Monday, June 25, 2018

Rambut Kekal Segar dengan Carrie Junior Odour Buster

9:19:00 AM 1
Assalammualaikum

Ibubapa yang mempunyai anak yang bersekolah pastinya pernah mengalami situasi di mana anak-anak pulang dari sekolah dalam keadaan berpeluh sehingga membuatkan anak-anak merasa tidak selesa dengan cuaca yang panas dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak-anak mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Macam Iman ni jenis rambut panjang, jadi demi mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar, Keknil selalu berpesan supaya setiap kali balik dari sekolah, mesti cuci rambut untuk memastikan kesegaran rambut agar dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala. Bila dah datang kelemumur ni, memang agak susah nak la hilang. Jadi, dari usia muda ni la kena jaga betul-betul.


CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.


CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak.

Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.


till then, tatababai

Thursday, June 7, 2018

Super Honor Day Eksklusif di Shopee dengan Tawaran Harga dari RM429

7:30:00 AM 3
Assalammualaikum

Nak nak raya ni, macam-macam sale ada. Kadang sampai tak menang jari dok klik-klik sana sini kejap shopping kasut, kejap shopping baju, kejap shopping barangan rumah. Kat mana lagi? Mesti la kat Shopee kan.. Haaa.. Keknil pun tak pasal-pasal dah terjebak dengan Shopee ni sejak sekian lamanya, dan nak dekat raya ni, makin kuat penjebakannya. Hahahha..

Nak raya ni, bukan setakat nak ada baju baru je, tapi handphone raya pun nak ada gak. Lagi-lagi dengan situasi Keknil sekarang ni dengan handphone rosaknya, susah nak buat kerja. Jadi Shopee ni macam tau-tau je la buat promosi pulak handphone baru dengan harga menarik tertarik memang da'bomb !

Menawarkan insentif "Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia, Komisyen Sifar (0), Jaminan Produk Tulen 100% dan Penghantaran Semula Percuma dalam tempoh 15-hari", Shopee dengan usahasama Honor Malaysia telah melancarkan pelancaran Honor 9 dan Honor 10 malah membolehkan peminat Honor berpeluang untuk balik kampung dengan telefon bimbit baharu yang berprestasi tinggi dengan harga yang sangat berpatutan.


Honor 7A dengan paparan FullView 5.7  inci serta memberi pengguna abadikan gambar swafoto yang berkualiti bersama insan tersayang.



Spesifikasi Honor 7A

Display
5.7 inch 1440p x 720p + display with 16,700,000 colors, 283 PPI
18:9 wide screen
Multiple-point touch-sensitive screen

Size and Weight
AUM-L29A:
152.4 mm (L) x73 mm (W) x 7.8 mm (T)
Approximately 150g (including the battery)
AUM-L29B:
152.4 mm (L) x73 mm (W) x 8.05 mm (T)
Approximately 150g (including the battery)

Operating System
Huawei EMUI 8.0

Processor
Qualcomm MSM8937, Octa-Core (4 x 1.4 GHz+4 x 1.1 GHz)

Battery
Typical value: 3000 mAh battery
Charging duration: approximately 180 minutes from supplied charger 
Airtime: GSM: 31 hours, WCDMA: 18 hours. 
Standby time: GSM: 898 hours, WCDMA: 921 hours, LTE TDD: 811 hours, LTE FDD: 826 hours, Dual-card: 349 hours. 

Memory
AUM-L29A
o ROM: 16 GB
o RAM: 2 GB
o Expandable storage: microSD card (up to 256 GB)
AUM-L29B
o ROM: 32 GB
o RAM: 3 GB
o Expandable storage: microSD card (up to 256 GB)

Camera
AUM-L29A
13-megapixel rear-facing camera with auto focus
o Photo resolution: up to 4160 x 3120
o Video resolution: up to 1920 x 1080 (1080P)
8-megapixel front-facing camera
o Photo resolution: up to 3264 x 2448
o Video resolution: up to 1920 x 1080 (1080P)
Mode: Panorama, HDR, watermark, timer function, and time-lapse mode
AUM-L29B
13-megapixel rear-facing camera with auto focus
o Photo resolution: up to 4160 x 3120
o Video resolution: up to 1920 x 1080 (1080P)
8-megapixel front-facing camera
o Photo resolution: up to 3264 x 2448
o Video resolution: up to 1920 x 1080 (1080P)
Mode: Panorama, HDR, watermark, timer function, and time-lapse mode

Audio/Video
1080P full HD video recording and video playback
Audio file format: *.mp3, *.mp4, *.4gp, *.ogg, *.amr, *.aac, *.flac, *.wav, *.midi
Video file format: *.3gp, *.mp4, *.wmv, *.asf
Image format: *.png, *.gif , *.jpg, *.bmp, *.webp, *.wbmp
3.5 mm headset jack

Other Connectivity
Wi-Fi 802.11b/g/n, 2.4 GHz , support Wi-Fi direct
Bluetooth BT4.2
USB 2.0/HS20
GPS/AGPS/Glonass

Sensors
AUM-L29A
Accelerometer
Proximity sensor
Ambient light sensor
Compass
Fingerprint sensor
AUM-L29B
Accelerometer
Proximity sensor
Ambient light sensor
Compass
Fingerprint sensor

Colours
Black/Gold

Harga yang ditawarkan di kedai rasmi Honor di Shopee adalah sangat berbaloi-baloi dan mampu milik iaitu RM429 (RRP : RM479) sepanjang Super Honor Day.


