Sukan Ria bersama CARRIE JUNIOR & Buddies

Assalammualaikum

Interaksi antara ibubapa dan anak sangatlah penting bagi membentuk jati diri dan perkembangan emosi anak-anak. Sudah menjadi lumrah dengan perkembangan teknologi masa kini, anak-anak didedahkan dengan teknologi terlalu awal sehingga leka dan kurang bergaul dan menjadi pasif bila berhadapan dengan dunia sebenar.

Pada pandangan Keknil, teknologi dan alami perlu selari supaya anak-anak dapat mengikuti perkembangan teknologi masa kini dan pada masa yang sama, dapat mengeratkan hubungan dengan ibubapa.



Menyedari kepentingan itu, CARRIE JUNIOR telah mengeluarkan koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies yang boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml.

Menariknya koleksi ini, ibubapa bersama anak-anak boleh meneroka bungkusan CARRIE JUNIOR dan mencari koleksi mainan yang disembunyikan di dalam ruangan rahsia pada botol tersebut. Permainan ini bukan sahaja dapat menguji skil anak-anak malah dapat merangsang sifat ingin tahu dan seterusnya dapat memberikan mereka keseronokan berganda.


Koleksi ini direka khas untuk mencetuskan keriangan terhadap anak-anak dan rekaan 6 figura mainan yang comel yang dikenali sebagai 'Sukan Ria' ini bukan sahaja dapat menggalakkan keseronokan ketika mandi, tetapi ia juga dapat menekankan amalan murni dalam interaksi semasa bermain dengan cara yang kreatif dan imaginatif.


6 figura comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR -  si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.

Jom dapatkan sekarang di pasaran dan mulakan hari korang dan anak-anak dengan aktiviti yang menyeronokkan bersama CARRIE JUNIOR.

till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

2 9 orang peminat :

  1. anak kita kemahin suka dengan mainan dalam tu

    ReplyDelete
  2. budak2 memang suka nih
    carrie junior bertahan sampai sekarang

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^