Friday, May 11, 2018

Mini Gathering GSL Warrior @ An-Nur's Kitchen Ayer8 Putrajaya

Assalammualaikum

Dua tiga menjak ni memang Keknil agak sibuk dengan kerja hakiki sampai takde masa nak tengok blog mahupun berinteraksi dengan kawan-kawan di media social terutama sahabat blogger di GSL Warrior.. Bila tengok kat group whatsapp tu, lahai.. hanya mampu baca je la sebab tak sempat nak reply mesej kawan-kawan.Rasa serba salah tu jangan cakap la..sebab kami dah macam adik beradik, semua cerita ceriti dari hal blogging sehinggalah ke hal kerja dan masalah kami kongsi malah kami saling membantu untuk sama-sama menaikkan trafik blog.

Jadi bagi menebus kesunyian Keknil dalam group GSL Warrior tu, Keknil cuba aturkan gathering bersama-sama sahabat GSL Warrior. Lagi pulak dah banyak kali tunda ni.. Hahahah.. Masing-masing dok bizi sokmo. Dan akhirnya, bertempat di An-Nur Kitchen, Ayer8 Putrajaya, gathering kami buat pertama kali berjaya jua. Alhamdulillah. Walaupun tak lengkap keluarga GSL Warrior kami ni, tapi tetap meriah. Kalau semua datang ni, confirm terbalik Putrajaya dibuatnya. Hahahaha



Kenapa Keknil pilih An-Nur Kitchen, Ayer8 Putrajaya?
Mesti ramai tertanya-tanya kenapa Keknil pilih An-Nur Kitchen, Ayer8 Putrajaya sebagai tempat gathering kami, kan. Haa.. ini trick sikit tau. Hahahaa.. Sebab pertama, lokasinya yang strategik dan dari restoran ini, kami boleh menikmati view Tasik Putrajaya yang awesome. Selain itu, di sini menawarkan menu Seafood Lambak Style yang segar dan sedap dengan harga yang berbaloi-baloi dan semestinya HALAL.Selain dari Seafood Lambak, di sini juga turut menyediakan menu western dan masakan panas yang semestinya memenuhi citarasa Keknil. Haa.. bukan senang Keknil nak suka dengan satu-satu menu tu. Bila dah suka, hari-hari datang makan menu yang sama pun takpe. Hahahah..


Ada apa dengan Seafood Lambak Style?
Ramai orang tertanya-tanya, apa Seafood Lambak Style tu. Pelik bunyinya ye? Seafood Lambak Style ni adalah sejenis menu yang dihidangkan secara lambak. Maknanya, pelbagai menu seafood yang dimasak dengan pelbagai perasa dilambakkan di atas meja yang dilapik dengan kertas (bagi menjamin kebersihan) beserta dengan nasi. Memang meriah atas meja penuh dengan seafood. Terdapat 4 set menu pilihan bergantung kepada kuantiti pelanggan dan Keknil sarankan korang mesti cuba sekurang-kurangnya sekali menu ni di sini bagi rasa sendiri keenakan Seafood Lambak Style. Paling Keknil suka dalam menu Seafood Lambak Style ni adalah Sotong Buttermilk. Yumsss sangat. Cukup rasa dan kuahnya sangat marvellous. Kalau Keknil datang sini dan order Seafood Lambak Style ni, mesti Keknil akan makan ini dulu. Sotong Buttermilk ini, Keknil yang punya. Hahahahha..

Seafood Lambak Style

Sotong Buttermilk

Lobster Buttermilk

Aneka Seafood

Aneka Seafood

Menu Masakan Panas yang Menggamit Selera
Selain itu, korang juga boleh cuba menu western dan masakan panas di sini yang Keknil pasti semuanya menepati citarasa. Antara menu istimewanya adalah Lobster Buttermilk, Baby Lobster Buttermilk dan An-Nur;s Seafood Special.Serius, korang kena cuba ni. Memang susah nak dapat lobster dengan harga mampu makan ni kat tempat lain tapi di sini, memang serba serbi mampu. Yassss...

Siakap Masak Ladprik

Baby Lobster Buttermilk

An-Nur's Seafood Special

Antara menu lain yang menggamit selera Keknil adalah Brokoli Udang, Daging Pad Ped Gaeng, Siakap Masak Ladprik, Ayam Kari Thai, Udang Telur Masin, Sotong Goreng Tepung dan Tomyam Campur.

