Sunday, October 14, 2018

Nikmati 100% Mmmmm Fernleaf UHT dari New Zealand

Assalammualaikum

Kita semua sedia maklum apa kebaikan minum susu segar yang bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada kesihatan tetapi juga dapat membantu untuk proses diet dan memberi kecerdasan dan kecergasan kepada keluarga dan anak-anak khususnya.

Tapi.. sejauh manakah kita tahu dari mana datangnya susu yang kita minum dan tahap mana kesegarannya? Jangan risau... kesegaran susu segar Fernleaf UHT yang akan Keknil ceritakan ini datang dari sumber yang baik malah diiktiraf oleh pakar tenusu.


Manfaat 100% Mmmm susu segar Fernleaf UHT dari New Zealand ini tak perlu dipertikaikan lagi. Lembu tenusu dan rumput memang tidak dapat dipisahkan, Tapi.. bukan semua lembu tenusu makan rumput tauu.. Haa.. ini korang kena tau sumbernya supaya korang dapat susu yang segar lagi Halal puncanya.

Lembu

Kalau datang ke New Zealand, memang mata korang akan terpaku dengan pemandangan lembu dimana-mana sahaja. Sana sini lembu dan kerana itu ia menjadi tempat penghasilan susu lembu yang sangat segar dan sedap. Korang boleh nampak lembu-lembu bertebaran di padang ragut yang luas secara bebas (lembu pun kurang stress takde la duduk setempat je.. Nak makan rumput pun kena kawal) Semuanya secara semulajadi. Makan rumput bila lapar, kalau kenyang boleh jalan-jalan sekitar padang ragut, cukup masa.. rehat.. Begitulah rutin lembu tenusu di New Zealand.Dan di New Zealand, rumput yang ditanam bukan rumput biasa-biasa je okey.. Ini rumput berkualiti tinggi khas untuk diragut lembu-lembu comel dari New Zealand. 

Lembu-lembu New Zealand

Menghasilkan Susu Segar Secara Semulajadi

Lembu tenusu di New Zealand juga menghasilkan susu secara semulajadi. Takde guna sebarang ubat-ubatan atau penggalak susu yang mungkin menjadikan rasa susu tu kurang asli dan segar. Ini antara kelebihan lembu tenusu yang diternak di New Zealand. Segalanya semulajadi malah menggunakan sumber air, tanah dan udara yang sangat bersih. Korang boleh cuba nikmati susu Fernleaf UHT ini dan rasai sendiri kelainan dan kesegaran susu ini. Yumsssss..

100% Lembu Tenusu dari New Zealand

Korang tak perlu risau, sebab lembu tenusu ni 100% dari New Zealand, Bukan dari Malaysia, Angola mahupun Brazil. Kalau korang nak tau, di New Zealand, Fernleaf sendiri mengusahakan ladang secara semulajadi. Dan seperti yang Keknil kongsi sebelum ini, sumber makanan di New Zealand sangat kaya dengan nutrien penting seperti Vitamin A dan D. Ini menjadikan kalsium susu lebih mudah diserap dan digunakan sebagai tenaga dalam badan. Bukan senang nak ada ladang lembu kat New Zealand ni, tapi demi memproses susu yang segar, Fernleaf sendiri mengupah peladang untuk menjaga lembu tenusu dengan baik bagi memberi nikmat susu sebenar kepada kita semua.



Pengalaman Lebih 140 Tahun sebagai Pakar Tenusu

Dengan pengalaman lebih daripada 140 tahun dalam perladangan tenusu, peladang berusaha untuk memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluarann susu bermula dari penjagaan lembu tenusu yang baik, pembekalan air bersih dan rumput berkualiti tinggi sehinggalah terhasilnya produk tenusu untuk dinikmati oleh kita semua. 


Mencipta 100% Mmmm Untuk Dinikmati Semua

Menikmati susu segar Fernleaf UHT ini mencipta 100% Mmmmm di semua peringkat dari kecil sehinggalah dewasa. Iman sendiri dan cuba dengan kawan-kawan Iman dan dorang memang betul-betul menikmati keenakan dan kesegaran susu Fernleaf UHT ini. Tak percaya? Apa kata korang ke kedai ataupun pasaraya dan cuba sendiri dan nikmati 100% Mmmmm bersama sahabat dan keluarga korang. Keknil pasti, korang pasti tak menyesal !



anak-anak dah cuba nikmati 100% Mmmmm

sampai juling mata

Susu Fernleaf UHT didatangkan dengan 3 variasi iaitu Full Cream, Low Fat dan Chocolate dan korang boleh cuba dapatkan di kedai dan pasaraya berhampiran. Didatangkan dengan dua (2) saiz yang berbeza untuk keperluan seharian keluarga iaitu kotak kecil (200ml) dan kotak besar (1 liter).


Jom dapatkan sekarang dan sama-sama dengan Keknil sekeluarga untuk mendapat manfaat 100% Mmmmm susu segar Fernleaf UHT sebagai teman aktiviti seharian.


till then, tatababai

2 comments:

  1. memang sedap kak, susunya macam susu fresh je rasa

    ReplyDelete
  2. Sedapnya susu fernleaf.. sarapan dengan susu nie mengenyangkan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda. ^_^