Friday, April 6, 2018

Cara Tempah Aktiviti di New Zealand dengan Tawaran Harga Murah

Assalammualaikum

Bila travel ke tempat yang mempunyai currency yang agak tinggi, seboleh-bolehnya memang Keknil cuba nak berjimat. Peduli la orang kata, cheapskate ke, kedekut ke.. Selagi boleh berjimat, kita jimat ! Nak travel cara orang ada-ada pun boleh juga, tapi bukan semua orang mampu kan.

So, Keknil nak kongsikan antara kaedah untuk berjimat bila travel ke New Zealand ni. Ada macam-macam laman web yang menawarkan diskaun, apa yang Keknil perlu buat adalah pantau dan grab.



Bagaimana cara untuk tempah aktiviti dengan tawaran harga murah?


1. Susun itinerary dan rancang perjalanan korang sebaiknya. Berapa lama nak stay kat satu tempat tu? Dan apa aktiviti atau tempat yang korang nak pergi.


2. Buka laman web www.bookme.co.nz, daftar untuk kod diskaun tambahan (jika ada), dan carilah apa jua pakej dan aktiviti yang korang mahukan.


3. Macam kami bercadang nak ke Milford Sound dan naik Skyline Gondola, jadi dah boleh rancang tarikh-tarikh yang ada.


4. Biasanya tawaran tarikh yang ditawarkan adalah dalam tempoh 1-2 minggu dari tarikh kita beli tiket tu. Jadi 2-3 minggu sebelum bertolak tu, dah boleh monitor hari-hari kat laman web ni tawaran harga yang diberikan.


5. Untuk tiket Milford Sound, kami berjaya grab tiket dengan harga $20 sahaja untuk 1 pax dan lagi 3 pax $45. Frust juga sebab tiket yang harga $20 cuma tinggal 1 je (inilah yang rugi sikit sebab tawaran harga murah adalah terhad ~ sebab tu kena selalu tengok) Jadi Keknil beli je la 4 tiket tersebut dengan jumlah keseluruhan $155. Jadi bila dibahagi dengan 4 orang, hanya $38.75 sahaja/pax.

harga di web untuk 1/pax

harga di bookme untuk 4 pax



6. Begitu juga dengan Skyline Gondola di mana kami berjaya grab dengan harga $200 untuk 4 orang. Seorang $50 berbanding harga asalnya $56 seorang. Penjimatan sebanyak $6. Hehehhe.. $6 tu pun duit hokey, boleh beli fridge magnet seketul. Haaa...

harga di web untuk 1 pax

harga di bookme untuk 4 pax



7. Cumanya kalau beli cara jimat ni tak sesuai untuk orang yang suka buat adhoc plan. Tu je la.. ^_^

till then, tatababai

2 comments:

  1. wah bagus ni tips mcm ni boleh jimat

    ReplyDelete
  2. Terima kasoh atas tips yang sangat berguna ni

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda. ^_^