Monday, August 20, 2018

Cannis Mobile Apps dengan fungsi 7 dalam 1

9:11:00 AM 2
Assalammualaikum

Lambakan aplikasi e-dagang di pasaran pada masa kini memberikan persaingan yang sihat malah turut memberikan pengguna pilihan yang lebih banyak untuk membeli di mana-mana platform dan aplikasi yang diinginkan.


Cannis merupakan aplikasi yang menggabungkan e-dagang, membeli belah atas talian, penyiaran secara langsung dan blockchain yang meliputi asas harian seperti makanan, minuman, hiburan, pakaian malah merangsang model perniagaan dan memacu gelombang baru APP.

Ong Tee Keat berkata pertumbuhan pesat pengguna media sosial China, kadar penembusan telah meningkat dengan ketara, dan kebangkitan blokchain telah membatalkan industri semasa dan operasi sosial. Blockchain, kebijaksanaan dan Internet adalah antara tiga teknologi teratas yang China perlu perkukuhkan.

"Cannis adalah platform merintis perancangan program, teknologi produk, promosi operasi dan visualisasi data. Ia mempunyai hampir 100 jurutera profesional dan pasukannya mempunyai keupayaan penyelidikan dan pembangunan yang kuat. "

Sejak Mac tahun ini, Cannis telah memperolehi syarikat-syarikat teknologi berturut-turut termasuk Internet, permainan dalam talian, peranti mudah alih, dan perkongsian data yang besar, dan pada masa yang sama, ia telah menjadi rakan kongsi Google, dan meningkatkan kebolehbacaan APP Cannis, dan keselamatan sistem

"Cannis APP menggabungkan tujuh fungsi paling popular peranti mudah alih, termasuk siaran langsung dalam talian, e-dagang langsung, permainan dalam talian, video pendek, social media, belanja diskaun dan pembayaran digital. Ia akan mengumpul lebih daripada sepuluh ribu pengguna dalam masa 24 jam. "

See.. seronok la kaki shopping ni boleh shopping macam-macam kat Cannis ni. ^_^

Aplikasi Cannis ini boleh didapati di Google Play Store tetapi buat masa ini belum lagi terdapat di Apple Playstore. Walau bagaimanapun, korang masih boleh install melalui http://api.ickapay.com/download/index.html dan ikuti arahan yang diberikan.

you think it, we build it

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Website :  www.cannis.app
Instagram :  www.instagram.com/CannisApp
Facebook :  www.facebook.com/CannisApp

till then, tatababai

Friday, August 17, 2018

Raikan hari bahagia dengan Flower Chimp bermula dari RM89!

9:30:00 AM 2
Assalammualaikum

Zaman sekarang ni serba serbi pembelian melalui dalam talian. Cepat, mudah dan ringkas. Kalau tak, nak bersiap dari rumah je dah makan masa sejam. Belum lagi nak tempuh jalan jem, bayar tol dan parking. Dan bila sampai kat tempat dituju, belum tentu pula barangnya ada. Hahahha.. See.. betapa zaman dah berubah.

Keknil sendiri lebih suka shopping secara online. Kalau boleh serba serbi nak order je time baring atas katil tu, tetau je barang dah sampai depan rumah. Hahahha

Dan jangan tak tau, sekarang kalau nak order online, bukan sekadar tudung, baju, kasut je tau yang boleh ditempah melalui dalam talian, nak order bunga pun boleh!


Flower Chimp yang telah ditubuhkan oleh dua orang usahawan dari Jerman iaitu Maximilian Lotz dan Niklas Frassa dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan malah turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara.

Pelbagai pilihan jambangan bunga sempena hari lahir, kehadiran bayi baru lahir, titipan istimewa untuk kesayangan sempena sambutan hari lahir, Hari Kekasih, Hari Ibu dan sebagainya dengan harga serendah RM89 sahaja.



Flower Chimp juga turut menawarkan perkhidmatan penghantaran bunga secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk memberi kejutan buat yang tersayang.

Ingin memberi kejutan kepada yang tersayang? Ingat Flower Chimp!


Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp

till then, tatababai

Wednesday, August 1, 2018

Itinerary 5 hari 4 malam di Lombok

8:39:00 AM 7
Assalammualaikum


Selesai sudah liburan keknil di Lombok. Sangat indah dan mendamaikan. Walaubagaimanapun, beberapa hari lepas Keknil balik dari Lombok, telah berlaku gempa bumi di bumi Lombok yang mengorbankan beberapa nyawa. Takziah Keknil ucapkan.
Di sini, Keknil ingin berkongsi itinerary Keknil di Lombok selama 5 hari 4 malam.









Day 1 | 20 July : Airport - Sasak Traditional Tour – Check in Hotel ( L )
Setiba di Pelabuhan Lembar, peserta akan di sambut oleh team kami yang ramah dan sopan. Kemudian dilanjutkan program Sasak Tradisional Tour yang diawali dengan mengunjungi Desa Sukarare; yang merupakan perkampungan pusat penjualan dan pembuatan tenun ikat khas pulau Lombok lalu menuju Desa Sade/Ende; yang merupakan bentuk dusun tradisional suku Sasak, dimana Anda dapat menyaksikan lumbung padi tradisional dan rumah-rumah yang dibangun dengan menggunakan bahan-bahan kuno. Dilanjutkan dengan mengunjungi Pantai Kuta & Tanjung Aan; yang terkenal akan pantai pasirnya yang putih dan sebagian lagi berbentuk khas seperti butiran merica, makan siang di local restoran di areal pantai kuta, setelah puas berwisata di sekitar pantai, selanjutnya menuju hotel dan istirahat.

