Friday, June 1, 2018

Jom Bayar Zakat ! Penangan Sosial Media dalam Pengurusan Zakat

Assalammualaikum

Pada masa kini, media sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Percaya tak kalau Keknil cakap, hampir 90% orang kat Malaysia ni tak boleh hidup tanpa media sosial. Hehehhe.. Mau tidaknya, dengan pelbagai medium sosial media seperti Facebook, Twitter, Instagram mahupun Whatsapp sendiri, bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kita dengan ahli keluarga yang jauh di mata, tetapi juga dapat menghubungkan kita dengan rakan alam maya yang nun berada beribu batu. Betapa hebatnya sosial media pada masa kini kan. ^_^

Bersyukurlah kerana dengan adanya sosial media ini, semua berita serata dunia dapat dicapai dengan hanya di hujung jari sahaja. Isu-isu semasa, peristiwa terkini malah video viral juga boleh didapati dengan mudah. Tetapi janganlah kita gunakan sosial media ni untuk perkara yang negatif pula. Seharusnya, apabila telah diberikan kemudahan seperti ini, kita hendaklah menggunakan ia kearah kebaikan. Betul tak?

Selaras dengan itu, Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melangkah satu tapak kehadapan dengan menggunakan medium sosial media sebagai pusat komunikasi kepada masyarakat yang mempunyai pertanyaan hatta permasalahan berhubung dengan kiraan zakat mahupun bayaran. Tak perlu memandu sejauh 20km, bayar tol, mengharungi lalu lintas yang sesak. Semuanya dihujung jari hanya dengan Facebook sahaja. Selain itu, dengan wujudnya portal www.zakat.com.my turut memberi kemudahan kepada masyarakat untuk urusan kiraan zakat, bayaran dan juga semakan untuk rekod bayaran zakat yang lepas. Mudah kan?



Jadi Keknil nak kongsi dengan korang, kenapa bayar zakat secara atas talian tu mudah.

1. Cepat dan Pantas
Hanya lebih kurang dua minit diperlukan untuk selesaikan urusan bayaran zakat anda menggunakan FPX atau debit atau kad kredit Islamik. Dan yang penting, korang tak perlu susah payah pegi ke kaunter, ambil nombor dan menunggu. Lebih jimat masa dan tenaga.

2. Semuanya di hujung jari
Tak payah susah-susah nak keluar memandu kereta, parking dan menunggu. Semuanya dihujung jari sahaja dan ianya hanya memerlukan telefon pintar, tablet, computer dan sambungan internet untuk melakukan transaksi. Klik klik, terus selesai bayar zakat. Tak gitu?

3. 24 Jam, 7 Hari Seminggu
Korang boleh buat bayaran semua jenis zakat anda pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja dengan cepat dan pantas. Tak perlu tunggu hari bekerja untuk bayar zakat. Masa cuti sekolah. cuti raya mahupun cuti umum pun boleh bayar zakat.

4. Kira Zakat dengan Mudah
Korang boleh mengira zakat yang perlu korang bayar dengan mudah dan cepat. Korang cuma perlu lengkapkan borang ONLINE yang disediakan dan wallaaaa.. siap !

5.Kalkulator Zakat
Bukan kalkulator biasa ! Tapi dengan adanya kalkulator zakat ini,  korang boleh membuat kiraan secara tepat dan selamat untuk mengetahui samada korang WAJIB berzakat atau tidak !

6.Semakan Bayaran
Korang juga boleh membuat semakan bagi bayaran zakat yang lepas. Haaa.. ini sesuai kalau korang nak dapatkan pelepasan cukai. Boleh semak secara online je

7. Kemaskini Maklumat
Dan akhir sekali, korang boleh kemaskini maklumat peribadi, alamat surat menyurat dengan cepat dan selamat. 

Betapa mudahnya bayar zakat kan. Jadi jom tunaikan tanggungjawab korang sebagai orang Islam. Semuanya dihujung jari sahaja. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.zakat.com.my
Talian bebas tol : 1 300 88 5757
#zakatwilayah
#ramadanterbaik




till then, tatababai

5 comments:

Terima kasih atas komen anda. ^_^