Wednesday, September 26, 2018

Doorgift Termurah dengan hanya 50 sen sahaja !

8:54:00 AM 9
Assalammualaikum

Nak nak hujung tahun ni, mesti ramai yang dah mula mencari door gift untuk pelbagai jenis acara seperti kenduri kahwin, aqiqah, kenduri doa selamat dan pelbagai lagi. Of course semua orang akan berkira-kira berapa bajet yang perlu dikeluarkan untuk door gift ni. Betul tak?

Selain dari door gift untuk pelbagai acara, kadangkala ada sesetengah penjual online yang ingin memberikan hadiah kepada pelanggan setianya dan mungkin korang boleh fikirkan untuk memberikan doorgift ini sebagai hadiah !

Serius tak mahal.. Hanya 50 sen sahaja setiap satu ! Percaya atau tidak? Percayalahhh... memang berharga RM0.50 setiap satu. Ni bukan murah biasa-biasa.. Ni sangattttt murah !


Apa hadiah yang berharga RM0.50 yang Keknil huru-harakan tu? Ia adalah Yasin beserta doa-doa pilihan. Ye kawan-kawan. Selain dari korang dapat menjimatkan kos doorgift, korang juga dapat pahala kerana menyebarkan perkara yang baik-baik. 2 dalam 1 kan.. Hehehhe

Yasin dan doa-doa pilihan ni korang boleh beli secara borong atau secara loose. Nak beli 1 je pun boleh. Tapi rugi postage la. Baik lagi beli banyak dan boleh kongsi dengan kawan-kawan kan !

Penghantaran Seluruh Negara
Apa yang menarik tentang Yasin Murah di Selangor ni, kalau korang berada kat utara, selatan, pantai timur hatta kat Indonesia mahupun Brunei, dorang boleh hantar door to door delivery.  Kalau korang duduk area Selangor ni, dan tak nak terima melalui pos. Takpe.. jangan risau. Ada juga perkhidmatan Cash On Delivery (COD) pada setiap hari Isnin - Khamis di Star Avenue Shah Alam dari jam 6 petang ke atas.


COD Setiap Hari Bekerja
Selain itu, delivery adalah setiap hari bekerja okeyyy... SETIAP HARI BEKERJA ! tapi ni kalau korang buat bayaran sebelum pukul 10 pagi la.. Ia juga bukan pre order tau. tapi ready stock. Korang order hari ni, Insya Allah boleh dapat segera. Tak perlu nak tunggu seminggu baru Yasin tu sampai kat korang. Cepat dan mudah !



Bersaiz Compact
Saiz dia pun comel je iaitu 10 x 15cm. Memang mudah la nak bawa dan simpan dalam beg. Kulit buku Yasin ni pun tebal dan bukan jenis glossy paper. So, kalau korang pegang buku ni takde la cap jari korang. Hahahah Tulisan setiap surah dalam buku Yasin ni juga jelas dan bukan jenis fotostat punye. No ! No ! No ! Jadi tulisannya juga mudah dibaca dan of course, korang dapat baca dengan lebih jelas walaupun buku Yasin ni bersaiz comel.





Pelbagai Pilihan Design dan Warna
Nak cover bunga-bunga? Boleh takde masalah. Buku Yasin ni didatangkan dengan beberapa pilihan warna cover yang menarik. Nak corak bunga-bunga boleh, bulat-bulat pun ada. Boleh disesuaikan dengan majlis korang atau nak campur-campur pun boleh. Ikut sedap mata memandang. Hehehee





Trusted Seller dan Testimoni Positif
Jangan risau kena tipu ke apa sebab penjual ni memang trusted seller. Bukan jual menda bukan-bukan pun kan. Jual Yasin haa.. Murah pulak tu, takkan nak tipu pulak. Tipu dosa masuk api neraka ! Jadi jangan ragu-ragu sayang, percayalahhh... Malah penjual ini banyak mendapat testimoni positif dari pembeli.



Macam mana nak beli? 