Penginapan : Bole Homestay



baru sampai


selepas lama mereput ~ kegembiraan tiada batasan. Hahaha


lunch kat sini


yumsssss


Desa Sukarare ~ boleh cuba pakaian tradisional dan berposing. Nak baring pun boleh!


Desa Sade


Friendship till the end


Tanjung Aan


Pantai Kuta


Day 2 | 21 July : D Max Hotel – Gili Trawangan ( L )
Sarapan pagi di hotel, dilanjutkan dengan program Gili Trawangan Tour, yang merupakan salah satu pilihan paket  wisata harian yang menjadi primadona bagi sebagian besar wisatawan. Diawali dengan melewati Bukit Malimbu dengan pemandangan laut yang indah serta pemandangan tiga Gili yakni Gili Air, Meno dan Trawangan, selanjutnya menuju pelabuhan untuk menyebrang ke Gili Trawangan dengan menggunakan perahu mesin. Setelah tiba di Gili Trawangan anda dapat menikmati berbagai ragam aktivitas ( Personal Account ) seperti Diving, Snorkeling, Glass bottom boat, Marine walk, Canoe, Bersepeda, Naik Cidomo, hingga tiba waktu makan siang di lokal restotan yang sudah kami siapkan. Setelah puas menikmati aktivitas wisata, selanjutnya proses ke hotel.

Penginapan : Blue Marlin Hotel


Bukit Malinbu

tengah tunggu private boat.


Gili Trawangan

lunch time

naik basikal ~ melecet punggung uiiiii

lepak tepi pantai di Gili Trawangan

berposing sakan di Ombak Sunset

Day 3 | 22 July : Check out hotel - Water Fall Tour – in @ Bel Air Villa. ( B.L.D )
Sarapan pagi di Hotel, kemudian check out lalu berlayar kembali ke pulau utama Lombok, lalu dilanjutkan dengan tour ke Air Tejun Sendang Gile dan Air Terjun Tiu Kelep yang berada tepat di bawah kaki Gunung Rinjani. Panorama yang disajikan di lokasi ini sangat indah dimana terdapat air terjun yang sangat indah dengan 2-3 susun yang keluar deras dari berbagai celah hijaunya hutan tropis Gunung Rinjani. Sementara untuk menuju lokasi di sepanjang jalan kicauan burung dan jinaknya monyet hutan cukup menjadikan hiburan yang menarik serta beningnya aliran sungai di sepanjang perjalanan membuat kita ingin segera tiba di lokasi Air Terjun. Jika ada sisa waktu, kemudian kembali ke kota dan menuju Taman Narmada; Taman peninggalan kerajaan Karang Asem yang di bangun pada tahun 1727, yang mana terdapat mata air yang konon mitosnya dapat menyembuhkan penyakit dan dapat membuat awet muda. Acara dilanjutkan dengan makan malam di restaurant yang telah kami tentukan. Seusai makan malam kemudian menuju ke hotel untuk proses re-check in dan istirahat.

Penginapan : Cozy Cottage


Lunch kat sini


Pemandangan dari kaki gunung Rinjani


Day 4 | 23 July : Trio Virgin Islands Tour. ( B.L.D )
Setelah sarapan di hotel, kemudian penjemputan di Loby lalu melajutkan tour menuju Gili Nanggu; yang terletak di daerah Sekotong, Kabupaten Lombok Barat bagian selatan dan berada diantara Selat Bali – Lombok. Pulau ini sangat terkenal dengan keindahan bawah laut yang masih alami dengan keunikan ikan-ikan hiasnya yang jinak dan bisa diajak bermain di saat kita snorkeling. Selain Gili Nanggu, masih banyak lagi pulau-pulau kecil yang dapat anda kunjungi di seputaran daerah Sekotong ini, yaitu Gili Kedis dan Gili Sudak. Pulau-pulau tersebut memiliki hamparan pasir putih yang bersih, yang membuat para wisatawan terasa seperti di pulau pribadi. Sore hari anda akan diantar kembali ke hotel untuk beristirahat.


breakfast time

our supir ~ kaki scam ni sebab suka amik video kitorang tengah gila.. hahahaha

Day 5 | 24 July : Check-out hotel - Transfer ke Airport (B)
Sarapan pagi di hotel, kemudian free program menikmati facilitas hotel sampai tiba waktunya check-out hotel dan penjemputan, kemudian menuju airport untuk melanjutkan penerbangan menuju destinasi berikutnya atau kembali ke kota asal.


bersama owner Cozy Cottage ~ cari bugsy





Untuk trip ini, kami booking sendiri hotel dan penginapan. Untuk hari ketiga juga kami tak mandi pun air terjun tu sebab hujan selebat-lebatnya. Jadi kami pull out dan hanya mampu mandi air hujan je. Hahhaa.. Last-last, hari ketiga tu kami penuhi hari dengan shopping.


Itinerary ni bukan semua kami follow. Ada tempat yang kami tak nak pergi, kami skip tapi atas persetujuan supir juga la. Dan tempat gantian mestilah sehala dengan tempat kami lalu tu. 
Kalau dari Lombok Timur tetiba nak ke Lombok Barat.. memang mendapat la.. sila tambah ongkosnya. Hahhaha..


Nanti Keknil buat review penginapan kami pulak. Alhamdulillah, walaupun nama penginapan tak semenggah tapi kami sangat puas hati. Jangan pandang penginapan tu pada nama je tau, rasai dan nikmati sendiri pengalaman menginap di situ. ^_^






till then, tatababai