Thursday, May 24, 2018

Iftar Amal Bersama Anak Yatim di Grand Blue Wave Hotel Shah Alam

Assalammualaikum

Alhamdulillah.. diam tak diam dah 9 hari kita berpuasa. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini. Sepanjang bulan Ramadhan ini, kita sering didengarkan dengan pelbagai majlis amal berbuka puasa bersama anak-anak yatim mahupun insan yang kurang bernasib baik. Dan pada kali ini, Keknil berpeluang untuk menghadiri Majlis Amal Iftar bersama Anak-Anak Yatim di Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam.




Majlis ini meraikan anak-anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia dan Teratak Nur Barakah. Memang jelas kegembiraan mereka apabila diraikan sebegini rupa. Hilang penat lelah sepanjang puasa malah mereka terasa dihargai dan disayangi. Majlis ini juga turut diserikan dengan sumbangan duit raya oleh Tuan Haji Mohd Ghazali Sayed Ibrahim, Pengurus Hotel Grand Blue Wave Shah Alam malah turut menerima sumbangan tajaan dari Bayu Spa.


Acara kemuncak diakhiri dengan solat maghrib secara berjemaah dan berbuka puasa dengan menu menarik seperti Sotong Masam Manis, Pizza Margarita, Dim Sum, Nasi Arab malah pelbagai menu istimewa dan enak turut disediakan.




 Memang tidak dinafikan, acara yang saban tahun diadakan ini bukan sahaja mendapat tempat di hati Keknil tetapi juga para pengunjung yang lain. Dengan majlis sedemikian rupa, ia bukan sahaja dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama Islam tetapi juga dapat meraikan kegembiraan bersama-sama.

Untuk maklumat lanjut, sila layari






till then, tatababai

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda. ^_^