Friday, May 25, 2018

Iftar Murah dan Sedap di 9Kedondong

Assalammualaikum

Sepanjang bulan Ramadhan ni, mesti ramai yang sesekali teringin berbuka puasa di luar, betul tak? Keknil sendiri sepanjang bulan puasa ni, ada la dalam 2-3 kali juga berbuka puasa di luar. Eh.. baru seminggu puasa tu.. Hahhaha.. Bukan malas masak tau.. tapi teringin.. Kah ! Hahahah.. alasan sangat tu.. :P



Sebenarnya, tempting sangat bila berbuka puasa di luar ni, lagi-lagi kalau harganya murah. Berbaloi-baloi harga dengan apa yang kita makan kan. Jadi baru-baru ni Keknil telah pergi ke satu tempat di Ampang ni. 9Kedondong nama dia. Haaa.. Kenapa nama dia 9Kedondong? Sebab alamat dia terletak di No 9, Jalan Kedondong, maka jadilah 9Kedondong. Gituuu... ^_^



Area sini dekat dengan embassy, tapi korang tak perlu takut sebab kejiranan kat sini sangat friendly. Asalkan korang tak buat hal sudah. Kikiki..

Korang juga tak perlu risau sebab ruang solat turut disediakan untuk tetamu lelaki dan perempuan secara berasingan. Jadi jangan risau, aurat masih boleh dijaga.


ruang solat lelaki

ruang solat wanita

Berbalik kepada cerita Keknil berbuka puasa di sini, di sini menawarkan pakej buffet ramadhan serendah RM28nett untuk kanak-kanak dan RM55nett  untuk dewasa. Haaa.. murah tak murah? Makanan dia pulak memang sedap nauzubillah... selera kampung tauuu... malah terdapat lebih dari 55 jenis hidangan untuk korang nikmati.

Stall concept

Ngeteh ke ngopi

Antara menu yang menarik hati Keknil adalah Sambal Udang Petai, Daging Masak Blackpepper, Ikan Keli Berlado, Siput Masak Lemak Cili Api Keladi dan Lala Masak Thai. Awesome ke tak menu tu? Ni baru sikit, hahh.. korang tengok gambar jap lagi.. Mau pepagi dah telan ailio..


Daging Masak Blackpepper

Sambal Udang Petai

Ikan Keli Berlado

Kerabu Perut

Brokoli Cendawan Masak Sos Tiram

Siput Masak Lemak Cili Api

Lala Masak Thai

Kerabu Mangga

Udang Bakar dan Sosej

Bila dah telan ailio tu, jangan lupa cepat-cepat booking 9Kedondong ni. Buffet Ramadhan ini bermula dari 18 Mei sehingga 10 Jun 2018 dan dibuka setiap hari dari jam 6 - 10 malam.

Harga:
RM55 dewasa (13-59 tahun)
RM28 kanak2 ( 7- 12 tahun)
RM28 Warga Emas ( 60 keatas)
F.O.C Kanak- kanak ( 0-6 tahun)

Dan.. sekiranya korang tempah lebih dari 10 slot, korang akan dapat percuma 1 slot. Penjimatan berganda tu. Sesuai untuk iftar gathering, reunion malah kalau ada pejabat nak buat iftar kat sini pun boleh. Lagi ramai, lagi murah kos yang korang boleh jimat.

Nak lebih jimat lagi? Korang boleh gunakan kod promo | surayax9kedondong dan korang akan dapat 10% diskaun dari jumlah bayaran yang dikenakan.


Selamat berbuka puasa dan selamat menjamu selera.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila layari :


Tempahan : 018-7669065 ( Cik Rabia) / 017-2250705 ( En Haziq)
Waze : 9Kedondong

Alamat :
9, Jalan Kedondong
Off Jalan Ampang
55000. Kuala Lumpur

Beroperasi setiap hari bermula 6.00pm - 10.00pm









till then, tatababai

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda. ^_^