Brokoli Udang

Ayam Kari Thai

Daging Pad Ped Gaeng

Udang Telur Masin

Ni menu yang Keknil cuba, yang tak cuba tu.. Haaa.. maksudnya kena datang lagi untuk cuba ke apa ni? Haahahah.. Of course, Keknil akan datang lagi untuk cuba menu lain. Barulah namanya menikmati makanan. Tak gitu. ^_^

Menu Western 
Tidak ketinggalan menu westernnya yang juga enak dan berbaloi-baloi dengan harganya. Omelettnya yang dimasak sempurna dengan isi cendawan antara kelainan yang ada di sini. Selain itu, Spaghetti Carbonaranya juga cukup rasa dan bukan sahaja sesuai untuk golongan dewasa tetapi juga kena dengan citarasa anak-anak kecil Bagi penggemar Lamb Grill, korang boleh cuba Sizzling Lamb Grill yang dihidangkan bersama dengan potato wedges. Serius, sedap ! Tak rugi cuba. Anak-anak juga boleh cuba menu Kid's Junior yang merangkumi french fries, nugget dan drummet dengan sos. Cukup untuk membuatkan anak-anak gembira. Hehehe

Fish and Chip 

Omelette

Spaghetti Carbonara

Sizzling Lamb Grilled

Kid's Junior

Gathering GSL Warrior Yang Meriah
Memang havoc la gathering kami kali ini. Turut diselitkan acara tukar-tukar hadiah dan of course selfie dan wefie adalah antara perkara wajib bila berjumpa. Yang sedia ada ni pun dah macam nak pecah panggung, kalau complete keluarga GSL Warrior kami ni bergathering ni, mesti lagi meriah. Yang penting, walaupun kami semua sibuk dengan urusan masing-masing, tetapi bila bergathering macam ni, takde istilah girls only atau mom's only. Hahaha.. semua terlibat sama sebagai satu keluarga besar. Selain itu, dapat juga pasangan masing-masing kenal dengan kawan-kawan kita. Takde la istilah cemburu dah kenapa mesej kat Whatsapp tu sampai gelak guling-guling kan. Haa.. apa yang kita gelak guling-guling dalam Whatsapp GSL Warrior tu, kita tunjukkan juga in reality. Hahahaha..

Amik gambar dulu sebelum makan

Meriah sangat 

Masing-masing dan start makan

Fuhh.. tak pandang kiri kanan dah

Dok fikir nak makan apa tu?

Maka, tamatlah sudah gathering GSL Warrior yang pertama ni. Sedih sebab lambat lagi nak jumpa. Hahaha.. Tapi best bila mengenangkan saat-saat indah bergathering di An-Nur's Kitchen ni. Makan macam-macam sambil bergosip. Kikikii..

Exchange Gift | Anil - Kak Ita

Exchange Girft | Kak Ita - Nora

Exchange Gift | Nora - Mimie

Exchange Gift | Ana - SA

Exchange Gift | Bonde - Ana

Exchange Gift | SA - Bonde

Jadi korang yang nak lunch, dinner, gathering atau nak buat apa-apa event, boleh la ke An-Nur's Kitchen, Ayer8 Putrajaya. Insya Allah, dengan lokasinya yang mudah dicari, parking juga banyak di basement dan pemandangan Tasik Putrajaya yang awesome, pasti korang tak menyesal. Harga mampu makan dan pastinya sedap yumssss yumssss... ^_^



Untuk tempahan buka puasa / lunch / dinner / gathering / event :

Alamat :
An-Nur's Kitchen ~ Masakan Thai Panas dan Western
C1-G-5, Kompleks Perniagaan Ayer@8,
Jalan P8G1, Presint 8,
62100 Putrajaya

ATAU

Seafood Fanatic ~ Seafood Lambak Style
C1-G-6, Kompleks Perniagaan Ayer@8,
Jalan P8G1, Presint 8,
62100 Putrajaya

Masa Operasi :
12 tengahari - 11 malam
(Setiap Hari)

No Telefon :
0174212649 / 0193031567

till then, tatababai

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda. ^_^