Korang boleh Whatsapp je ke www.wasap.my/60126460421 atau www.wasap.my/601151044524 dan terus bagitau kat seller "Saya nak Yasin murah !" nanti dia akan entertain korang terbaik punye. Korang juga boleh  beli direct melalui Shopee atau Facebook untuk dapatkan POSTAGE PERCUMA dan boleh juga membuat pembayaran menggunakan KAD KREDIT / DEBIT. Mudah sangat ni kan !

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :

Facebook : https://www.facebook.com/urbansshops/
Instagram : https://www.instagram.com/kedai.kosmetik.online.murah/
Shopee : www.shopee.com.my/urbanshops

till then, tatababai

Tuesday, September 4, 2018

Do's and Don'ts Penjagaan Muka Breakout

12:54:00 PM 7
Assalammualaikum

Baru-baru ni muka Keknil breakout agak teruk juga la.. tak tau la apa puncanya.. muka jadi pedih, gatal dan naik jerawat halusssss kat area pipi ngan bibir.. ๐Ÿ˜“ pastu tangan pun gatal nauzubillah asik nak mengopek je bekas jerawat kat muka ni.. Haaa.. jadi la bertambah jahanam..



1. Antara punca naik jerawat ni, mungkin ada bertukar produk kecantikan seperti pencuci muka, skrub, pelembab atau sebagainya. Kadang-kadang, produk tu tak sesuai dengan kulit muka kita.

2. Menyental atau menggosok muka terlalu kuat semasa mencuci muka. Bila buat macam tu, kulit muka mudah menggelupas.

3. Perubahan hormon. Haa.. jangan sangka perubahan hormon hanya dikaitkan dengan period je. Tapi kalau korang stress pun hormon boleh berubah. Sebab tu ada certain orang bila stress, time tu dia boleh makan coklat macam piranha padahal sebelum ni dia tak pernah suka coklat pun. Haaa.. ni perumpamaan je la.

Jadi, berbalik kepada cerita muka Keknil yang breakout kaw-kaw ni. Dia punye breakout tu sampai merengit-rengit muka macam ada cacing kat muka ni. T__T rasa pedih pada masa yang sama, kulit kering gile macam padang pasir. bila pegang kulit ni, rasa menggerutu. Haihhh... fikir pasal muka breakout ni boleh jadi stress...

So, macam mana Keknil recover semula muka breakout ni. Do and don't dalam merawat kulit breakout.

Do's : Rawatan Kulit Breakout

Dapatkan nasihat doktor
Of course la kena pergi klinik dulu. Keknil takde la pegi klinik pakar sangat pun, kalau dalam website dia kata ada scan kulit bagai, tapi bila sampai sana, eh.. macam klinik Krishna je. Takde scan-scan bagai. Dia just tanya, kita jawab, pastu pegang sikit-sikit je. Lepas consult tu macam kecewa pun ada la juga, sebab kata ada scan kulit. Tapi takde pun. Tapi bersangka baik je la. Ubat dia bagi pun macam-macam. Dan alhamdulillah.. walaupun klinik biasa-biasa je, tapi hasilnya sangat wowww... sebab tu orang kata, don't judge a book by it's cover. ^_^

Ini ubat yang Keknil dapat dari klinik dan follow je arahan makan ubat tu, serius, tak sampai seminggu memang hilang segala mak nenek jerawat halus tu.

Tukar rutin pemakanan
Keknil tukar rutin makan. Keknil kurangkan makan makanan yang berminyak. Bukan tak makan langsung ye, tapi kurangkan. Sebab ini adalah antara penyumbang jerawat yang tah apa-apa naik kat muka. Jerawat takde mata pun sibuk nak naik juga. ๐Ÿ˜ฆ banyakkan makan berstim dan buah-buahan. Of course sekarang ni musim buah mangga, naga dan durian. Jangan makan durian banyak sangat plak, Keknil banyak makan buah naga yang mempunyai banyak kandungan Vitamin C. Ia juga membantu mengurangkan jerawat. Memang Keknil amalkan makan buah naga sehari sebiji.

