Wednesday, March 14, 2018

Teroka Lebih dari 50 tarikan di Kuala Lumpur dengan KL Hop On Hop Off

Assalammualaikum

Hujung minggu yang lalu, Keknil berpeluang untuk menaiki KL HopOnHopOff (KLHoHo) bermula di perhentian Sungei Wang. Sebelum ni Keknil fikir, KLHoHo ni hanya untuk pelancong sahaja, tetapi Keknil silap. Rupanya, KLHoHo ni semua orang boleh naik tak kira pelancong mahupun masyarakat tempatan.

Duta KLHoHo tak rasmi

KLHoHo ini beroperasi 7 hari seminggu bermula dari jam 9 pagi sehingga 8 malam. Dengan jarak masa selama 20-30 minit bagi setiap pergerakan bas bergantung kepada trafik. Terdapat 2 pilihan tiket iaitu untuk tempoh 24 jam atau 48 jam. Jadi korang boleh rancang dan pilih tempoh perjalanan korang untuk meneroka Kuala Lumpur. Jangan tak tau ye, Kuala Lumpur ni bukan hanya terdapat shopping mall, tetapi banyak juga tempat bersejarah dan menariknya KLHoHo ini, banyak juga tempat bersejarah yang akan dilaluinya. Jadi korang boleh turun untuk explore dan naik semula bas yang sama hanya dengan menunjukkan pas yang telah korang beli tu.


Tiket boleh didapati secara online ataupun korang boleh dapatkan tiket di kiosk tiket yang berada di destinasi terpilih. Tapi kalau tak sempat pun takpe, korang boleh beli secara terus di dalam bas. Mudah sangat kan ! Dan sekarang ni tengah ada promo tau, penjimatan sebanyak RM5 dengan pembelian secara online. Hello.. RM5 tu pun duit okey.. boleh beli nasi lemak telur. Hihihii


Bagi yang tak pasti landmark yang ada kat KL ni, jangan risau kerana di dalam bas HoHo ini terdapat speaker yang menceritakan tentang mercu tanda dan sejarah tentang tempat yang korang lalui tu di dalam Bahasa Inggeris. Universal gitu ! Bas ini akan melalui 23 pit stop dengan lebih dari 50 tarikan. Rancang perjalanan korang agar korang tak terlepas dari episod penerokaan bandar Kuala Lumpur.

KL attraction

Since ia berkonsepkan Hop On Hop Off, korang boleh turun di mana-mana pit stop dan boleh naik di mana-mana jua stop. Barulah act like tourist gitu !

KL HoHo Pit Stop

Siapa lagi yang nak mengangkat industri pelancongan di negara kita kalau boleh bermula dari masyarakat Malaysia sendiri. Oleh itu, jom.. kita cuba, rasai sendiri pengalaman menaiki KL HoHo. ^_^

Untuk maklumat lanjut, sila layari :







till then, tatababai

2 comments:

Terima kasih atas komen anda. ^_^