

Antara salah satu tarikan di Kuala Lumpur adalah KL Bird Bark. Rugilah kalau dah datang KL tapi tak datang ke sini sebab kat sini ada lebih dari 3,000 ekor burung dikalangan 200 spesis dari dalam dan luar negara. Terletak di kawasan seluar 20.9 ekar, taman burung ini dibahagikan kepada 4 zon dimana Zon 1 dan Zon 2 disesuaikan dengan habitat burung yang bebas malah korang juga boleh berinteraksi dan menyentuh sendiri burung tersebut. Manakala Zon 3 untuk Hornbill Park dan Zon 4 pula untuk habitat burung di dalam kawasan sangkar.

KL  Bird Park

Ok jom masuk

Tiket  boleh didapati di kaunter KL Bird Park dengan harga dari RM13 sahaja. Kalau korang ada perancangan untuk melihat persembahan khas, korang boleh refer pada jadual yang diberikan supaya tak terlepas persembahan tersebut.



Okey jom masuk dan tengok apa ada kat dalam KL Bird Park ni. Macam-macam ada tau. Kalau bawa anak-anak ni mesti dorang seronok.Memang puas berjalan kat sini. Tapi bila masuk sini, kena pastikan korang pakai kasut yang sesuai. Macam Keknil pergi pakai high heel uols. Hamik kau hazab nak menapak. Hahahah..

Tips : Pakai kasut sukan atau sneakers. Elakkan pakai selipar sebab ada sesetengah tempat tu agak licin, mungkin boleh tergelincir. Selain itu, untuk ibubapa yang bawa anak, mungkin Keknil boleh cadangkan bawa payung atau topi. Kat sini burung terbang bebas ye, kadang-kadang ada yang terlepas hajat tu. Hihihi.. 

burung atas pokok

merak dah nak tercabut ekor

sombong dia xmo kembangkan ekor

free food.. free food..

burung hantu

burung apa ni ek

flamingoOOoooo

Kalau ikutkan, banyak lagi burung-burung kat sini, korang boleh berinteraksi dan ambil gambar bersama burung-burung tu. Memang best. Sebab Keknil pun dah letih maklumlah berhigh heel uols. Tah apa motif masuk taman burung pakai high heel pun tak tau.. ^___^ Hahahaha

Dalam KL Bird Park ini juga ada restoran tau yang dinamakan Hornbill Restaurant, kebetulan masa Keknil datang hari tu hujan. So, memang lepak dalam ni je la bersama yang lain. Kami dihidangkan dengan pelbagai hidangan yang yummy enak sehingga menjilat jari.

Hornbill Restaurant

Ruangnya agak luas dan korang boleh menikmati hidangan samada di dalam kawasan yang berhawa dingin ataupun di luar dan kalau ada rezeki, korang boleh tengok sendiri Hornbill yang terbang merata di kawasan itu.

ruang dalam yang luas

dan santai

Kami di hidangkan dengan beberapa menu yang yummyyyy... Memang boleh buat rasa lapar 3 kali bila tengok balik. Antaranya chicken chop, spaghetti carbonara, butter prawn, tomyam, laksa sarawak, nasi dagang dan banyak lagi. Memang sedap dengan harga yang berbaloi-baloi.

Chicken Chop

Spaghetti Carbonara

Butter Prawn

Tomyam

Nasi adn Kari Ayam Marbelles

Laksa Sarawak

Nasi Dagang

Goreng Pisang

Uishhh.. sedapnya tengok time tengah lapar ni. Jadi kalau korang masuk ke KL Bird Park ni, jangan lupa singgah di Hornbill Restaurant dan rasa sendiri hidangan kat sini. Keknil bagi 5 bintang sebab sedap sangat.

Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi : 
Tel     : 03 - 2272 1010
Fax    : 03 - 2273 5428 


till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

4 9 orang peminat :

  1. Bestnyaa, tggu baby besar sikit nak bawak lah g sini. Belajar kenal spesis burungg

    ReplyDelete
  2. haihhh
    best nya menu2 makanan dekat Hornbill tu

    ReplyDelete
  3. bila laaa nak sampai ni,nak kena gosok ayah humaira lagi ni heheheh

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^