Gunakan produk free-soap facial wash
Keknil tukar produk dari produk yang biasa Keknil pakai iaitu Safi Balqis Oxywhite kepada produk Simple.  Kenapa Simple dan bukan Cetaphil? Sebab Simple lebih murah. Hahahhaa.. Keknil ambik produk Simple yang dalam travel pack punye tu. So, dia ada 3 item, cleanser, toner dan lotion. Murah la sikit tak sampai RM20 pun untuk set tu.

Pakai Moisturiser
Ini memang Keknil sentiasa  pakai untuk mengekalkan kelembapan pada muka. Bila muka breakout ni, ada certain part pada muka yang nampak macam okey je takde masalah dan ada part yang rasa menggerutu gile. So, pakai je moisturiser ni walaupun part yang menggerutu tu tak hilang pun. Jangan sesekali tinggalkan moisturiser. Moisturiser yang Keknil pakai adalah Prime E Creme yang Keknil dapat dari klinik. Setakat ni memang sangat berkesan. Oh ye, Vitamin E ni sangat sesuai untuk membantu recover balik muka yang tengah breakout. Jadi kalau korang cari moisturiser, korang cari yang ada Vitamin E.

Banyakkan minum air kosong
Keknil memang amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kadang lebih tapi itu lebih bagus. Minum air kosong ni bukan sahaja dapat menghidrasikan kulit, tetapi juga dapat membantu sistem pencernaan. Elok apa ulang alik pegi tandas dari ulang alik pegi hospital. ๐Ÿ˜‚

Don't : Rawatan Kulit Breakout

Elakkan pakai whitening produk
Elakkan pakai produk yang ada fungsi whitening. Kita nak heal kulit muka kita dari masalah jerawat jadi letak tepi dulu fungsi nak putih-putihkan kulit ni. Kulit muka sensitif tak bagus untuk muka berjerawat. Sebab fungsi whitening ada bahan yang menyebabkan proses healing tergendala dan menyebabkan kulit rosak.

Tak payah pakai serum / essence
Semasa muka tengah breakout, semua ni tak payah pakai. Letak tepi dulu. Sebab ada certain serum / essence yang membuatkan kulit muka jadi kering. Kita repair dulu masalah breakout ni, muka dah okey, baru kita pakai serum / essense yang sesuai dengan kulit muka kita.

Say BIG NO to mekap
Jangan mekap. Yes. Memang korang akan nampak, Yewww... huduhnya muka aku. I feel you. Orang pandang muka kau macam kau ni alien. Lepas pakai moisturiser tu, dah ! Jangan sambung pakai pape lagi. Biarkan muka free je tanpa bedak, foundation dan segala mak nenek mekap tu. Lagipun, kalau mekap juga, muka korang akan bercapuk. Lagilah tak helok. So biar je. Be yourself !

Elak Skrub Muka
Sementara kulit breakout ni, Keknil memang takde buat skrub muka. Skrub muka bukan tak bagus, boleh je nak buat seminggu sekali. Tapi Keknil punye breakout tahap rasa macam ada menda gerak-gerak dalam muka ni, walhal takde pun ๐Ÿ˜Œ tu yang tak yah la skrub. Pakai je produk Simple tu je pun dah cukup.

Jangan sentuh muka
Ini dari Keknil kat Jepun lagi, fasilitator Keknil masa tu selalu pesan. Don't touch your face. There's many bacteria on your hand. Begitu pesan dia. Jadi sepanjang muka breakout ni, Keknil cubalah amalkan untuk kurangkan sentuh muka ni. Walau hakikatnya, tangan ni gatal je nak picit jerawat la, nak kopek muka ni. Hahhaha.. Memang banyak sabar la sepanjang muka breakout ni.

Jadi, inilah Do's and Don;t yang Keknil buat untuk atasi muka breakout. Serius, Keknil memang hilang keyakinan diri kejap bila muka breakout ni. Nak pergi event sana sini pun rasa lemau je sebab muka tak semenggah. Hahahha.. Tapi pegi keje elok plak ek.. ๐Ÿ˜œ

Lain orang lain caranya dan bila buat rawatan ni, kena ada try and error. Kalau ikutkan, muka Keknil ni masih belum okey lagi. Dan Keknil masih guna ubat yang diberikan oleh doktor. ^_^

till then, tatababai