Tuesday, September 4, 2018

Do's and Don'ts Penjagaan Muka Breakout

Assalammualaikum

Baru-baru ni muka Keknil breakout agak teruk juga la.. tak tau la apa puncanya.. muka jadi pedih, gatal dan naik jerawat halusssss kat area pipi ngan bibir.. 😓 pastu tangan pun gatal nauzubillah asik nak mengopek je bekas jerawat kat muka ni.. Haaa.. jadi la bertambah jahanam..



1. Antara punca naik jerawat ni, mungkin ada bertukar produk kecantikan seperti pencuci muka, skrub, pelembab atau sebagainya. Kadang-kadang, produk tu tak sesuai dengan kulit muka kita.

2. Menyental atau menggosok muka terlalu kuat semasa mencuci muka. Bila buat macam tu, kulit muka mudah menggelupas.

3. Perubahan hormon. Haa.. jangan sangka perubahan hormon hanya dikaitkan dengan period je. Tapi kalau korang stress pun hormon boleh berubah. Sebab tu ada certain orang bila stress, time tu dia boleh makan coklat macam piranha padahal sebelum ni dia tak pernah suka coklat pun. Haaa.. ni perumpamaan je la.

Jadi, berbalik kepada cerita muka Keknil yang breakout kaw-kaw ni. Dia punye breakout tu sampai merengit-rengit muka macam ada cacing kat muka ni. T__T rasa pedih pada masa yang sama, kulit kering gile macam padang pasir. bila pegang kulit ni, rasa menggerutu. Haihhh... fikir pasal muka breakout ni boleh jadi stress...

So, macam mana Keknil recover semula muka breakout ni. Do and don't dalam merawat kulit breakout.

Do's : Rawatan Kulit Breakout

Dapatkan nasihat doktor
Of course la kena pergi klinik dulu. Keknil takde la pegi klinik pakar sangat pun, kalau dalam website dia kata ada scan kulit bagai, tapi bila sampai sana, eh.. macam klinik Krishna je. Takde scan-scan bagai. Dia just tanya, kita jawab, pastu pegang sikit-sikit je. Lepas consult tu macam kecewa pun ada la juga, sebab kata ada scan kulit. Tapi takde pun. Tapi bersangka baik je la. Ubat dia bagi pun macam-macam. Dan alhamdulillah.. walaupun klinik biasa-biasa je, tapi hasilnya sangat wowww... sebab tu orang kata, don't judge a book by it's cover. ^_^

Ini ubat yang Keknil dapat dari klinik dan follow je arahan makan ubat tu, serius, tak sampai seminggu memang hilang segala mak nenek jerawat halus tu.

Tukar rutin pemakanan
Keknil tukar rutin makan. Keknil kurangkan makan makanan yang berminyak. Bukan tak makan langsung ye, tapi kurangkan. Sebab ini adalah antara penyumbang jerawat yang tah apa-apa naik kat muka. Jerawat takde mata pun sibuk nak naik juga. 😦 banyakkan makan berstim dan buah-buahan. Of course sekarang ni musim buah mangga, naga dan durian. Jangan makan durian banyak sangat plak, Keknil banyak makan buah naga yang mempunyai banyak kandungan Vitamin C. Ia juga membantu mengurangkan jerawat. Memang Keknil amalkan makan buah naga sehari sebiji.

Gunakan produk free-soap facial wash
Keknil tukar produk dari produk yang biasa Keknil pakai iaitu Safi Balqis Oxywhite kepada produk Simple.  Kenapa Simple dan bukan Cetaphil? Sebab Simple lebih murah. Hahahhaa.. Keknil ambik produk Simple yang dalam travel pack punye tu. So, dia ada 3 item, cleanser, toner dan lotion. Murah la sikit tak sampai RM20 pun untuk set tu.

Pakai Moisturiser
Ini memang Keknil sentiasa  pakai untuk mengekalkan kelembapan pada muka. Bila muka breakout ni, ada certain part pada muka yang nampak macam okey je takde masalah dan ada part yang rasa menggerutu gile. So, pakai je moisturiser ni walaupun part yang menggerutu tu tak hilang pun. Jangan sesekali tinggalkan moisturiser. Moisturiser yang Keknil pakai adalah Prime E Creme yang Keknil dapat dari klinik. Setakat ni memang sangat berkesan. Oh ye, Vitamin E ni sangat sesuai untuk membantu recover balik muka yang tengah breakout. Jadi kalau korang cari moisturiser, korang cari yang ada Vitamin E.

Banyakkan minum air kosong
Keknil memang amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kadang lebih tapi itu lebih bagus. Minum air kosong ni bukan sahaja dapat menghidrasikan kulit, tetapi juga dapat membantu sistem pencernaan. Elok apa ulang alik pegi tandas dari ulang alik pegi hospital. 😂

Don't : Rawatan Kulit Breakout

Elakkan pakai whitening produk
Elakkan pakai produk yang ada fungsi whitening. Kita nak heal kulit muka kita dari masalah jerawat jadi letak tepi dulu fungsi nak putih-putihkan kulit ni. Kulit muka sensitif tak bagus untuk muka berjerawat. Sebab fungsi whitening ada bahan yang menyebabkan proses healing tergendala dan menyebabkan kulit rosak.

Tak payah pakai serum / essence
Semasa muka tengah breakout, semua ni tak payah pakai. Letak tepi dulu. Sebab ada certain serum / essence yang membuatkan kulit muka jadi kering. Kita repair dulu masalah breakout ni, muka dah okey, baru kita pakai serum / essense yang sesuai dengan kulit muka kita.

Say BIG NO to mekap
Jangan mekap. Yes. Memang korang akan nampak, Yewww... huduhnya muka aku. I feel you. Orang pandang muka kau macam kau ni alien. Lepas pakai moisturiser tu, dah ! Jangan sambung pakai pape lagi. Biarkan muka free je tanpa bedak, foundation dan segala mak nenek mekap tu. Lagipun, kalau mekap juga, muka korang akan bercapuk. Lagilah tak helok. So biar je. Be yourself !

Elak Skrub Muka
Sementara kulit breakout ni, Keknil memang takde buat skrub muka. Skrub muka bukan tak bagus, boleh je nak buat seminggu sekali. Tapi Keknil punye breakout tahap rasa macam ada menda gerak-gerak dalam muka ni, walhal takde pun 😌 tu yang tak yah la skrub. Pakai je produk Simple tu je pun dah cukup.

Jangan sentuh muka
Ini dari Keknil kat Jepun lagi, fasilitator Keknil masa tu selalu pesan. Don't touch your face. There's many bacteria on your hand. Begitu pesan dia. Jadi sepanjang muka breakout ni, Keknil cubalah amalkan untuk kurangkan sentuh muka ni. Walau hakikatnya, tangan ni gatal je nak picit jerawat la, nak kopek muka ni. Hahhaha.. Memang banyak sabar la sepanjang muka breakout ni.

Jadi, inilah Do's and Don;t yang Keknil buat untuk atasi muka breakout. Serius, Keknil memang hilang keyakinan diri kejap bila muka breakout ni. Nak pergi event sana sini pun rasa lemau je sebab muka tak semenggah. Hahahha.. Tapi pegi keje elok plak ek.. 😜

Lain orang lain caranya dan bila buat rawatan ni, kena ada try and error. Kalau ikutkan, muka Keknil ni masih belum okey lagi. Dan Keknil masih guna ubat yang diberikan oleh doktor. ^_^

till then, tatababai

6 comments:

Terima kasih atas komen anda. ^_^