Malaysia ke Timur Tengah juadah istimewa Grand Blue Wave Hotel Shah Alam

Assalammualaikum

Ramadhan datang lagi, syukur alhamdulillah kita diberikan kesempatan dan kesihatan yang baik untuk menyambut Ramadhan pada kali ini.

Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, kali ini Grand Blue Wave Hotel Shah Alam turut meraikan kehadiran Ramadhan dengan pelbagai juadah istimewa. Dengan tema 'Malaysia keTimur Tengah' yang signifikasi dengan menu yang meriah dengan keperbagaian seperti kambing golek, daging dan ayam.


Selain itu, sebanyak lebih dari 100 jenis hidangan yang dihidangkan segar dan panas seperti salad, kerabu, sup, masakan panas serta manisan yang enak. Turut disajikan masakan timur seperti Masak Lemak Ikan Tenggiri, Sambal Tempe dengan Jering, Sotong Masam Manis, Pizza Margarita, Braised Beef Wellington, Dim Sum, Sautee Meatballs, Bolognese, Baba Ghanoush serta pelbagai masakan ayam. Memang meriah !








Tidak cukup hidangan utama tanpa pembuka seleranya. Antara kegemaran Keknil adalah Rojak Buah, Sotong Kangkung, Lemang, Lemang Pulut / Hitam, Ketupat Palas, Serunding daging, Serunding Ayam, Lontong, Kari Ayam, Asam Pedas, Roti Chennai, Murtabak, Tandoori Chicken dengan Roti Naan, Mee Udang, Asam Laksa, Nasi Ayam Hainan dan macam-macam lagi. Semuanya sedap !



Tidak dilupakan peminat goreng-goreng, ada juga stall goreng-goreng untuk korang nikmati antaranya Pisang Goreng, Keropok Lekor dan Roti John yang boleh dinikmati bersama kopi atau teh yang dihidang panas.

Antara kegemaran Keknil di sini adalah manisannya. Tidak sah datang ke sini tanpa menikmati manisannya yang enak dan antara kegemaran Keknil adalah creme brule nya yang yummyyyy. Antara lainnya seperti Ais Kacang, Kek Marble Cheese, Kek Chocolate Moist, Sagu Gula Melaka dan macam-macam lagi.





Bercerita tentang menunya sahaja dan buat air liur Keknil meleleh-leleh. Hahhahaa...

Sekarang ni, Grand Blue Wave Hotel Shah Alam sedang mengadakan promosi buffet ramadhan dari 17 Mei sehingga 14 Jun 2018 yang akan diadakan di Royale Songket Restaurant bertempat di tingkat bawah.

Dengan harga yang sangat berbaloi-baloi dari RM65nett (warga emas dan kanak-kanak berumur 4-11 tahun) sehingga RM125 (dewasa), dan ada harga istimewa jika korang tempah awal. Jika korang tempah sebelum 30 April 2018, korang akan mendapat harga istimewa di mana untuk 1 - 7 Ramadhan berharga RM73.50 manakala pada 8 - 29 Ramadhan pula, harganya adalah RM95nett untuk 9 orang kebawah, dan RM90nett untuk 10 orang ke atas. Jadi, jangan lepaskan peluang dan dapatkan diskaun hebat ini dengan menempah awal sebelum 30 April ini.


Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.blurwavehotels.com
Emel : dosm@bluewavehotels.com
Tempahan : 03-5511 8811 Ext 2801 / 2804 / 2806

till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

1 9 orang peminat :

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^