Bagi yang terlepas tawaran Honor 10 yang lalu, jangan kecewa dulu. Sempena Super Honor Day di Shopee, Honor 10 Edisi Phantom Green akan mula dijual pada 8 Jun 2018 dengan harga RM1,599 sahaja. Malah pembeli juga akan diberikan hadiah percuma bernilai RM298 (selagi stok masih ada)

Macam mana? Dah bersedia nak tukar telefon bimbit baharu? Boleh cepat-cepat follow Kedai Rasmi Honor di Shopee dan nantikan tawaran istimewa pada 8 Jun 2018 nanti.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web Shopee: https://shopee.com.my/
Kedai Rasmi Honor di Shopee : https://shopee.com.my/honormy.officialstore


till then, tatababai

Friday, June 1, 2018

Jom Bayar Zakat ! Penangan Sosial Media dalam Pengurusan Zakat

7:48:00 AM 5
Assalammualaikum

Pada masa kini, media sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Percaya tak kalau Keknil cakap, hampir 90% orang kat Malaysia ni tak boleh hidup tanpa media sosial. Hehehhe.. Mau tidaknya, dengan pelbagai medium sosial media seperti Facebook, Twitter, Instagram mahupun Whatsapp sendiri, bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kita dengan ahli keluarga yang jauh di mata, tetapi juga dapat menghubungkan kita dengan rakan alam maya yang nun berada beribu batu. Betapa hebatnya sosial media pada masa kini kan. ^_^

Bersyukurlah kerana dengan adanya sosial media ini, semua berita serata dunia dapat dicapai dengan hanya di hujung jari sahaja. Isu-isu semasa, peristiwa terkini malah video viral juga boleh didapati dengan mudah. Tetapi janganlah kita gunakan sosial media ni untuk perkara yang negatif pula. Seharusnya, apabila telah diberikan kemudahan seperti ini, kita hendaklah menggunakan ia kearah kebaikan. Betul tak?

Selaras dengan itu, Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melangkah satu tapak kehadapan dengan menggunakan medium sosial media sebagai pusat komunikasi kepada masyarakat yang mempunyai pertanyaan hatta permasalahan berhubung dengan kiraan zakat mahupun bayaran. Tak perlu memandu sejauh 20km, bayar tol, mengharungi lalu lintas yang sesak. Semuanya dihujung jari hanya dengan Facebook sahaja. Selain itu, dengan wujudnya portal www.zakat.com.my turut memberi kemudahan kepada masyarakat untuk urusan kiraan zakat, bayaran dan juga semakan untuk rekod bayaran zakat yang lepas. Mudah kan?



Jadi Keknil nak kongsi dengan korang, kenapa bayar zakat secara atas talian tu mudah.

1. Cepat dan Pantas
Hanya lebih kurang dua minit diperlukan untuk selesaikan urusan bayaran zakat anda menggunakan FPX atau debit atau kad kredit Islamik. Dan yang penting, korang tak perlu susah payah pegi ke kaunter, ambil nombor dan menunggu. Lebih jimat masa dan tenaga.

2. Semuanya di hujung jari
Tak payah susah-susah nak keluar memandu kereta, parking dan menunggu. Semuanya dihujung jari sahaja dan ianya hanya memerlukan telefon pintar, tablet, computer dan sambungan internet untuk melakukan transaksi. Klik klik, terus selesai bayar zakat. Tak gitu?

3. 24 Jam, 7 Hari Seminggu
Korang boleh buat bayaran semua jenis zakat anda pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja dengan cepat dan pantas. Tak perlu tunggu hari bekerja untuk bayar zakat. Masa cuti sekolah. cuti raya mahupun cuti umum pun boleh bayar zakat.

4. Kira Zakat dengan Mudah
Korang boleh mengira zakat yang perlu korang bayar dengan mudah dan cepat. Korang cuma perlu lengkapkan borang ONLINE yang disediakan dan wallaaaa.. siap !

5.Kalkulator Zakat
Bukan kalkulator biasa ! Tapi dengan adanya kalkulator zakat ini,  korang boleh membuat kiraan secara tepat dan selamat untuk mengetahui samada korang WAJIB berzakat atau tidak !

6.Semakan Bayaran
Korang juga boleh membuat semakan bagi bayaran zakat yang lepas. Haaa.. ini sesuai kalau korang nak dapatkan pelepasan cukai. Boleh semak secara online je

7. Kemaskini Maklumat
Dan akhir sekali, korang boleh kemaskini maklumat peribadi, alamat surat menyurat dengan cepat dan selamat. 

Betapa mudahnya bayar zakat kan. Jadi jom tunaikan tanggungjawab korang sebagai orang Islam. Semuanya dihujung jari sahaja. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.zakat.com.my
Talian bebas tol : 1 300 88 5757
#zakatwilayah
#ramadanterbaik




till then, tatababai