Friday, November 9, 2018

Sarapan Lengkap dengan Susu Dutch Lady PureFarm

Assalammualaikum

Kadangkala bila waktu pagi, antara sempat tak sempat je kita nak sarapan kan. Kalau sempat, dapatlah makan makanan seperti nasi lemak, bihun goreng, soto, nasi kerabu dan sebagainya. Tapi kalau tak sempat, air kosong pun bolehlah.



Kalau korang nak tau, sarapan adalah hidangan yang penting untuk memulakan hari yang bertenaga. Sarapan pagi yang bernutrisi dapat membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan untuk aktiviti seharian. Dan tak semestinya juga waktu sarapan juga kita perlu ambil nasi atau makanan berkarbohidrat. Segelas susu yang kaya dengan protein dah cukup untuk memulakan hari dengan penuh semangat.

Day 1

Day 2

Dengan pengambilan segelas susu Dutch Lady PureFarm pada setiap waktu pagi telah membantu Keknil memenuhi lebih dari 50% keperluan protein yang diperlukan dalam tubuh badan. Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku. Selain itu ia juga memainkan peranan penting dalam proses bikomia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita.

Day 3

Day 4

Day 5

Antara kepentingan pengambilan susu Dutch Lady PureFarm pada setiap pagi adalah, ia dapat mmebekalkan tubuh badan kita dengan :


  • Protein - membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik;
  • Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif;
  • Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
  • Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein;
  • Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus


Jom mulakan hari kita dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan ! Korang juga boleh sertai peraduan sarapan pafgi #DutchLadyBreakfastChallenge menerusi dalam talian dan sama-sama merebut peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama Dutch Lady PureFarm bermula dari 8 Oktober sehingga 11 November 2018.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.dutchlady.com.my

till then, tatababai

1 comment:

  1. bagus.. sarapan yg sihat memulakan lifestyle yg sihat

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda. ^_^