Tuesday, October 16, 2018

Roadtrip to New Zealand | Auckland - Christchurch

Assalammualaikum

Entry terdahulu di sini

Ramai berdebar-debar tunggu adakah kitorang sempat untuk catch up flight pagi ke Christchurch?


Alhamdulillah, pagi tu kami bangun awal pagi dan sempatlah sarapan sebelum bergerak ke airport. Sempat juga beramah mesra dengan roomate kami, berumur 18 tahun. Kitorang siap bagi dia bekalan Maggi. Hhahaa Travel solo dari North Island ke South Island selama 2 bulan. Fuhh.. kitorang ni dah tua-tua baru nak travel. Hahhahaa

breakfast sama-sama

time to say goodbye

best. recommended ! staff pun baik

Pagi tu, seawal jam 7 pagi kami dah tunggu di reception dan pada malam sebelumnya, kami dah siap-siap booking Yellow Bus ke airport dengan harga NZD6/sehala. Yellow Bus ni sangat punctual dan dia datang memang amik depan hotel. Tak payah keluar tunggu bas tepi jalan bagai. Tunggu je depan reception, nanti dia datang.

tiket ni jangan hilangkan okey

Naik je bas, memang tak ramai lagi tapi sebab bas tu akan berhenti-henti di pit stopnya dan akhirnya bas itu pun penuh. Destinasi akhir memang ke airport. Jadi tak perlu risau.

pantang nampak kamera. Hahhaa

luggage letak tepi ye

Sampai je di airport, kami terus ke Check-in Kiosk. Senang je, masukkan Booking No dan akan keluarlah nama penumpang. Check nama korang dalam list tu, nanti dia akan print boarding pass dan baggage tag. Baggage tag tu, korang sesiap lekat kat beg tapi kalau tak pasti, boleh minta bantuan staff di situ. Then pergi ke kaunter Drop Baggage dan drop je bag korang kat situ.

awek bas kuning

jom kita masuk

Untuk Air New Zealand, hanya gunakan check-in kiosk sahaja untuk urusan check in dan print baggage tag. Semua dilakukan sendiri oleh penumpang dan jangan risau, ada staff yang akan membantu jika korang ada pertanyaan atau masalah.

boleh try timbang dulu cukup ke tak berat beg

Air New Zealand hanya membenarkan 1 beg dengan berat 20kg sahaja untuk di drop off. Jadi pastikan luggage korang tak lebih dari 1 beg ye.
Then kami tak tunggu lama dah, memang terus ke departure hall. Dari tak ramai orang sehinggalah orang ramai mula masuk ke situ. Debaran makin terasa, dan kerinduan terhadap South Island semakin membara. Rindunya dengan pemandangannya.

pape.. kita wefie dulu

ni la kapal kitorang

counting minutes

wefie lagi. Nenek kat belakang tu 3 orang. Dorang pun pegi holiday tau. Kitorang siap cakap, nanti esok kalau dah tua.. kitorang macam ni la.. Hahahahhaa

wefie lagiiii

Perjalanan dari Auckland Airport ke Christchurch Airport mengambil masa lebih kurang 1 jam 25 minit. Kami pun agak risau sebab pagi tu cuaca agak gloomy. Maklumlah, kat berita kata macam-macam tapi tawakal je la.

wefie lagi.. hahahaha

snack dia sedap gile

dapat cookies ngan teh / coffee. Dap dapppp

cantik kannn

Dan alhamdulillah, sepanjang perjalanan 1 jam 25 minit tu, smooth je tanpa ada sebarang masalah. Malah kami disajikan dengan pemandangan yang sangat indah sepanjang berada di atas kapal. Kalau duduk di seat belah kiri, korang boleh nampak pemandangan hijau dan biri-biri yang subur merata. Kalau di seat sebelah kanan pula, korang boleh nampak sayup-sayup Mount Cook yang indah. Alahaii.. Kenapa cantik sangat ni !

view dia sangattttttt cantik

dah  start descending

wefie dengan pilot ngan stewardess

smartt der aiport dia

Di Christchurch, kami dah tak perlu melalui imigresen dan kastam lagi sebab dah kira domestik flight dah tu. So, sejenis kelegaan disitu sebab dah tak payah nak punggah beg. Hahahha.. Jadi urusan di sini lebih cepat dan kami boleh terus pergi amik kereta sewa.

bukti dah jejak Christchurch

boleh amik pamplet ni. 

call dulu company kereta bagi tau kitorang dah sampai

Hello pulisss.. eh... car rental

Kami ambil kereta sewa Apex Car Rental. Ada shuttle dari airport ke Apex Car Rental yang disediakan secara percuma. Follow sahaja instruction seperti yang telah dimaklumkan ketika proses tempahan sebelum tu.

tengok dorang ni.. kat airport pun boleh main pingpong

soooo clean

jom naik shuttle

dalam shuttle bas

Jodoh tak jadi Nad..

Sepatutnya kami bertiga akan bergilir-gilir drive. Tapi entah macam mana si Nad ni tak lepas pulak saringan untuk drive sebab dia takde lesen memandu yang terkini. Maksudnya, lesen memandu yang macam IC tu dia takde. Lesen memandu yang dia ada yang zaman tok kadok punye tu which tak boleh digunakan untuk daftar sebagai pemandu kat sini. hahhahahaha..

dah sampai Apex Car Rental

staff Apex yang sangat baik

Isi.. jangan tak isi

yang belakang tu sedih sebab tak dapat drive

dah.. jom pegi amik kereta

Kesian Nad tak dapat nak merasa drive kat sini. Tapi takpe la Nad... ko duduk belakang jadi hamster makan kuaci je.. sambil join kitorang membawang pasal pemandu lain bagi jari kat Siput. Hahahahahaa

Jadi, make sure korang ada lesen memandu yang terkini dan valid sebelum datang sini. Okeyy... ^_^

Bagi rakyat Malaysia yang ingin memandu di New Zealand, apa yang korang perlukan adalah lesen memandu yang terkini. Maknanya, lesen yang macam kad pengenalan tu. Kalau lesen zaman tok kaduk yang laminate tu, cuma boleh memandu basikal je

Proses ambil kereta sewa pun cepat je tak perlu tunggu lama. Memang dah tak sabar nak memandu kat New Zealand ni.

Ferrari merah kami

kita belajar dulu cara nak drive. Hahahhaha

hamster kat belakang tu dah ready ke?

Memandu di New Zealand ni sama macam di Malaysia. Cumanya, jangan bawa perangai memandu di Malaysia tu ke sini. Kang tak pasal-pasal kena saman. Yang kelakar tu, tiap kali kawan Keknil bawa kereta, mesti dapat jari . Hahhaa.. Keknil cakap, takpe la dapat jari, jangan dapat surat saman, mau melayang duit tak sudah-sudah. Hahhahaa

Di Fairlie Holiday Park, ada satu kenangan yang Keknil tak boleh lupakan. Kenangan yang mengundang jeritan batinku. Tunggu next entry Keknil cerita ye.

till then, tatababai

6 comments:

  1. bestnya travel..kak kalau lebih 20kg acaner kak. kena byr lebih ye

    ReplyDelete
  2. hai,jemput join segmen saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete
  3. Cantiknya pemandangan.. Menarik bila berurusan dengan kiosk je.. lebih cepat dan mudah..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda. ^_^