Wednesday, December 5, 2018

Roadtrip to New Zealand | Lake Tekapo - Lake Hawea

Assalammualaikum

Pagi tu, kami bangun awal sebab kalau ikutkan itinerary hari ni, kami akan ke Lake Pukaki, Mount Cook dan Wanaka. Kat Wanaka ni plannya sampai sana petang dan banyak aktiviti yang kitorang nak buat antaranya nak masuk ladang lavender, ke Puzzling World, Cinema Paradiso dan nak lepak tepi Wanaka Lake dan tengok The Wanaka Tree. Banyak kan perancangannya. Tapi tak semua yang kita rancang itu menjadi. Hahahaha


Dari Fairlie ke Wanaka mengambil masa lebih kurang 3 jam 34 minit, itupun kalau direct non-stop. Tapi sebab kami ni banyak berhenti-benti jadinya perjalanan jadi lebih panjang. So, plan pagi tu berubah bila kitorang tak puas nak menikmati Lake Tekapo dan kami decide untuk repeat ke Lake Tekapo sekali lagi. Kononnya nak piknik dan menikmati sarapan pagi di Lake Tekapo, tapi at the end kitorang breakfast kat holiday park je. Hahahah









Kami bergerak ke Lake Tekapo dan bila sampai je, memang tak beringat la. Lebih sejam jugak lepak kat situ. Hahahaha.. See.. tak beringat kan. Trip kita, ikut kita la nak duduk lepak situ bape jam pun. Hahahaha.. Lepas tu, kitorang pun bergerak ke Lake Pukaki. Lake Pukaki ni on the way ke Mount Cook. Kat Mount Cook ni asalnya nak hiking sikit kat Hooker Valley. Tapi apakan daya, ahli trip tak berdaya nak hiking.. Hahahah.. makanya kita jalan sampai Lake Pukaki je. As well.. trip kita, ikut sukati kita nak pegi mana. Huhuhu






Lake Pukaki ni memang tak dinafikan cantik sangattttt... Airnya berwarna torqoise dan sangat indah dengan background Mount Cook disebalik tasik itu. Macam biasa, kat sini kitorang menikmati pemandangan dan ambillah sebanyak mana gambar yang nak. Kat sini serius sejuk tapi bukan sebab cuacanya, tapi sebab anginnya. Keknil yang sebesar-besar peti ais ni pun rasa la juga sejuknya apatah lagi kawan-kawan Keknil yang senipis kertas. Hahahha.. melayang tauuu...




Lepas lebih kurang sejam juga la kami berphotoshoot kat sini, kami bergerak ke High Country Salmon untuk beli salmon. Tak syok la dah sampai sini tapi tak rasa salmon dia yang fresh lagi sedap kan. Boleh juga kalau nak lepak minum kopi atau makan kat sini tapi kami sekadar toilet break, beli salmon dan bagi ikan salmon makan je. Tu pun dekat sejam gak. Hahahaha...






Lepas bungkus ikan salmon, kitorang bergerak ke penginapan kami di Lake Hawea melalui Omarama dan Lindis Pass. View jangan cakaplah. Memang cantik sangat. Ini pula pertama kami Keknil susun itinerary ikut route Lindis Pass. Dan macam biasa, asalnya memang nak hiking naik bukit kat Lindis Pass tu, tapi semua macam takde skill nak hiking, makanya kita berphotoshoot sahajalah. Hahahah..









Tapi kalau dapat hiking naik atas tu, view dia memang top of the world. Cantik sangat. Kat bawah je pun view dah cantik, apatah lagi kalau kat atas. So, kalau korang ada trip dan lalu jalan ni, boleh cuba untuk untuk hiking sikit dan dapatkan view yang awesome tu.

Kawasan Lindis Pass ni memang takde line, jadi kalau jadi apa-apa kecemasan, agak susah la. Dan syukur alhamdulillah tak jadi pape kat kereta kitorang waktu ni. Kenapa Keknil kata macam ni, haa.. kena baca sampai abis. ^_^


Kemudian kami teruskan perjalanan ke Lake Hawea Holiday Park, iaitu tempat penginapan kami. Start dari Lindis Pass ke Lake Hawea ni, kami memang tak berhenti sebab dah tengahari. Perut dah lapau hawau. Hahaha.. Jadi kami teruskan je perjalanan ke Lake Hawea ni.

Sampai di Lake Hawea, macam biasa, Keknil uruskan urusan check in dan park kereta kat depan reception. Beb.. pemandangan di Lake Hawea sangat awesome tauuu... Kalau korang nak ke Wanaka, korang boleh stay kat sini tapi make sure korang ada bekalan makanan yang cukup la. Sebab macam kitorang ni kalau dah masuk situ, tak terasa nak keluar dah cari barang makan. Hahahha.. Holiday Park dia sangat besar dan bukan sahaja boleh camping, park karavan tetapi jua boleh memancing kalau nak. Ehh.. tapi sejuk hawau gitu ada ke orang nak mancing. Kikikii











Bilik kitorang tak jauh dari receptionist tapi jauhnya nak pegi tandas oiiii... Shared toilet la katakan. Hihihi.. Tapi jangan risau, toilet dia sangat bersih dan berasingan untuk lelaki dan perempuan. Tapi view dari bilik sangat awesome mengadap tasik dan playground. Best sangat kat sini.



Ada banyak cerita kat sini antaranya kereta rosak, makcik bawang dan makcik kentang. Hahahaha.. takpe.. keknil gelak dulu.. nanti korang tau la kenapa kat next entry.. hahahhaha


till then, tatababai

4 comments:

  1. Alaaaa....bila tgh syok baca terus ada sambungan...cepat Nil...

    ReplyDelete
  2. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda. ^_^