Wednesday, December 19, 2018

Cara Mudah Tunaikan Zakat dengan Kaunter Bergerak PPZ-MAIWP

Assalammualaikum

2018 bakal berakhir.. mesti korang pun dah nak buka buku baru kan.. tapi... korang dah bayar zakat ke belum? Belum? Haa.. jangan gusar.. masih sempat lagi ni... Ada banyak cara untuk menunaikan zakat sekarang ni..


Kaunter Bergerak Pusat Pungutan Zakat-MAIWP

Dengan adanya kaunter bergerak ini, ia bukan sahaja memudahkan proses kutipan dan agihan zakat malah ia juga turut menyediakan perkhidmatan permohonan bantuan zakat, pertanyaan tentang zakat, taksiran zakat dan juga khidmat nasihat. Jadi korang tak perlu beratur panjang, hanya perlu beratur di kanter bergerak ini untuk mendapatkan perkhidmatan zakat.

Dan sepanjang bulan Januari sehingga April ini, kaunter bergerak ini akan beroperasi di lokasi terpilih di mana korang boleh check kat mana dorang beroperasi melalui Portal PPZ atau Facebook PPZ. Mudah je kan.

Perkhidmatan Zakat Door-To-Door

Selain itu, PPZ-MAIWP juga ada perkhidmatan Door-To-Door untuk pembayaran zakat melebihi RM5000 ke atas. Jadi korang tak perlu risau. Korang boleh request perkhidmatan ini dan dorang akan datang terus ke pintu rumah, pejabat korang. Kita mudahkan kerja orang, dan orang juga akan mudahkan kerja kita. ^_^

Selain itu, sekiranya ada acara-acara keramaian di tempat korang, korang juga boleh memohon perkhidmatan kaunter bergerak ini untuk membuka perkhidmatannya di majlis-majlis terbuka seperti :

  • Hari Terbuka Sekolah
  • Hari Terbuka Agensi Kerajaan & Swasta
  • Konvokesyen IPT
  • Karnival
  • Pameran

Kaedah Pembayaran Zakat

Ni Keknil kongsi untuk ingatan Keknil juga. Sebab kadang-kadang kita ni lupa. Hehehe.. Pembayaran zakat boleh dibuat dengan beberapa kaedah. Antaranya :


  • Secara tunai
  • Dengan menggunakan cek
  • Kad Kredit Islam dan;
  • Kad Debit
See.. sangatlah mudah. Urusannya juga mudah dan Insya Allah.. selamat dunia dan akhirat. 

Kelebihan perkhidmatan kaunter zakat bergerak

Banyak kelebihan dengan adanya kaunter bergerak ni. Selain dari mudah untuk warga yang lebih tua untuk menunaikan zakat, ia juga lebih mesra dan pantas. Tak perlu dah keluar kereta, bayar tol, cari parking, bayar parking. Semuanya terus datang ke tempat korang. Antara kelebihan lain yang korang boleh dapat dengan adanya kaunter bergerak ini adalah :
  • Pegawai yang mesra pelanggan
  • Perkhidmatan Lebih Mudah
  • Cenderahati menarik menanti
  • Perkhidmatan ke tempat anda
  • Perkhidmatan yang cekap & pantas
  • Kemudahan yang selesa

Untuk maklumat lanjut, sila layari :



till then, tatababai

5 comments:

  1. senang ada kaunter bergerak ni.

    Btw kak, jemput join http://www.azlindaalin.com/2018/12/2019-segmen-blog-azlinda-alin.html

    ReplyDelete
  2. senangnya nak bayar zakat dah ada kaunter bergerak!😄😘

    ReplyDelete
  3. dah xde alasan dah.. segala macam kemudahan dah ada utk membantu dalam pembayaran zakat ni

    ReplyDelete
  4. banyak cara kasi mudah skrang. semoga yang belum settle tu settlekan cepat =)

    ReplyDelete
  5. Senang bebeno. Kalau ade yang tak nak bayar lagi tak tau la kenapa

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda. ^_^